Skip to main content

[Promote] MEFeK 2011 : Majlis Eksekutif Festival Kajai

Dalam entri ini aku mengambil kesempatan dan masa yang ada untuk mempromosi satu event yang pernah aku join tahun lepas dan akan aku join juga tahun ini. Event yang dimaksudkan ini adalah MEFeK ringkasan dari Majlis Eksekutif Festival Kajai. Festival ini adalah acara tahunan bagi Kolej Rahim Kajai UKM. Tiap-tiap tahun pelbagai acara disediakan antaranya suara sensasi, teater musikal, pameran, auto-fest dan sukan rakyat. Tahun ini juga Festival Kajai menjanjikan pelbagai acara yang tentunya menarik minat anda seperti Battle of The Band, Lan Party (PES), Futsal dan Motoshow.

Festival ini akan berlangsung selama 3 hari iaitu dari 21-23 Januari 2011.Sepanjang Festival, pelbagai gerai dan pameran turut tersedia. So, kalau dah datang ke festival ni, bawalah duit lebih. Boleh shopping sakan. Selain tu, kalau lapar pun, gerai makanan pun ada. Makan je di Festival Mefek ni.

Apa-apa pun masih belum terlewat untuk korang join program-program yang disediakan. Kat bawah ini aku paparkan poster-poster berkaitan program. Details semua ada di situ. Setahun hanya sekali je Festival ni, so cepat join! Berbaloi-baloi. BTW, aku mohon bagi bloggers lain yang membaca entri ini untuk tolong mem-promote Festival Mefek 2011 ini dengan membuat entri dalam blog anda. Jasa baik semua amat dihargai.

mefek
poster ni aku yang buat

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi - 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

One thought to “[Promote] MEFeK 2011 : Majlis Eksekutif Festival Kajai”

Leave a Reply