Skip to main content

[Review] Setahun Bersama Baitulbytes Webhosting

Untuk pengetahuan semua, blog eastbulet[dot]com ini telah dihostkan bersama pihak Baitulbytes. Kenapa saya cakap bersama? Sebab saya menggunakan pakej shared hosting yang mempunyai kapasiti 1GB storage dan unlimited bandwidth. Dalam entri ini, saya akan ceritakan serba sedikit atau review syarikat webhosting Malaysia ini iaitu Baitulbytes. Pakej yang saya ambil adalah pakej student, so harga dia special sikit, hanya RM50 setahun dengan free domain! Murah kan? Baitulbytes Webhosting juga sebenarnya ada menyediakan banyak lagi pakej-pakej yang menarik. Bukan pakej percutian ye, tapi pakej langganan. Bermula dari harga RM10 setahun dan ke atas. Kalau siapa-siapa yang baru nak mula berblogging atau nak punyai laman web sendiri, memang sesuai gunakan baitulbytes sebagai webhost anda.Buat apa kita nak amik pakej yang memory sampai 10GB tapi hanya 300MB je guna?

review webhosting baitulbytes

Ok, saya dah cerita tentang pakej yang disediakan baitulbytes. Sekarang ni saya senaraikan kebaikan yang sendiri rasai dengan menggunakan perkhidmatan baitulbytes :

  • Sebarang pertanyaan akan dijawab dengan cepat dan mesra.
  • Downtime memang kurang dan cepat diselesaikan. Sepanjang setahun, hanya dua kali saya mengalaminya. Itu pun disebabkan ada pelanggan buat masalah.
  • Anda daftar, terus dapat. Tapi mungkin benda ni ikut luck la kalau staff dia still mengadap komputer. Sebab masa saya daftar hari tu waktu malam, tapi still diaktifkan akaun. Bukan waktu pejabat tuh!
  • Walaupun tarikh langganan ditamat, akaun tidak ditutup serta merta. So, kiranya kita sempat lagilah nak buat backup data atau nak renew akaun ke.

Dipendekkan cerita Baitulbytes Webhosting ni memang berbaloi untuk dilanggani. Walaupun harganya tidaklah semurah syarikat lain, tapi apa salahnya kita bayar lebih seringgit dua untuk menyokong produk Islam. Kalau bukan kita yang menyokong, nak harapkan siapa lagi? So, jom langgani produk baitulbytes sekarang!

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi - 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

Leave a Reply