Merujuk pada statistik yang direka aku, lebih dari 1000 blog wujud di Malaysia sahaja. Sememangnya ini menunjukkan meningkatnya kesedaran rakyat Malaysia dengan kepentingan teknologi maklumat. Pelbagai jenis blog yang boleh kita baca di Malaysia ni, teknologi, gajet, fesyen, personal, politik etc. Walaubagaimanapun, dalam ramai-ramai rakyat Malaysia ni, masih ada yang tidak nampak atau tidak mahu ambil tahu tentang kebaikan yang boleh diperolehi dari ber-blog ni.
Antara keburukkan ber-blog dengar/baca dari khalayak:
- buang masa
- buang duit ( bil letrik, yuran bagi yang self-hosted )
- maklumat palsu disebar
- tak tahu malu
- takde privasi
- kene ISA ( ini hanya gurauan! )
Kebaikan yang diperolehi dalam blogging:
- melatih minda untuk berfikir ( ini lebih pada blog pendapat, tapi kalau blog gossip , ntahlah… ada fikir ke?? )
- melatih kemahiran menulis ( dengan syarat kene menulis dengan betul. jangan guna bahasa rojak )
- berkomunikasi melalui penulisan blog ( sebagai contoh : krisis pelajar di MESIR )
- menyimpan diari online ( bila dah tua, boleh baca balik apa kita mengarut time muda-muda )
- menjana pendapat sampingan ( bagi yang memasarkan iklan )
- menayang muka pada satu dunia ( ini aku menyindir! )
Kalau nak disenaraikan semua, memang ternyata lebih banyak kebaikan yang boleh diperolehi dari ber-blog dari keburukan. Semuanya bergantung pada diri sendiri macam mana kita nak perolehi faedah tersebut. Jadi mulai hari ini, janganlah kita nak kutuk-kutuk orang yang ada blog. Blog adalah hasil usaha blogger tersebut untuk mewujudkannya. Jangan perlekehkan!
Banyak betul cabaran nak menaip entri kali ini. Salah satu cabaran utama ialah kucing aku. Bila nak start menaip je, mulalah duduk atas keyboard aku. Macam-macam ditulisnya. Lagi satu cabaran, parents aku. Diorang marah aku asyik mengadap PC. COME ON! aku minat bidang IT kot, takkan nak mengadap buku engineering pulak!
erk, kucing pun nak berblog. hehe.
kebaikan dan keburukan terpulang pada diri sendiri.
ada org kurang bercakap, jadi die olahkan pemikiran dari penulisan
kucing kat rumah ni high tech sikit, tidur atas laptop… baring atas keyboard,handphone.. kucing moden la katakan..
btw, kita tak boleh nak serahkan semuanya pada diri sendiri. kene juga ikut pandangan orang sama ada benda yang kita buat itu baik atau buruk. kalau ikutkan diri sendiri je, memang syok sendirilah jawabnya.
kebaikan dan keburukannya harus tahulah… cuma perlaksanannya untuk ke arah yang mana,kita tentukannya…
sekarang ni masih ramai amik ringan benda macam ni. masih tak faham apa itu konsep blog.
Kebaikan dan keburukan tu bergantung pada seseorang tu macamna dia manipulasi blognya.. Tapi kalau nak ikutkan keburukan, FB pun banyak jugak, main game samapi x hingat dunia, last2 xdpt pape..hu3
betul. banyak benda yang kita boleh dapat. cuma kita nak atau tak nak ajer.
Tujuan kita ber-blog ni adalah kunci utama kepada konsep sharing is caring tapi ada baik dia dan ada yang buruknya kepada kita yang membacanya. Dari segi pendapat persepsi orang terhadap blog tersebut ada yang sokong artikel kita dan ada jugak yang perli. Sama-samalah kita menilai dengan apa yang kita baca sesuatu artikel di blog yang kita singgah.