Skip to main content

Kelebihan dan Kekurangan Fungsi “DoFollow”

Untuk pengetahuan semua, dalam blog ini aku boleh menetapkan sama ada orang yang comment itu akan dapat fungsi “nofollow” atau “dofollow”. Mesti ada yang tanya apa benda “DoFollow” dan “NoFollow” ni kan? Benda ni bukan yang follow-follow macam budak “blogspot” selalu guna, tapi ini berkaitan dengan link/pautan web korang.

Kelebihan Do Follow

Sebagai contoh, apabila korang tinggalkan komen dalam blog ni, mesti ada tinggalkan link kan? (bagi yang ada blog/laman web) Biasanya dalam wordpress, link korang ni akan dilabel sebagai “NoFollow”. NoFollow ini bermaksud link yang ditinggalkan tak akan dikesan oleh spider search engine. DoFollow pula akan membenarkan spider search engine untuk merangkak ke link tersebut. So, dalam blog eastbullet[dot]com ini aku telah membenarkan “DoFollow” setelah seseorang user itu memberi 10 komen ke atas. (perkara ni untuk sementara waktu)

Kelebihan “DoFollow” dalam blog:

  • Pengunjung akan lebih terdorong untuk komen entri ditulis
  • Pengunjung akan kembali ke blog anda untuk komen entri baru
  • Membantu meningkat ranking blog di Alexa walaupun tak penting sebenarnya bagi aku
  • Pengunjung yang komen sedikit sebanyak dapat menaikkan ranking blog dalam search engine, lebih-lebih lagi jika laman itu popular!

Kekurangan “DoFollow” dalam blog :

  • Pengunjung akan menghantar komen sampah
  • Terpaksa moderate komen dengan lebih teliti (SPAM)
  • Ranking dalam search engine blog DoFollow mungkin akan turun sebab banyak link yang keluar dari blog dofollow
  • Pengunjung komen tak ikhlas, bukan kerana entri, tapi hanya untuk backlink

aku pun sebenarnya bukan pandai sangat pasal benda ni. Hanya berkongsi apa yang aku tahu berdasarkan pembacaan yang amat lama. Bagi blog yang masih belum famous, “DoFollow” ni memang tak bawa banyak sangat masalah. Tapi kalau dah famous, bersedialah dengan komen SPAM tanpa kawalan.

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi - 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

24 thoughts to “Kelebihan dan Kekurangan Fungsi “DoFollow””

  1. utk spam moderation tu, better pakai plugin je…mudah kerja…
    memang betul ranking blog turun kalau buat dofollow…tapi yang peliknya, lepas aku buat dofollow nih, mencanak2 trafik masuk dari search engine…huhu

    1. kebiasaannya blog dofollow susah untuk dapat rank tinggi sebab “spider bot” tak suka banyak sangat link keluar dari satu page. tapi tak mustahil blog ini akan dapat page rank tinggi. dan bagi menjawab persoalan, ya betol! kalau blog ini PR tinggi, blog pengomen dofollow juga PR merasa tempiasnya.

    1. kalau buat macam tu, kemungkinan orang hanya daatang sekali untuk dapat dofollow status.. niat sebenar blog eastbullet[dot]com ini dicipta adalah untuk pembacaan.. komen itu sekadar hiasan mencantikkan.

      1. yea… itu la kelebihan junaidiey.com

        menulis ikhlas, komen @ kritikan jadi perkara kedua. asalkan kepuasan menulis. bukan seo semata-mata.

        thanks sebab benarkan berkongsi cadangan di sini 🙂

  2. nak tnya… kalau macam sy ni yang guna blogspot, mcm mana nak ubah nofollow ke dofollow & ada plugin yang best tak untuk menguruskn dofollow nih…??

    1. setahu ilmu yang saya ada, untuk blogspot boleh buat manual dengan ubah suai yang sangat mudah di html template blog. tidak perlu sebarang plugins. tapi cara ini tidak boleh kawal siapa yang dapat dofollow, siapa yang tidak. kalau boleh pun, lebih banyak kerja perlu dilakukan.

      1. Untunglaaa PR 2.. huhu 😀

        buat je la h6 tag untuk komen 😀

        *jgn tnye aku bab heading tag, refer kat ***blogger.net.. aku belajar dari dia je banyak..

        1. i not that kind of blogger yet… i’m still depends on my loyal reader and helping people… Content is more prioritizes… and the heading or h6 that u said, i already knew all that… btw, that for reminds…

Leave a Reply