Bersempena Hari Kekasih atau lebih terkenal dengan nama Valentine’s Day ni, biasanya ramai blogger akan berkongsi tentang keburukan valentine’s day, sejarah valentine’s day, hukum menyambut valentine’s day, dan salah satunya anda boleh baca tentang hukum orang Islam menyambut perayaan hari kekasih atau valentine’s day dari murkiester atau kempen katakan tidak pada hari Valentine oleh Furdunesia ini. Tapi EB akan kongsikan perkara yang berbeza. EB menyediakan satu lagu khas sempena valentine’s day atau hari kekasih ni. Lagu ini memang EB nyanyikan sendiri khas untuk anda pembaca. Enjoy!
Album : Tiada Lagi Kasih
In-Team
Rasa cinta
Adalah satu anugerah Tuhan pada hambaNya
Dan kerananya manusia sanggup apa saja
Asalkan dia memiliki apa yang dicita
Kerna cinta
Sanggup berkorban apa saja, harta dan nyawa
Setiap detik hanya memikirkan tentang si dia yang tercinta
Ingin bersama sepanjang masa
Tetapi pastikah cintamu dihargai
Mungkinkah si dia kan tetap setia
Setelah kau serah jiwa dan ragamu
Mungkinkah kau pastikan tidak kan dihancurkan
Jika kau mencintai bunga
Sedarlah engkau bunga itu akan layu
Jika kau cintakan manusia
Sedarlah suatu hari dia akan pergi
Jika kau mencintai harta
Harta itu nanti kau akan tinggalkan
Jika kau mencintai Ilahi
Hanya Dia yang akan kekal abadi
Cintailah Ilahi
Kalau ikutkan, sambut je hari kekasih tiap2 hari.. Itupun kalau laratlah, xyah ikut valentime punya hari..he3
jangan sebut kekasih kekasih ni.. sedihlah diri ini tidak punya kekasih.. he3! JK
Eh, ye ke? Bujang lagi la ni? Boleh join ALiridha..he3
sambut pada “kekasih” yang btul la..Kerana DIa kekasih kita sebanrnya…
seperti apa yang dinyatakan dalam lagu di atas, Cinta illahi, Cinta Abadi…
Salam. Semalam dah ramai dah yang kena cekup Ops Valentine ni. malam ni mesti ramai lagi. Patut bagi dengar mereka lagu ni?
Walaupun kita rasa kita jahat, sedikit sebanyak kita kena usahakan amar makruf nahi munkar. mudah2an kita pun akan jadi lebih baik dari sebelum ini…
mari teruskan kempen!
hang dak kolej mana? kalo ada masa free leh jumpa bual2. hahaha
kolej rahim kajai…
bro yang mana?? boleh tahan semua sedap2 suaranya…
yang paling tinggi…. baju biru…
bro, macam kenal je baru tuh.. hehehe…
kenangan tu sampai bila2…