Kita bertemu lagi dalam video gameplay yang terbaru walaupun game ini bukannya baru. Reflex MX vs ATV keluaran THQ dan Rainbow Studio ni sebenarnya dikeluarkan untuk konsol pada tahun 2009. Konsol ini bermaksud macam Xbox360, PS etc. Pada akhir tahun lepas,2010 pihak THQ mengeluarkan Reflex MX vs ATV versi PC pulak. Aku pun baru perasan dengan kehadiran game ni minggu lepas.
Kelebihan Game Reflex MX vs ATV :
- Pilihan mode kenderaan yang pelbagai, Motocross, ATV, Buggy, Truck
- Pilihan mode permainan yang pelbagai, Freeride, Stunt Mode, Career, Race (nama mode bukan nama sebenar)
- Pilihan stunt yang banyak sampaikan aku pun tak tau nak guna stunt apa
- Movement kenderaan tak terlalu realistik (barulah rasa main game!)
- Graphic pun boleh dikatakan agak mantap
Kekurangan Game Reflex MX vs ATV :
- Graphic agak berat untuk load, tak seperti Need For Speed Hot Pursuit
- Kenderaan tidak boleh tukar warna ( *update : boleh tukar dalam career mode, baru perasan )
Aku memang tak boleh nak kata buruk-buruk dengan game Reflex MX vs ATV ni kerana game Reflex MX vs ATV ni memang menyeronokkan. Nanti bila dah lama-lama aku explore Reflex MX vs ATV ni, mungkin akan jumpa kelemahan ketaranya macam PES 2011 yang makin lama aku main, makin banyak kelemahan aku rasai. Jemputlah tengok gameplay game ni yang telah aku sediakan.
siap boleh keluar track sekali ker tuh, langgar2 orang ker., hehe kejam siot,..aku tak tengok videonya..
memang akan banyak kali keluar dari track. maklumlah, terloncat-loncat. tapi crowd tak ramai sangat, mungkin takut graphic processing akan meningkat.
aku suke main tp kat psp je
xde xbox or psp 🙁
kalau main kat PSP cam takde feel lak aku. kecik bebenor.