Skip to main content

[Review] Majlis Eksekutif Festival Kajai 2011 (MEFeK 2011)

Ini merupakan pengalaman kedua aku menyertai Majlis Eksekutif Festival Kajai ( MEFeK ) anjuran Kolej Rahim Kajai UKM. Tahun lepas aku membantu dalam menguruskan bahagian teknikal. Tahun ni pula aku join bahagian program. Program yang aku uruskan bukan besar mana pun, hanya sekadar small LAN Party. Buat tournament PES 2011 je pun. Apalah nak dibandingkan program aku dengan program-program lain yang hebat dalam MEFeK 2011 ni seperti Battle Of The Band, Motorshow, Suara Sensasi dll.

Dari pengalaman aku sendiri, MEFeK 2011 amatlah teruk dibandingkan MEFeK 2010. Banyak sangat benda yang kurang dalam MEFeK 2011 ni, antaranya yang paling ketara ialah gerai. Tahun ni gerai memang sikit sangat, hinggakan khemah untuk gerai dijadikan tempat parking kereta! Dari apa yang aku dengar, gerai MEFeK 2011 kurang disebabkan sponsor tarik diri atau ditolak aku tak pasti. Itu punya masalah patutnya boleh diselesaikan segera! Ramai je penggerai tahun lepas yang memohon untuk kembali dalam MEFeK tahun ni. Aku juga ada terdengar penggerai mengadu harga sewa yang terlalu tinggi. Dahlah untung diorang tak seberapa, tapi sewa tinggi. Korang bayangkanlah bayar sewa RM2000, tapi untung RM10 je! Sapa tak bengang dowh.

Selain tu, susunan khemah juga harus diubah. Ini kerana ditengah-tengah tapak festival terlalu kosong. Walaupun susanan khemah tahun ini dan tahun lepas hampir sama, tapi tahun lepas adanya Autofest. Maknanya tapak kosong tu akan dipenuhi oleh kereta-kereta, berbanding tahun ini Motorshow yang hanya makan ruang terlalu sedikit. Mungkin sebagai penambahbaikkan, khemah utama boleh diletakkan di tengah-tengah tapak supaya pengunjung tak bertumpu pada satu tempat je. Ataupun boleh penuhi tapak kosong tu dengan event seperti RC Car Racing atau Futsal.

mefek kajai ukm

Secara umumnya, MEFeK 2011 tahun ni aku rasa lebih mementingkan keuntungan dari pengalaman. Tapi kalau nak dapat keuntungan pun, kene ada pelaburan. Ini, program LAN Party aku, sesen pun tak bagi. Semua barang cari sendiri dan beli sendiri. Harap selepas ni Eksek MEFeK dapat membuat yang lebih baik untuk MEFeK akan datang. Tujuan sebenar MEFeK ni ialah untuk membentuk mahasiswa dan melatih soft skill. Kembalikan nama baik MEFeK!

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi - 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

12 thoughts to “[Review] Majlis Eksekutif Festival Kajai 2011 (MEFeK 2011)”

  1. saya merupakan penghuni kajai.
    sangat2 kecewa dgn mefek pada tahun ini.
    dari pengamatan saya,
    komen saya adalah, jangan terlalu berharap pada sponsor. jangan buat keja last minute, jangan berlagak sombong bila senior/budak2 bawahan bg idea atau pertolongan. dan sebagai pemimpin, jangan terlalu ikutkan angin. angin ke kiri, kita ke kiri.

    mendoakn mefek tahun depan lebih baik
    -bekas ahli mefek.

  2. Assalamualaikum,
    fiya yg berada dalam organisasi MEFeK tahun nie pun merasekan apa yang admint tulis nie benar…
    tapi adalah tidak wajar menyalahkan kitaorang atas ape yang terjadi…
    kitaorang tak nak pun semua nie terjadi..
    kitaorang pun nak beri yang terbaik untuk MEFeK untuk Kajai..
    saerius fiyda sedeh sgt baca nie…
    xperlah…
    walauapapun orang nak cakap..
    kitaorang tahu ape sebenarnya yang terjadi…
    ape berlaku pada gerai..
    ape berlaku pada sponsor,
    ape berlaku pada teknikal,
    dan semualah…
    bukan semua gerai rm2000 cuma yg IKS tu jer & fiyda mmg tak tahu sal yang nie..
    dan yg nie fiyda sokong tak sepatotnya tapak gerai sampai begitu…
    hmm… fiyda doakan MEFeK tahun depan akan lebih berjaya dari yang nie…
    sekian time kasih

    1. pertama sekali, penulis tak salahkan sesiapa pun dalam tulisan ni. penulis sebgai salah seorang yang promote mefek bersungguh-sungguh seperti mefek sesuatu yang amat hebat pun amat sedih dan malu dengan apa yang terjadi. apa-apapun, perkara yang MT tahu tak penting, yang penting apa yang pengunjung tahu. kerana pengunjung yang merasai festival ni. dan memang bukan semua gerai rm2000, tapi mostly harga tapak gerai agak mahal tahun ni. amat sedih bila ramai penggerai mengadu.

  3. saya b’setuju dgn pendpat awk.. mefek kali nie mmg sgt tak memuaskan.. lengang je dan pengunjung pun sgt kurang.. sya semangat promote mefek ni pada kawan2 dan org luar.. malu sgt bila diorg kata entah apa2 je.. mcm xde benda je.. satu lagi pemimpin mmg sepatutnya kena dgr pendapat anak buah.. ni tak, ada yang wat bodoh je.. tapi paling menyakitkn hati bila ada kp yang guna idea anak buah dan dikatakn ideanya sendiri..byk cantik punya muka..sekurg2nya bagi kredit la kt org bg idea tu.. alih2 dia yg kena puji melambung..bagi gerai plak, sya rasa xperlu kot gerai byk2..yg penting aktiviti tu mesti menarik.. autofest xde knp ye?? progrm tu yg plg byk tarik pengunjung..ramai kawan2 sya nk join autofest..siap modified kereta dah.. but xde plak thun nie.. so sad.. hopefully mefek tahun depan lebih baik lagi.. autofest tu kalo boleh adakan lagi ye..

    1. dari apa yang penulis dengar, autofest takde mungkin kekangan masa. sekurang2nya kene ajak peserta 1month before event, tapi tak sempat. ditambah pula masalah sponsor “lari”..

  4. Betul!
    Jujur saya rasa orang-orang yang menganjurkan MEFeK seperti sombong bila orang luar bagi idea untuk jadikan festival kajai ni meriah.
    Tapi benda dah jadi. Korang dah buat post morterm? Kalau lah student HE bawah MEFeK dapat A, aku macam tak percaya je.
    Anyway, penganjur MEFeK perlu lebih terbuka dan tidak terlampau ingin mengikut tradisi dan stereotype dalam merancang aktiviti festival.
    Macam penulis kata, masa MEFeK sedang berlangsung, apa yang MT tahu tu tak penting, yang penting apa yang pengunjung tahu dan alami dari MEFeK.

    Aku pun ada dengar penggerai komen lebih kurang macam ni bunyinya – “Buat program tak ade orang, program syok sendiri, program untuk AJK je”. Kesian aku kat penganjur. Segan pun ada since aku pun duduk kajai.

    Penganjur tak perlu terasa dengan komen sebegini kerana itu realitinya! Terima setiap komen dengan positif supaya festival yang akan datang lebih berjaya dari yang sebelumnya.

    p/s: MEFeK ke M-EFeK? lol

  5. As’kum pak cik nk tny ni..kat mne pakcik bleh claim duit pakcik?? GGrrrr…hehehe..men2 je..sbnrnye sy nk pndapat laa..sbg penghuni kajai.. dan juge bekas penggerai mefek suatu masa dahulu..sy cuma nk brharap spaya MEFEK XYAH wat la utk taun2 akan dtg..wat rugi masa duit n tenaga je.. cbe tgk kolej2 len..sume same je..lengang je..even da dak2 publisiti da keje sparuh mati smpai pnteng klas lak 2..so ape kata kte wat aktiviti len laa..byk lg bleh wat…wat laa Hari sukan kolej ke..pas2 wat prtandingn futsal paintball n bola jaring..kan best..bleh enjoy xde tension2..sume bleh masuk..xprlu susah payah cari sponsor2 ke..cekik duit pnggerai ke…Byk program2 len ag bleh wat..cthnye KIZ da tkar..wat Hari Alam Sekitar or smething lke tht arr..Harap2 tahun depan xprlu la wat lg..let’s break da tradition n Revolutionize Kolej so tht kte leh enjoy more n regret less…W’salam

  6. Sy dh 3 tahun ddk kajai.
    Pndpt sy, klo nk cmpare kan mefek thn ni n thn2 lps, de klbhn dan klmhan. kita boleh lihat, mcm mne ajk mefek sndr cuba hdupkn mefek 2011 dgn memanggl mytv3, de demo jpa, de karikatur, wat mcm2 xtvt. but xdpt sambutn. apa yg sy nmpk, kajaian sndr xbg skongan, xtrun padang lngsg, jenguk mefek pn x. mcm mna laa bdk kolej len nk trun. cnth boleh nmpk. tyme perasmian n penutup, malu je kat org lua yg dtg, boleh kira bpe yg de kt tapak mefek.
    And for ajk, de yg beri komitmen, de yg x, kdg2 die yg cbok men kt mytv3 smpai org crik mne die nak mnx wat kje. bezanya mefek dlu n skrg, klo dlu, smua wrga mefek wjb berada di tapak mefek 3hr 3mlm tuh, xddk kt blk pn, ala2 berkpg kt sne, blk pn kjap2 je,,,skrg ni, studnt lbih ske dok dlm blk lyn facebook, dr join xtvt yg kolej anjurkn.
    shrusnya, mefek wat kelainan, jgn asyik copy paste xtvt yg lps. if xtvt sme, org pn xnk dtg da. so, try find sumthing new tok tarik pengunjung dtg.
    juz hope, mefek for next yr akan jdi lebih baik. Wallahualam…

Leave a Reply