Bulletstorm merupakan game yang baru diedarkan pada 22 Februari 2011 yang lalu. Game ini adalah keluaran syarikat yang sudah tidak asing lagi dalam dunia games iaitu Electronic Arts yang merupakan pihak yang sama memasarkan games siri Battlefield, Mass Effect dan sebagainya. Manakala Bulletstorm ini telah dibangunkan oleh pihak People Can Fly dan Epic Games.
EB baru sahaja mencuba game ini. Pandangan pertama EB, game Bulletstorm ini memang berbaloi untuk dicuba dan dibeli! Sesungguhnya game ini memanglah jauh berbeza konsepnya dengan PES 2011, atau NFS: Hot Pursuit dan Test Drive Unlimited 2 kerana Bulletstrom ialah game berunsur 1st person shooting. Bulletstorm bolehlah dikatakan hampir sama dengan Borderland, Resident Evil, atau Quake.
Konsep Gameplay :
- menembak mutan
- bukan sahaja boleh menembak, malah boleh guna “whip” dan “kick”
- setiap style membunuh akan diberi mata/point
- poin tersebut digunakan untuk beli peluru dan upgrade weapons
Perkara yang menarik tentang Bulletstorm :
- musuh boleh ditembak di semua bahagian dan setiap bahagian mempunyai mata berbeza
- musuh boleh di “kick” dan “whip” ke dinding, duri, atau jatuh dari platfrom
- persekitaran yang memang menarik
- graphik yang lawa tetapi tidak terlalu memerlukan PC specs tinggi
- arah peluru yang ditembak diterima akal. bermakna peluru pergi tak tepat seperti crosshair.
- musuh yang pelbagai rupa dan bentuk dan senjata
Perkara yang kurang elok tentang Bulletstorm :
- penggunaan perkataan kasar dan tidak sopan
- aksi yang ganas ( kepala tercabut etc )
- karakter kita tak hensem
- gaya berlindung terlalu simple
Mari saksikan gameplay Bulletstorm di bawah ini :
Seriously EB sarankan anda semua tonton video gameplay di atas, EB sendiri tengok rasa bersemangat nak main game Bulletstorm ni. Game ini boleh anda beli dengan harga +- 59.99 USD (pada masa artikel ini ditulis).
bg ak game ni besshh!! ..ak ske concept nye bleh gne enviroment utk kill..pas2 script yg agk klaka hhaha..harap EB post review tk game shooting/fps ye! 😉
memang besh pon! graphic pon ok.. skrip dia boleh gurau2 time membunuh.. ada aku baca review luar diorang tak suka kot.. pelik aku.. buat masa sekarang ni game shooting tak banyak yang baru. aku lebih fokuskan tutorial dulu dan tengah memikirkan mana nak cari duit lagi beli game.. 😀