Skip to main content

Gempa dan Tsunami Di Jepun : Khabar Angin Letusan Reaktor Nuklear

Sudah diberi nama khabar angin, memang cepatlah khabar letusan reaktor nuklear Jepun ini tersebar umpama angin yang meniup di udara. Facebook, Twitter, Myspace dan seangkatan dengannya malah sistem khidmat pesanan ringkas dijadikan platform penyebaran khabar angin ini. Sejauh manakah kebenaran khabar angin hasil dari gempa bumi Jepun dengan berskala 8.9 yang menghasilkan ombak besar ( tsunami) tersebut?

Seperti yang kita sedia maklum, kesan dari gempa bumi di Jepun tempoh hari menyebabkan kerosakan “cooler” atau penyejuk reaktor nuklear itu. Air laut terpaksa digunakan sebagai alternatif bahan penyejukan. Sekiranya suhu reaktor menjadi semakin panas, kemungkinan besar satu letupan akan berlaku yang memang tidak kita ingini. Disebabkan kebimbangan ini, wujud khabar angin menyatakan akan berlakunya hujan asid di Malaysia.

letusan nuklear tsunami

Dalam perbincangan di MHI TV3 hari ini,”Topik awal pagi bersama Ally dan Wardina: Kenapa rakyat Malaysia mudah percaya dengan khabar angin?” terdetik di hati aku, kenapa boleh wujud topik macam ni? Umpama menyatakan rakyat Malaysia ini “bodoh” kerana menyampaikan khabar angin. Kenapa tidak kita lihat khabar angin ini dari sudut yang lain.Ya, memang benar berita ini tidak disahkan. Adakah kemungkinan untuk berlaku itu 0%? Rakyat Malaysia berhak untuk bimbang dan menyebarkan berita ini sebagai langkah berjaga-jaga. Jika kita fikirkan semula, kalau tak berlaku gempa bumi di Jepun atau letusan nuklear sekalipun, kita tetap ditegah untuk terdedah kepada air hujan.

Rakyat Malaysia bukan bodoh untuk takut pergi ke kerja, sekolah atau sebagainya atas khabar angin ini. Sekali lagi aku katakan, khabar angin ini hanya untuk diingati sesama kita! Bukannya kita percaya. Sedangkan gossip sibuk TV3 sebarkan, isu reaktor nuklear ini hendak diabaikan.

Apa-apapun janganlah terlalu risau tentang letupan kecil reaktor nuklear di Jepun ini. Tapi kalau Malaysia masih berniat meneruskan rancangan pembinaan loji nuklear pertama, memang kita kene risau. Untuk pembacaan lebih lanjut, boleh baca di Explaination About Nuclear Reactor (http://mitnse.com/)

p/s: semasa entri ini ditulis, hujan sangat lebat membasahi jalan. Ada ke nak gi main hujan?

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi - 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

11 thoughts to “Gempa dan Tsunami Di Jepun : Khabar Angin Letusan Reaktor Nuklear”

  1. salam bro, nak tanya sikit la, mcm mana nak buat blogroll yang mcm ko buat, siap ada entry terbaru bagi link mana mana yang update, kalau boleh nak minta code untuk diletak di web saya, reply kat web saya ok, assalamualaikum

  2. kecoh gak bende ni…tp lngkah terbaik berjaga2lah..kalau xder psal radiasi pon hujan sekarang ttp bhaya, tak mcm hujan dlu dah..huhuh

    1. fuh! pagi buta betul hang komen.. mata aku ni dah terpejam-pejam ni..

      ya betul! hujan itu memang bahaya. lebih baik isu ini kecoh, dari isu artis yang tak kemana tujuannya..

  3. Yup khabar angin, dalam apa2 kes mesti ada. lebih sudu dari kuah.
    hari tu pasal mesir pun macam2 berita tak baik pasal student malaysia ada.

    kena hati2 lah benda2 macam ni, takut jadi fitnah. jadi jangan senang2 sangat nak sebarkan khabar angin

  4. ada juga dapat tengok message nie dari rakan2 wall fb… dan juga twitter… cuma tak pasti betul ke tak… khabar angin yang seperti ini kadang2 perlu dapatkan pengesahan dari mereka yang pakar2.. kita nie bukan dalam bidang ini… susah juga ya…

    1. setakat ni, memang masih tak berbahaya, tapi yang aku nak tergelak, hos salah satu rancangan tv dia cakap, radioaktif takkan tersebab sebab jauh.. bodoh ke apa! burung pun boleh terbang satu dunia.. inikan zarah..

  5. Mereka yg sebar khabar angin ni memang pakar. Pakar buat cerita palsu.
    Pasal kerajaan kita nak buat loji Nuklear tu, aku pun tak setuju.kalau terjadi perkara buruk macam kat Jepun, dah akibatnya buruk.

Leave a Reply