Skip to main content

Pertanyaan Online Tidak Diperlukan Jika Layanan Diberi Teruk

Kehidupan manusia dengan IT semakin lama semakin akrab. Di mana-mana sahaja kita boleh dengar orang cakap tentang IT. Information Technology (IT)  ini juga dikenali dengan nama Teknologi Maklumat. Sedar tidak sedar kita memang selalu mengaplikasikan IT dalam kehidupan seharian. Tidak usah menipu jika anda kata anda tak tahu apa-apa tentang IT. Kalau anda tahu guna handphone, tahu log in facebook, tahu buka TV. Maknanya ada telah tahu sedikit mengenai ilmu IT.

Namun entri ini bukan bertujuan memperkenalkan apa itu IT. Hanya ingin melontarkan satu lagi pendapat mengenai sistem pertanyaan online yang diwujudkan di Malaysia umumnya, sektor kerajaan khususnya. EB memang amat suka gunakan sistem pertanyaan online ni. Lebih mudah dan tak perlu membazir masa dengan pergi ke pejabat berkenaan atau menelefon talian yang “sentiasa” busy. Selama pengalaman EB berurusan dengan sistem pertanyaan online ni, dengan sektor kerajaanlah yang paling mengecewakan.

Ruangan “Hubungi Kami” dalam laman web kerajaan tersebut disertakan emel untuk sebarang pertanyaan. Ok, satu petanda bagus. Kerajaan pun ambil bahagian dalam kemajuan sektor IT. Tapi setelah EB hantar emel, respon yang diberikan amatlah lambat sehinggakan tak berbalas langsung. Jika emel yang dihantar tu tidak difahami, ringan-ringankan lah jari tu membalas dengan memberitahu pengirim. Jangan diam tak bersuara kita terpinga!

Pernah juga EB cuba emelkan kepada dua bahagian berbeza. Satu emel kepada webmaster, satu emel kepada pengarah jabatan tersebut. Anda tahu siapa yang balas dulu? Pengarah Jabatan! Orang yang lebih besar pangkat dengan mudah membalas emel EB, tapi pihak webmaster yang sepatutnya tugas membalas emel masih tidak membalasnya. Dalam polisi ditulis, “emel anda akan dibalas dalam masa tiga hari bekerja”. Tapi, 3 minggu bekerja baru menerima respon.

Sampai bila perkara macam ni nak berlaku? Dunia makin lama makin maju. Tapi kalau setakat perkara simple seperti balas emel pun tak mampu dilaksanakan. Adakah mampu Malaysia mencapai kemajuan dalam bidang IT?


eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi - 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

12 thoughts to “Pertanyaan Online Tidak Diperlukan Jika Layanan Diberi Teruk”

  1. Biasalah bro, diorang balas respon kita mengikut hari bekerja. kalau banyak respon maknanya lambat la. tunggu punya tunggu ada dekat 1 minggu baru dapat jawapan.

  2. 2la..kadang2 support team diorang yang agak slow dalam melakukan kerja..ntah apa dibuat ntah..saya pun pernah hadapi masalah cam ni, kadang2 kena call balik dan marah2, baru diorang akan buat tindakan..
    Dunia dah maju, tapi manusia yang tak maju lagi..

  3. erk… aku pun kadang2 tak terjawab sistem pertanyaan online di blog sendiri…. masa yang agak limited.. mungkin aku perlu meletakkan range masanya mungkin 24jam atau 48 jam sekurang-kurangnya.. untuk membalas pertanyaan,

    1. kalau blog persendirian tu mungkin boleh dipandang sebelah mata. tapi kalau laman kerajaan, terlalu penting. kalau dilambat-lambatkan, mungkin mewujudkan masalah yang lain..

  4. department IT kerajaan nie masih lagi perlu peningkatan…bukan takat balas email jer…kalo korang perasan..pembinaan site mereka pun sangatlah ketinggalan zaman…macam tangkap muat jer…

    tak percaya? masuk jer mana2 site kerajaan..anda cukup bertuah kalau dapat yang mempunyai fungsi interaktif dan susun atur yang baik~

  5. patutnya ko cc kan email balas dari pengarah tu kat webmaster…bia dia “terkejut beruk” sikit….
    Kerajaan pun kene guna proksi yg boleh block laman2 web tertentu spt FB…kalau x ….sendiri mau ingat lerr..hahaha

Leave a Reply to Sir Marcello Cancel reply