Rasanya tidak perlu untuk memperkenalkan siapa itu Lady Gaga. Ramai yang mengaitkan Lady Gaga ini sebagai iluminatilah, freemason dan perkara berkaitan. Itu semua EB pun tak pasti kebenarannya. Namun apa yang EB ingin perkatakan dalam entri ini adalah mengenai lirik lagu terbaru Lady Gaga yang baru dipasarkan pada 11 Februari 2011 lalu iaitu “Born This Way”. Lagu ini dikatakan mendapat sambutan memberangsangkan di seluruh dunia. Dari pengamatan diri sendiri, lirik lagu Born This Way ini seperti menyatakan jangan menyesal dengan apa yang kita ada sejak lahir. Lebih kurang macam tu. Tapi dalam lagu ini konsep jangan menyesal itu lebih menjurus kepada jangan menyesal dilahirkan sebagai “gay”.
Semasa sedang melihat video-video di Youtube mengenai Malaysia, bertemulah dengan satu video yang bertajuk “Lady Gaga’s Born This Way Lyrics Censored in Malaysia“. Merujuk kepada video ini, lirik lagu Born This Way yang telah dicensored ialah :
Lesbian, transgendered life
I’m on the right track baby
EB berpendapat langkah untuk menyekat/censored lirik ini adalah amat tepat. Lirik ini seperti menyatakan bahawasanya kehidupan sebagai gay,lesbian,tukar jantina adalah kehidupan yang tepat. Mungkin ramai yang berpendapat seseorang itu menjadi gay atau lesbian atas ketentuan Tuhan. Tapi bagi EB, benda ni adalah pilihan masing-masing. Seperti juga pilihan kita untuk buat jahat atau buat baik. Allah juga memurkai golongan seperti ini seperti dinyatakan petikan sabda Rasulullah SAW di bawah :
Malaysia sebagai negara majoriti beragama Islam memang patut censored perkara yang salah di sisi hukum Islam. Bagi golongan yang dewasa mungkin boleh menganggap lagu ini untuk hiburan semata-mata, tapi bagi anak muda yang cetek pengetahuannya akan menganggap lirik seperti lagu Born This Way ini sebagai satu pegangan hidup. Dalam diam umat Islam dirosakkan. Sepatutnya artis seperti ini harus diban serta merta untuk mempromosi, menjual album,menyiarkan lagu atau membuat konsert di Malaysia. Negara kita mengamalkan “1 Malaysia” takkan agama pun nak disatukan semuanya. Oh Malaysiaku!
sumber : Himpunan Hadis ( Empat Golongan Yang Dimurkai Allah ) , Lirik Lagu Born This Way Lady Gaga
banned jer terus dia nih, lagu kekadang sedap, tp klu x faham lirik boleh rosak masyarakat kita
ada sesetengah tu dah memang rosak pun, terutamanya golongan artis.
klu dah ari2 kuar kat radio, x bes pn jd bes hmm
bengong si lady gaga nie… banned2!!
sebengong-bengong dia, ada yang lebih bengong dengan mengikuti apa dia buat..
Dari dulu lagi tak minat ngan Lady Gaga.Banned je terus!
die ingat negara malaysia ni negare yg cam us tu, x kisah org gay ke, les ke. ban saja sama dia!!!!! (gelak cara org jahat)!!!!
mmg layak pun di banned..ni lah punca org Islam rosak
Wow! Lady Gaga siot!!! pompuan ni kan fahaman illuminati…mesti la nak rosakkan akhlak umat islam seluruh dunia…Lagu memang sedap nak layan walaupun ramai yang tak paham bahasa inggeris tapi video klip dia memang dah tonjolkan yang bakal menghancurkan iman kita…illuminati adalah industri hiburan barat (terutamanya bermula dari USA) dah pun menguasai dunia sekian lama sebelum Perang Dunia Pertama lagi…
dia punya lagu memang besh, unik.. tapi lirik dan video klik dia yang tak boleh bla. dalam diam merosakkan.
Wow! ni Lady Gaga ke atau Lady GAGAK!!! hahahaha…..
berani tul dia xmnghormati budaya dan agam org malysia ni mmbawa sentimen buruk plak… nsib baik aku mmg pmbnci ladu gagak ni dr dlu lg..ahaha
kita ni yang membenci, tapi ada golongan artis tu, tiru lady gaga punya fesyen..
haha.. mmg gila lady gaga ni.. bikin panaz je..
lady gaga tu takpa lagi. nasib dia nak buat apa. tapi yang company edaran lagu dia di Malaysia yang bebal sangat..
sebelum jadi artis ni.lady gaga ada bakat
sebagai penyanyi.tetapi apa yang EB katakan betul.
iluminati bantu menaikkan lady gaga dengan cepat.
kalau berani lawan.akibatnya akan jadi seperti
michael jackson.jangan layan la lagu lady gaga ni.
sian Micheal Jackson..buah hati sy kini tiada lagi..huu
seperti tulisan aku di blog sendiri…banyak benda aku persoalkan..kenapa perlu cantas rantingnya sedangkan akar masih teguh menggengam bumi?
oh, aku ada baca dalam post tentang cerita di TV itu kan. semua buat benda acuh tak acuh.. kalau tak censored, orang marah. kalau buang babak tu, tak dapat tarik “orang” untuk tengok.
tak salah kalau kita dgr music tu, tapi kita tahu baik buruknya… if lagu tu ke arah -ve batter kita tngglkan je, tapi itu la.. lagu je banned orgnya belum lg huhuhu =)
setuju sgt ban lirik dia ni…lagi setuju kalau ban tros lady gaga…imej dia pon ntah apa2
Setiap lagu2 dari barat…kita kena tapis dahulu,kadang2 ada maksud yang boleh memesong akidah kita…terutama umat islam 🙂
lagu-lagu malaysia sendiri pun ada yang memesong akidah, cuma tak diberi pendedahan sangat.
lady gagak betul la dia ni.
lady gaga…
hmm…
knapa lah masih ramai masyarakat Malaysia yang masih meminati dia walaupun mereka tahu yang dia cuba untuk merosakkan akidah kita?
masih ramai lagi antara kita yang asal best je terus layan tanpa cuba paham meaning lagu yang dinyanyikan.. *sigh*
rakyat Malaysia ni terlalu ketagih hiburan. sampai apa jenis hiburan diterima. tiada tapis langsung.. Oh Malaysiaku!