Skip to main content

Lirik Lagu Lady Gaga Banned Di Malaysia? Asal Tak Ban Artis Ni Terus!

Rasanya tidak perlu untuk memperkenalkan siapa itu Lady Gaga. Ramai yang mengaitkan Lady Gaga ini sebagai iluminatilah, freemason dan perkara berkaitan. Itu semua EB pun tak pasti kebenarannya. Namun apa yang EB ingin perkatakan dalam entri ini adalah mengenai lirik lagu terbaru Lady Gaga yang baru dipasarkan pada 11 Februari 2011 lalu iaitu “Born This Way”. Lagu ini dikatakan mendapat sambutan memberangsangkan di seluruh dunia. Dari pengamatan diri sendiri, lirik lagu Born This Way ini seperti menyatakan jangan menyesal dengan apa yang kita ada sejak lahir. Lebih kurang macam tu. Tapi dalam lagu ini konsep jangan menyesal itu lebih menjurus kepada jangan menyesal dilahirkan sebagai “gay”.

Semasa sedang melihat video-video di Youtube mengenai Malaysia, bertemulah dengan satu video yang bertajuk “Lady Gaga’s Born This Way Lyrics Censored in Malaysia“. Merujuk kepada video ini, lirik lagu Born This Way yang telah dicensored ialah :

No matter gay, straight, or bi,
Lesbian, transgendered life
I’m on the right track baby

EB berpendapat langkah untuk menyekat/censored lirik ini adalah amat tepat. Lirik ini seperti menyatakan bahawasanya kehidupan sebagai gay,lesbian,tukar jantina adalah kehidupan yang tepat. Mungkin ramai yang berpendapat seseorang itu menjadi gay atau lesbian atas ketentuan Tuhan. Tapi bagi EB, benda ni adalah pilihan masing-masing. Seperti juga pilihan kita untuk buat jahat atau buat baik. Allah juga memurkai golongan seperti ini seperti dinyatakan petikan sabda Rasulullah SAW di bawah :

Empat Golongan Yang Dimurkai Allah : Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya : “Empat kalangan yang pada waktu pagi mereka dimurkai Allah dan pada waktu petangnya juga dimurkai Allah”. Abu Hurairah bertanya : “Siapa mereka wahai Rasulullah?” Jawab Baginda : “Orang lelaki yang berlagak seperti wanita, kaum wanita yang berlagak seperti lelaki. Orang yang bersetubuh dengan binatang dan orang yang melakukan hubungan sejenis”. (At-Tabrani dan al-Baihaqi)

Malaysia sebagai negara majoriti beragama Islam memang patut censored perkara yang salah di sisi hukum Islam. Bagi golongan yang dewasa mungkin boleh menganggap lagu ini untuk hiburan semata-mata, tapi bagi anak muda yang cetek pengetahuannya akan menganggap lirik seperti lagu Born This Way ini sebagai satu pegangan hidup. Dalam diam umat Islam dirosakkan. Sepatutnya artis seperti ini harus diban serta merta untuk mempromosi, menjual album,menyiarkan lagu atau membuat konsert di Malaysia. Negara kita mengamalkan “1 Malaysia” takkan agama pun nak disatukan semuanya. Oh Malaysiaku!

sumber : Himpunan Hadis ( Empat Golongan Yang Dimurkai Allah ) , Lirik Lagu Born This Way Lady Gaga

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi - 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

26 thoughts to “Lirik Lagu Lady Gaga Banned Di Malaysia? Asal Tak Ban Artis Ni Terus!”

  1. die ingat negara malaysia ni negare yg cam us tu, x kisah org gay ke, les ke. ban saja sama dia!!!!! (gelak cara org jahat)!!!!

  2. Wow! Lady Gaga siot!!! pompuan ni kan fahaman illuminati…mesti la nak rosakkan akhlak umat islam seluruh dunia…Lagu memang sedap nak layan walaupun ramai yang tak paham bahasa inggeris tapi video klip dia memang dah tonjolkan yang bakal menghancurkan iman kita…illuminati adalah industri hiburan barat (terutamanya bermula dari USA) dah pun menguasai dunia sekian lama sebelum Perang Dunia Pertama lagi…

  3. berani tul dia xmnghormati budaya dan agam org malysia ni mmbawa sentimen buruk plak… nsib baik aku mmg pmbnci ladu gagak ni dr dlu lg..ahaha

  4. sebelum jadi artis ni.lady gaga ada bakat
    sebagai penyanyi.tetapi apa yang EB katakan betul.
    iluminati bantu menaikkan lady gaga dengan cepat.
    kalau berani lawan.akibatnya akan jadi seperti
    michael jackson.jangan layan la lagu lady gaga ni.

    1. oh, aku ada baca dalam post tentang cerita di TV itu kan. semua buat benda acuh tak acuh.. kalau tak censored, orang marah. kalau buang babak tu, tak dapat tarik “orang” untuk tengok.

  5. tak salah kalau kita dgr music tu, tapi kita tahu baik buruknya… if lagu tu ke arah -ve batter kita tngglkan je, tapi itu la.. lagu je banned orgnya belum lg huhuhu =)

  6. lady gaga…
    hmm…
    knapa lah masih ramai masyarakat Malaysia yang masih meminati dia walaupun mereka tahu yang dia cuba untuk merosakkan akidah kita?
    masih ramai lagi antara kita yang asal best je terus layan tanpa cuba paham meaning lagu yang dinyanyikan.. *sigh*

Leave a Reply to eastbullet Cancel reply