Skip to main content

Mungkinkah Aku Akan Menjadi Cikgu?

Bila berita kerajaan umumkan bonus kepada guru yang keputusan akademik pelajarnya meningkat, aku terasa macam mahu jadi cikgu pulak. Syok tu dapat bonus! Ok takdelah, aku takkan terpengaruh dengan agenda politik memberi wang yang diamalkan sekarang. Tapi sebenarnya perasaan untuk menjadi guru ni mula terbit semasa habis matrikulasi dulu. Malangnya tak sempat nak apply guru sebab terlupa PIN number dan segala benda berkaitan. So, terpaksa redha sahaja apa yang telah diisi buat pertama kali dan terakhir kalinya itu. Ternyata apa yang diisi dalam borang permohonan UPU itu adalah salah langkah. Memang tak gembira dengan keadaan sekarang.

Sementara menunggu untuk kembali ke IPTA bulan September ni, memang aku duduk rumah main game, merayap naik motor, belajar editing and some coding. That’s all. Ini semua kerana parents tak bagi kerja sambilan. Tiba-tiba secara kebetulan ada guru bersalin di sekolah lama. Ceh, tiba-tiba pulak padahal perut kembung dah lama dah. The point is, memang dah lama mak aku pelawa untuk jadi guru ganti sementara selama tiga bulan ajar matematik. Mula-mula rasa berat hati juga sebab nak mengajar di sekolah lama. Tapi bila difikirkan semula, dari aku tak buat apa duduk rumah je. Baik cuba pergi mengajar dan timba pengalaman. Dapat jugak serba sedikit melatih soft skill.

Walaubagaimanpun, perkara ini masih dalam tanda tanya. Bermaksud masih tidak pasti lagi sama ada aku boleh diterima untuk menjadi guru ganti selama tiga bulan di sekolah tersebut. Rasanya masalah di pihak Jabatan boleh diselesaikan, tapi masalah di pihak sekolah sendiri disebabkan berlaku sedikit salah faham antara pentadbir yang melibatkan mak aku boleh membantutkan hasrat diri ini untuk menjadi guru ganti sementara. Hati ini serius sudah tidak sabar untuk mencurah ilmu sambil menuntut ilmu. Semoga dapatlah menjadi guru ganti ini. Insyaallah…

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi - 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

2 thoughts to “Mungkinkah Aku Akan Menjadi Cikgu?”

Leave a Reply