Pligg merupakan satu lagi sumber terbuka berbentuk Content Management System ( CMS ) yang boleh di muat turun dan digunakan secara percuma. Biasanya kita mendengar wordpress, joomla atau xoops. Namun Pligg lebih bersifat Ping CMS. Selama beberapa hari, EB telah meng-install Pligg ke dalam salah satu directory di eastbullet[dot]com.
Dari pengetahuan basic EB dalam pengendalian web, Pligg ini agak susah untuk dimanage. Template Pligg masih kurang untuk didownload. Jika ada sekalipun, kemungkinan besar banyak masalah compatibility. Selain itu, pengubahsuaian template tidak boleh dilakukan pada back-end. Ia hanya boleh dilakukan pada sistem komputer dan upload semula. Jadi ini melambatkan setiap proses pengubahsuaian kerana perlu sentiasa mengupload file yang telah diubah.
Berkenaan widget pula, ianya jauh berbeza dengan wordpress atau joomla. Bagi Pligg, widget disusun mengikut code pada file template. Berbeza seperti Joomla dan WordPress yang menggunakan konsep drag and drop. Selain itu, Pligg lebih banyak menggunakan file berformat *.tpl yang sememangnya EB tak pernah belajar.
Walaubagaimanapun, keunikkan Pligg ini semestinya dari konsep ping yang diutamakan. Tetamu berdaftar boleh meng-ping sebarang entri yang diminati mengikut kategori yang disediakan oleh pihak webmaster. Entri yang diping juga boleh disusun mengikut entri terbaru, entri terkenal dan sebagainya. Konsep vote entri juga disediakan. Namun fungsi ini kadang-kadang memberi masalah bagi pengguna capaian internet di kawasan yang sama.
Konklusinya, Pligg masih banyak kelemahan yang dapat diatasi. Mungkin bagi pengguna yang mempunyai kemahiran tinggi dalam coding dapat menggunakan Pligg ini sebaiknya. Tapi bagi golongan yang macam EB, Pligg susah untuk dimodifikasi.
Selain itu boleh juga lihat laman web lain yang menggunakan platform Pligg :
aku bru 1st time dgr bende nih…kiranya Pligg ni boleh buat site ping ke?… wah boleh la buat mcm gengblogger
yupz. memang ping site.. ala-ala gengblogger cenggitu..
wah yg ko buat ni mmg cun..ko punye ni just testing ke utk ping btul2.. bleh dftr ke..hehehe
ok, jap lagi saya try
Baru dengar CMS jenis ni..
Tapi, proses installation dan configuration nya ikut yang EB buat, senang ke dari WordPress?
Tapi nampak macam menarik gak..thanx EB atas info baik ni..
proses installation lagi susah dari wordpress.macam-macam kene buat. kene chmod file lah dan sebagainya. benda ni memang menarik sangat, kita boleh buat komuniti ping sendiri. tapi mungkin Pligg ni masih baru, so fungsi-fungi dalaman dia masih susah dimodifikasi oleh beginnner..
Baru tahu pasal Pligg nih.Thanks for info.
p/s: Ping site yg bro buat tu dah cun. Nak di publish atau utk testing shj?
hanya test.. banyak sangat benda yang tak faham dari CMS ni. susah nak teruskan.
bukan senang nak buat nie bro… canggih beb.. aku mahu mencubanya..
benda rumit seperti bukan kepakaran aku.
masa guna wordpress pun pernah tersilap.
kesilapan yang akan menyedarkan kita kesalahan.. dari situ dapat belajar banyak benda.
aku pernah try pligg ni…tapi separuh jalan…takde masa la nak ngadap coding lama2
Aku baru nak belajar dgn w/p .com…tp nampak cam susah, sbb nak buat itu ini sumer kene rm…kalau domain sendiri pun cm tu gak ke?
wp.com agak limit fungsi dia. tak syok sangat. wp.org@domain hosting sendiri lebih fleksibel. bab susah atau senang pada mulanya ja. selepas seminggu, konfem dapat biasakan diri. cuma kene rajin bertanyalah jika ada masalah…
Nice info 🙂
EB, sy duk cari² jgk psl ni. nk cari diaorg pki platform pe.
diaorg develop sendri nyer ke pki CMS, sy agk cm pki CMS
cume xtau diaorg pki yg mne,
joomla ke wordpress ke pastu pki component & plugin pe still xdpt.
contoh cam
gengblogger[dot]com
blogr[dot]my
busuk[dot]org
biasanya dalam dunia IT ni jarang orang build from scratch.. diorang akan amek applications yang dah ade dan akan modify ikut keperluan diri sendiri.