Skip to main content

Theme Eastbullet[dot]Com Terpaksa Diubah Lagi

Blog eastbullet[dot]com baru sahaja ditubuhkan pada awal tahun ini bersamaan tarikh lahir EB iaitu 3 Januari. Sejak dari itu, theme blog ini sentiasa berubah mengikut peredaran fesyen zaman sekarang. Tidak sampai sebulan satu-satu theme itu digunapakai, sudah pasti akan ditukar baru. Biasalah, sifat semulajadi manusia yang susah untuk menerima apa yang ada. Sentiasa nak yang baru dan lebih baik.

Blog eastbullet[dot]com ini memang sudah serasi dengan theme BrightSky dari pihak Kreative Themes. Namun ada masalah disebalik kekemasan dan kelajuan theme blog ini iaitu di bahagian komen form. Mungkin ada yang tidak perasan apa masalahnya. EB pada mulanya rasa masalah ini boleh diabaikan. Tapi makin lama hati terasa tak senang apabila theme yang digunakan umpama puzzle yang tidak lengkap. Ditambah pula kemunculan theme-theme baru yang lebih cantik dan kemas, tiba masanya blog eastbullet[dot]com untuk bertukar baju lagi.

Jadi, dalam masa dua atau tiga hari ini blog ini mungkin akan kelihatan lain dari yang biasa. Kerja-kerja pengubahsuaian theme bukanlah sesuatu yang mudah. Kebanyakkan dari page di eastbullet[dot]com ini EB ubah suai sendiri tanpa guna sebarang plugins. Jadi selepas ini kena mula balik semua kerja-kerja menggodeh php file theme baru. Semoga akan ketemu theme yang terbaik dan kekal bersama lebih lama.

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi - 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

16 thoughts to “Theme Eastbullet[dot]Com Terpaksa Diubah Lagi”

    1. ha3! memang premium, tapi bukan legal pun.. ops kantoi! kalau nak beli, kene subsribe jadi member web. bukan beli theme. kiranya kita boleh ambil apa saja theme dalam web tu bila dah subs. Buat apa aku beli bayor mahal2. tapi guna satu theme je pun. so aku ambillah dari insan2 yang bermurah hati berkongsi theme ni..

  1. Assalamualaikum EB. Cantik theme baru ni bro. sama la macam aku dulu masa mula-mula ada blog. sampai belambak theme ada dalam WP ni, 2-3 hari tukar theme. akhirnya dah jumpa theme yang sesuai dan boleh tahan jugak la. tapi baru perasan agak ramai blogger yang guna theme macam aku ni. eh, ni theme wp premium yang difreekan ni dapat kat mana? ada orang bagi ke? hehe.

    1. mystique theme memang ramai orang guna. tapi biasanya mereka akan ubah jadi berbeza dari asal. mungkin mystique theme lebih mudah digubah. biasanya theme premiun wordpress yang difreekan ni cari di google je. tapi kene hati-hati juga, kadang-kadang theme tu dah digubah dan akan ada “leak”. boleh lah cuba cari di tehparadox.

  2. emm..banyak dah aku cuba. Tapi bila aku dah jumpa yang aku suka, memang aku stick dengan itu ajelah sampai bila-bila melainkan ada theme lain yang lagi sesuai muncul..

  3. cantik theme nie..mudah nak read2..meanwhile…bhg apesal tue terlajak sket… ce wat scroll or hidden. mmg smart layout nie.. 🙂

    1. mudah nak membaca itu menjadi faktor utama pemilihan theme ini selain dari penggabungan warna yang menarik. berkaitan apesal itu, tiada sebarang masalah rasanya. kerana apesal menggunakan width mengikut percentage. so dalam theme ni telah disetkan 100% so sepatutnya ia akan memenuhi sidebar tersebut. kadang-kadang mungkin akan terlajak kerana tajuk sesetengah entri di apesal yang terlalu panjang. tapi tak tahulah bagaimana dilihatkan dari PC/laptop sedara, dari PC sini kelihatan elok-elok sahaja.

Leave a Reply