Skip to main content
nuffnang eastbullet

Blog EastbulletdotCom Ber-Nuffnang Semula

Sudah lama tidak EB buka laman web nuffnang, apatah lagi menggunakan perkhidmatan pengiklanan yang disediakan. Hari ini terdetik hati untuk buka kembali. Lihat pada earning, eh ada duit! Agak banyak di situ. Rasa rugi jika EB terus ignore nuffnang tanpa menghabiskan saki baki duit dalam tu. Sebelum ini pernah cashout sekali, namun masih menggunakan perkhidmatan nuffnang. Setelah beralih pada blog baru ini iaitu eastbulletdotcom, nuffnang terus hilang dari pandangan. Tapi bila hari ini melihat pada baki earning yang ada, terasa mahu beriklan kembali. Mungkin bila dah sampai cashout limit, stop. Atau mungkin tidak.

Sungguh banyak perubahan pada akaun nuffnang EB. Dari status “gelihati@glitterati” terus jadi “ordinary”. Sudah lupa macam mana status itu berfungsi. Lepas ini kene mengaji kembali.

Semoga dengan adanya iklan ini, hati tidak berasa tertekan dan tenteram untuk membuat entri. Maklumlah, bila beriklan kita akan mengejar traffik. Bila mengejar traffik, terkejar entri. Bila terkejar entri, lahirlah entri tak berkualiti. Harap sangat itu tak berlaku. Apa-apa pun terima kasih EB ucapkan pada mereka yang telah banyak memberi sokongan pada EB. Apa yang blog eastbulletdotcom mampu beri pada anda ialah status dofollow yang entah berapa banyak memberi kesan pada anda semua. Kepada pengunjung baru, selamat datang dan teruskan memberi kritikan, cadangan dan komen yang bernas di dalam blog ini. Terima kasih!

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi - 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

26 thoughts to “Blog EastbulletdotCom Ber-Nuffnang Semula”

    1. kalu ikut iklan churp2 lg lumayan, tp kne kuat promosi link la.. aku 2 mggu shurp dh rm10..hehe.. tp skrg dh mls nk prmosi,,hehe

    2. nuffnang dan churp satu agen yang sama.. cuma nuff ini pengiklanan yang berunsur “kita dipilih untun mengiklan” , manakala says dan churp berunsur “kita memilih untuk mengiklankan” ..

      jadi mana lebih senang bagi brozool, kita dipilih atau kita yang memilih?

  1. Kat blog aku dah tak de iklan. Buang semua nuffnang ni, earning tak banyak pun. Baru ada rm28++ lepas 3 bulan tempek iklan. Tensen rasanya. Hehehe.

    1. Iklan ini sepatutnya menjadi sampingan. Biarkan sahaja pada blog, sekurang-kurangnya masuk juga sepuluh dua puluh sen. Namun dinasihatkan, bina komuniti dahulu, bina entri, bina pengunjung tetap. Jadi kurang tensennya di situ. Biar tensen membuat entri, jangan tensen iklan tak menjadi. 😀

    1. cek kedua nak tunggu banyak sikit? EB ni cek kedua ntah bila lah nak capai cashout limit. pernah juga berkira-kira untuk tukar agen pengiklanan, tapi bila fikir-fikir balik semua sama ja..

  2. gua dah setahun beriklan dgn nuff…dapat le sikit,takat paras2 hidung jerr…tp still setia lagi ngan nuff. Tak tau la bila nk tuka yg len,atau menduakan nuff…hehehe

    #Dulu2 penah gak layan mangga…tp kejap jerr..

  3. Servis Nuffnang ni betul2 best ke? Nak harap Innity Ads syarat2 dia punyalah grand giler apa yang Innity mintak, bukan senang nak ikut…trafik kena tinggi dulu baru la boleh apply innity…Pasal tu rasa nak mula dengan Nuffnang ni dulu…

    1. nuffnang ni tak banyak syarat mana pun. yang penting kita ada blog, dan letakkan script iklan dalam blog. Siap! Cuma kalau traffik tak banyak@klik, income mungkin macam tak wujud je. nanti diri akan terasa sia-sia plak. innity tak perrnah try la pulak. tapi ada juga terbaca syarat dia ketat sikit.

Leave a Reply