Mungkin ramai yang tak tahu 22 April ialah Hari Bumi. Sejujurnya EB sendiri tak tahu. Baru tahu melalui rancangan MHI TV3 pagi tadi. Mungkin kerana Hari Bumi ini kurang mendapat liputan media tidak seperti Earth Hour. Rupa-rupanya dan 40 tahun lebih Hari Bumi ( Earth Day ) ini diadakan. Namun, bila kita sebut selamatkan bumi ke, green life, mahupun hari bumi, apa yang kita lakukan sebenarnya? Adakah dengan hanya membuat entri di blog pasal Hari Bumi atau selamatkan bumi, pung pang pung pang, tapi realitinya anda tak hirau langsung pun.
Cara Menyokong Hari Bumi ( Earth Day ) dan Menjaga Bumi Dari Penggunaan Komputer atau Laptop :
- Gunakan Blackle sebagai ejen carian. Blackle merupakan Energy Saving Search yang sebenarnya menggunakan google sebagai ejen carian. Namun apa yang membezakannya Blackle ialah latar belakang gelap yang dapat mengurangkan penggunakan tenaga. Walaupun sikit, tapi ia tetap menyumbang!
- Set mode PC/laptop kepada sleep jika tidak digunakan buat sementara waktu.
- Rendahkan kecerahan monitor PC / laptop anda dengan beberapa button mudah. Ini juga dapat mengurangkan risiko sakit mata.
- Cabut plug charger laptop anda jika bateri sudah penuh, tapi kalau guna desktop tak perlu cabut plug, nanti padam la plak.
- Cuba untuk menggunakan laptop berbanding desktop/ komputer meja jika sekadar mahu buat kerja ringan-ringan. ( Contoh : taip assignment, isi borang kemasukan IPTA, facebook ).
- Gunakan maps pada internet sebaiknya sebelum keluar rumah untuk pergi satu tempat yang tak pasti. Ini dapat menjimatkan penggunaan minyak dari anda melelong tak tentu pasal cari tempat dituju.
- Jika tengok movie di laptop/komputer, jangan tengok sorang-sorang. Ajak kawan-kawan lain. Manalah tahu kawan bilik sebelah pun tengah nak tengok movie yang sama. Kan membazir tu.
- Jika anda seorang blogger, cuba gunakan theme yang tak terlalu cerah. Dengan erti kata lain, gunakan background gelap. Kalau nak guna plugins yang gelap jika idle tu pun boleh. Tapi kurang efektif sebab orang buka blog kita nak baca, bukan nak idle. Kalau idle, better guna cara no. 3.
Hanya 8 cara paling mudah untuk menjaga dan menjayakan bumi dari penggunaan laptop atau komputer yang dapat EB kongsikan pada entri ini. Jika kita tidak bertindak, nak harapkan siapa lagi? Walaupun anda tak menang apa-apa dengan langkah yang senang ini, tapi jadilah warga yang bertanggungjawab.
bagus entri nie.. hehe.. aq guna laptop yg x cerah sgt.. hehe
ini warna laptop yang tak cerah, atau brightness screen…?
Semakin lama, semakin banyak hari-hari yang ditandakan sebagai hari peristiwa. Lama kelamaan dalam satu tahun, akan penuh peristiwa untuk setiap hari, setiap tahun.
tapi Hari Bumi ni sudah lebih 40 tahun.. so, bukanlah hari peristiwa yang baru. ditambah pula ini hari peristiwa yang baik, bukan seperti Valentine’s Day atau April Fools.
hahah..cik tom baru tahu dari entry EB ni..lagi dahsyat..
sama-samalah kita berkongsi info berguna..
yup setuju…dari berblog ni la kita dapat saling berkongsi info baru..hee
yess aku guna themes gelap!..hehehe
bagus! ini baru boleh dinamakan blogger yang green…
blackle tu gelap sangat laa…gue sakit mata kalau gelap2 sangat, tp cadangan guna background gelap tu boleh dipertimbangkan.
Contoh mcm blog eb ni laa…
memang blackle gelap giler. kalau buat kelabu ok juga. tapi rasanya tak ramai pun gunakan blackle tu, sebab benda yang sama dengan google.
amboi.. kang aku tukar jugak theme gelap… nak baca entri kena tekan highlight… takpun kena copy ke word.. baru nampak..hehe
theme gelap tak bermakna background untk content gelap, cukuplah sekadar main background gelap..
yang idle2 nie…aku memamng kurang gemar…baru kejap lepas tangan tuk bakar rokok..dah gelap..tak feel langsung~!
ala, tapi nak open screen balik just gerakkan mouse.. tak susah pun.
Blackle?serius tak tahu
p/s kenapa dekat blog list aku,entri ko x update eyk?
aku tahu blackle ini pun dari cerita kat tv pasal green solution..
p/s ans : Sebab dalam list ko tu awaniz.net.. dah tak wujud..
setuju no 7….tgok muvi ramai2 baru feel…apa barang sorang2…
tp aku tak mampu buat no 5…kecik mana pun task…aku akan elak guna laptop/netbook….coz even a little bit of delay/hang pun akan buat aku annoyed gila….huhu
biasa tengok movie ramai-ramai di pelajar uni lah.. yang jadi mangsa desktop aku sebab screen beso.
laptop/netbook sekrang ni spec rendah pun still boleh buat kerja ringan-ringan. tapi kalau laptop lama, memang masak hati terbakar menunggu lagnya.
patut la kau singgah blog aku sebab aku guna theme gelap 🙂 yang no 4 tu, ia bukan sahaja menyelamatkan bumi tetapi menyelamatkan laptop juga
betuk tu.. kalau masih pasang charger laptop bila bateri sudah penuh. sedikit sebanyak akan mengurangkan hayat bateri tersebut.
Hahaha, no4 tuh saya lah tuh. Batery lap skg ni tak sampai sejam dah minta recharge balik…
memang ramai yang terjadi macam ni. ini kerana penggunaan semasa proses charge laptop. dan juga terlebih cas. kes tak baca manual lah nih.. 😀