Bila kita masuk sesuatu blog adakah kita hanya baca isinya tanpa mengetahui penulisnya? Mungkin ada dikalangan kita pembaca terdetik untuk mengetahui siapa di sebalik setiap penulisan yang hebat dan memberi kesan itu. Jadi dari sini page about me ini mengambil peranan. Masih ramai EB lihat tidak menyediakan page about me di blog masing-masing. Namun ini adalah pilihan anda sendiri.
Kenapa page About Me itu penting?
- Pembaca nak kenal anda. EB sendiri bila masuk sesuatu blog mesti nak tahu penulisnya lelaki atau perempuan,umur berapa, hobi dia apa. Jadi tidak timbullah masalah pembaca menanyakan soalan yang sama pada anda. Ini EB tengok ada sesetengah blog tu kepilkan nota di sidebar supaya jangan tanya soalan sama mengenai diri blogger. Ini silap anda sendiri kerana tidak menyediakan page about me.
- Mungkin pembaca anda dari universiti yang sama. Dari page about me inilah yang mengambil peranan. Jika blogger dan pembaca tahu perkara ini, mungkin boleh buat gathering atau saling bantu-membantu dalam dunia blogging. Tapi janganlah bila salah seorang dah berjaya, jadi naik kepala pulak ye!
- Komunikasi antara blogger dan pembaca lebih baik. Sebagai contoh, anda (blogger) telah nyatakan di page about me anda merupakan pelajar bidang agama, dan anda membuat entri berunsur keagamaan. Pembaca akan lebih yakin dengan entri yang anda tulis dan dapat menanya soalan-soalan tambahan. Bukan bermakna mereka yang bukan berada dalam bidang agama ni tak boleh buat entri keagaamaan, tapi lebih baik serahkan pada yang pakar.
- Boleh borak kosong dalam Page tersebut. Bila eb masuk sesuatu blog tu, rasa jugak nak berborak kosong. Kalau borak kosong pada entri nampak macam tak menghormati entri tersebut. Jadi dengan adanya page about me ini, wujudlah juga ruangan untuk borak kosong anda dengan pembaca.
Itulah antara poin terpenting dengan page About Me ini. Bukan susah sangat nak buat page About Me ni kawan-kawan. Kalau pengguna blogspot boleh je buat satu entri khas mengenai diri anda, kemudian buat link/pautan pada navbar atau di mana-mana anda rasa sesuai. Kalau pengguna wordpress lagi lah senang, cuma buat new page dengan title About Me, kemudian publish. Kalau tumblr pun lebih kurang macam wordpress.
Bagi yang tiada page About Me tu, meh pakat-pakat buat. Bagi yang sudah ada tu, cuba baca balik. Tambah dan update apa yang patut. Kang ada yang tulis umur saya 12 tahun sedangkan dah 20. EB punya page About Me ni pun terlalu simple sangat. Bila buat entri ni, mengingatkan diri sendiri jugak.
Betul tu bro,memang senang pembaca nak kenal penulisnya, tapi bukan semua orang nak masuk page About Me ni..betul x bro? Page ni dah jadi sekadar hiasan jer..hehe
bukan semua tak bermaksud tiada betul tak? dari seratus, mungkin seorang nak tahu siapa kita..
aku pun bila msuk sesebuah blog msti trcari2 owner dia..heehe… mcm kwajipan..
p/s: eah dh bleh akses, laju plak tu..gud!
aku benda paling penting, lelaki ke perempuan.. kang kita panggil sis, sekali lelaki da..
– harap2 kelajuan ini berkekalan..
belum fikir nak kemaskan about me.
mesti pelawat tertanya, siapa
ali ridha ni.hehe…
hoho..benda wajib ada nih..dah macam passport kat internet ni..
passport pun boleh.. tinggi sangat lak standardnya..
Dah pernah buat tapi dibuang.Mungkin lepas ni aku buat balik.Nak ambil gambar yg hensem dulu,huhu.Rasa macam tak kena pakai gambar manga utk about me page
letak ja mana2 gambar yang rasa sesuai. kalau orang tak tahu muka, at least orang tahu buat kerja/study apa.. mungkin boleh saling bantu-membantu.
yeay..mmg dh lama ada..jd xde mslh lah blogger nak kenal sy 😀
baguslah tu.. EB pun dah baca. pelajar syariah ya.. ;D
hmm..bolehlah dikatakan bgitu 😀
Smpai skrg aku masih belum update page About ME.. aku sendiri pun rasa page ni amat penting.. kene cari masa utk update nnti.. 🙂
Oh, bro pakai Elegant yg berbayar ke ni? blh tau eStore theme skrg ni versi berapa?
oh tidak! ini bukan template berbayar.. boleh ketahui lebih lanjut dalam ruangan komen pada entri ini (http://eastbullet.com/2011/03/theme-eastbulletdotcom-terpaksa-diubah-lagi/)
Oh.. faham2.. kalu yg free tu byk jer blh dapat.. cuma nak dpt yg latest version update tu susah skit.. mcm eStore elegant theme tu blh jumpa yg versi 2.0 jer, sedangkan versi sekarang dh 2.3 (tahu pun sebab email nick).
Dulu theme ni kalau premium murah jer, usd19 jer, skrg ni dah usd39… anyway, theme Elegant mmg comel dr segi design, nampak professional.. sejuk mata memandang…
about me kena letak eakk.. hehe.. tapi kadang2 blogger tak suka aaa nk tonjol2 diri.. aku tak letak lagi.. nnt aa letak kot..
tak semestinya kena letak gambar… letak tentang diri kita apa yang patutlah… yang rasanya penting, boleh juga letakkan apa misi dan visi kita dalam arena blogging.. contohla
zik, rasanya dia tak ada cakap pun pasal letak gambar..
tonjolkan diri tak semestinya dengan gambar, boleh aje tonjolkan diri dengan nama samaran. kerana itu adalah diri anda. benda ini mungkin dapat membantu orang kenal diri anda dari stay anonymous dalam blog sendiri.
memangla dia takda cakap gambar, kan aku cakap “contohla”
owh xtaw plak penting about me tu..huhu..lepas ni kena wat jugak lah…huhu..thanks for info 🙂
ikut orang lah. ada rasa tak penting, ada rasa penting. bagi EB perkara ini penting supaya komunikasi lebih baik dapat dijalankan. internet kan ejen komunikasi.
cik tom punya blog guna identiti anon…so xdpt la nak letak detail sgt infonya…hehehe…
Segan arrr…hahaha
bukannya kene letak gambar tak senonoh atau letak muka besar2.. hanya ceritakan serba serbi butir diri sekadar info buat pengunjung.
betul-betul.
namun tak perlu la untuk meletakkan kesemua info mereka,cukup sekadar untuk pengunjung mengenali mereka serba sedikit.
p/s:saya blogger baru. yeah! :p
kalau yang rasa nak letak semua info tu, terpulang pada hak masing-masing. nanti senang orang nak datang meminang..
p/s: Saya juga blogger baru!
hahaha..
nak datang meminang pon boleh usya dari profile blog ea..
terbaik!
setuju sangat tu…sebab kalau tak letak jadilah kita blogger hantu betul tak?
kalau memang nak jadi blogger bergelar hantu apa salah nya.. tapi sekurang-kurangnya biarlah pengunjung dapat tahu identiti kita.
entri pertma dihasilakn di blog saya siapa saya hee..
salam kenal bro..
org mana ehehee…
entri pertama buat siapa saya, memang bagus langkah macam tu. bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. jadi bila mula entri orang dah baca tentang kita, kemungkinan untuk jatuh cinta pada blog tu tinggi.. lebih bermanfaat jika entri untuk dipautkan pada menubar atau dimana senang untuk pengungjung rujuk..