Skip to main content
tutorial bloglist

Tutorial Meletakkan Bloglist Blogspot Pada WordPress

Sudah semakin ramai EB lihat mula berpindah dari blogspot ke wordpress self-hosting. Sememangnya wordpress self-hosting mempunyai kelebihan yang tersendiri. Namun dalam wordpress tiada bloglist seperti di blogspot. Iaitu jenis bloglist susun mengikut update dan kategori. Kalau ada pun, kene guna plugin luar. Mengapa perlu guna plugin kalau kita boleh buat sendiri? Jom ikut tutorial mudah ini untuk meletakkan bloglist blogspot pada wordpress.

Tutorial Meletakkan Bloglist Blogspot Pada WordPress:

Ini menggunakan kaedah iframe, jika sesiapa yang tak minat nak guna iframe tu. Maaf tutorial ini bukan untuk anda. Pada yang tak tahu iframe itu apa, pedulikan je. Tutorial ini tak beri kesan buruk pada anda.

  1. Pertama sekali, anda mesti ada akaun Blogspot tak kesah guna emel apa-apapun. Log masuk dan create new blog atau guna mana-mana blog yang anda nak jadikan sebagai bloglist. EB cadangkan baik buat je blog baru sebagai contoh ebbloglist.blogspot.com, free je pun!
  2. Kemudian pergi pada Design > Edit HTML
  3. Pada ruangan “Backup and Restore Template”, tekan choose file dan upload file Template Ringkas Untuk Bloglist ( download untuk theme full width/tanpa sidebar , download untuk widget 250px, download untuk widget 200px )ini.
  4. Jika ditanya adakah mahu “Keep Widgets”. Tekan sahaja “Delete Widget”.
  5. Sila lihat pada blog anda itu hasilnya, sebagai contoh dia akan menjadi seperti pada blog ebbloglist.blogspot.com ini.
  6. Warna tulisan, jenis tulisan, saiz tulisan dan sebagainya boleh diubah pada Design > Template Designer

Cara Untuk Menempel Bloglist Ini Pada WordPress Menggunakan Iframe :

  1. Pergi pada ruangan Appearance > Editor. Klik pada Page Template (page.php) . Kalau theme anda ade Full Width Page Template lagi bagus.
  2. Copy semua code tersebut dan pastekan pada Notepad dari sistem komputer.
  3. Selepas paste code itu, masukkan code di bawah ini sebelum <?php the_content(); ?>.
    <iframe src="LETAK URL BLOGLIST ITU( contoh- http://ebbloglist.blogspot.com" width="100%" height="600px" scrolling="off"></iframe>
  4. Selepas itu, pastikan code seperti di bawah ini ada pada ruangan atas sekali dalam code di notepad itu.
    <?php
    /*
    Template Name: Bloglist
    */
    ?>
  5. Save file notepad tersebut dengan nama “bloglist.php” . Pastikan dalam format .php .
  6. Kemudian uploadkan pada folder theme anda ( wp-content/themes/namathemeanda )
  7. Pergi pada ruangan Add New Page, letak tajuk yang anda mahu dan pilih template yang bernama Bloglist.
    tutorial bloglist
  8. Publish page tersebut. Siap!

Sebenarnya boleh juga terus copy code iframe pada no.3 di atas, dan paste pada “Add New Page” di ruangan HTML. Cepat dan mudah.

Hasil memang akan berbeza mengikut theme blog anda. Jika anda mahu melakukan sebarang modifikasi sebagai contoh tambah column dari 2 pada 3 tapi tak tahu bagaimana, silalah bertanya di bawah ini.

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi - 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

26 thoughts to “Tutorial Meletakkan Bloglist Blogspot Pada WordPress”

  1. masa awl2 guna wordpress dulu sy pernah pasang plugin ni..tp bila dh lma2, byk sgt bloglistsnya..tkut berat plak blog..huhu..tp sbnrnya ia memberatkan blog ke x?

    1. ini bukan plugin.. tapi ini blog juga, cuma anda paparkan blog tu dalam blog lain. jika blog yang ada bloglist tu laju, laju lah loading dia.. kalao nak bagi laju, gunalah template yang EB dah sediakan tu. sebab ringan je..

  2. Ok bro,nak tanya lebih lanjut, kalau nak update list, maksudnya kena update melalui blogspot la kan? kat WP tak perlu usik apa2 dah kan?
    Memang nak wat satu gak untuk Bloglist camni, tapi wat masa sekarang rasanya nak kekalkan Blogroll yg ada dulu..=)

    1. terbaik! cuma kalau tukar warna tulisan kepada yang lebih sesuai dengan theme lagi cantik.. and lagi satu, kecikkan sikit saiz kelebaran widget tu.. kalau mahu dibantu, khabarlah ye..

Leave a Reply