Skip to main content

Jantan Tak Guna!

Lama sudah tidak ceritakan mengenai Mia, kucing EB. Dah besar dah dia sekarang, makin besar makin pandai melawan. Dulu kalau orang marah dia jatuhkan badan buat muka merajuk. Sekarang bila kene marah, dia paling muka buat-buat tak dengar. Pernah sekali tu bila dia kene marah, boleh menjawab balik. Buat bunyi “grrrr!!” kat kita. Bila Mia dah makin besar bukan setakat pandai melawan je, pandai juga nak ada boyfriend.

Ada satu hari baru balik dari hantar kakak ke tempat kerja, Mia terkantoi dating. Satu dalam sangkar, satu kat luar. Si Jantan yang terkantoi terus menjauhkan diri bila nampak EB. Sedang dalam perjalanan EB masuk ke rumah, si Jantan mengiau-ngiau kemiangan. EB terus angkat Mia keluar dari sangkar bawa masuk ke rumah. Lantas EB naik ke atas membelek “muka buku”. Sedang kusyuk baca status orang, terdengar bunyi bising di tingkat bawah. (bilik EB kat atas)

mia kucing
mia kucing

Risau dengan bunyi ngiauan itu, EB menjengok ke bawah. Rupanya kisah perdatingan Mia masih belum berakhir. Mereka bertemu di sebalik langsir dan pintu sliding. Gatal sungguh mereka. EB cuba membuka pintu sedikit demi sedikit, kucing Jantan makin hampir. Akhirnya bila EB nak gerak pergi kerja, EB biar mereka terus berdating.

Namun apa yang mengecewakan, kucing Jantan itu jahat. Memang Jantan tak guna! Dia langsung tidak menjenguk Mia selepas hari itu. Mia juga termenung beberapa hari selepas itu……

Video Mia Kene Ngorat

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi - 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

7 thoughts to “Jantan Tak Guna!”

  1. haha.kucing ko nak dating pon ko kacau.tapi jangan risau.mesti kucing ko akan buat sama macam laki yg nak rogol wanita kt bangladesh =).kena potong kemaluan.huhu

Leave a Reply