Skip to main content
test drive unlimited 2 game

Pertandingan Kereta Terpantas TDU2

Asyik dengan PES 2011, game lain hampir dilupakan. Walaupun banyak game car racing baru telah dipasarkan, EB masih belum habis menjelajah Test Drive Unlimited 2. Entah bila nak habis jelajah satu map pun tak pasti. Seperti dalam entri Review TDU2 yang lepas EB ada perkatakan, game ini upgrade berdasarkan penjelajahan kita pada map. Lagi banyak kita jelajah, lagi tinggi kita boleh upgrade kereta. Namun sesi penjelajahan EB hentikan buat seketika dan fokus pada mode Championship. Kini EB dah sampai class A2, iaitu class kedua tertinggi. Dalam entri ini ingin EB kongsikan video gameplay mode Speed Trap dalam Class A2 High Championship. Kereta yang telah digunakan ialah kereta Batman atau nama saintifiknya Mercedes Benz SLR McLaren Roadster.

Video Speed Trap dibawah tidak dicepatkan. Itu adalah kelajuan sebenar. Jangan tiru aksi ini dalam dunia sebenar, dalam game digalakkan!

Speed Trap Gameplay TDU2

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi - 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

11 thoughts to “Pertandingan Kereta Terpantas TDU2”

Leave a Reply