Skill yang amat mudah untuk membuat 3D text ini menyebabkan tutorial adobe photoshop kali ini tidak disertakan dengan video. Maaf pada sesiapa yang rindu dengar suara versi kartun EB dalam video tutorial-tutorial sebelum ini. Selama ini EB akan buat 3D text menggunakan Adobe Illustrator. Tiba-tiba hari ini minda bergerak aktif dan terfikir untuk gunakan teknik mudah ini untuk menghasilkan 3D text yang simple dan cepat.
Teknik yang digunakan ialah memanipulasi warna dan mata. Sekali pandang pada text akan nampak 3D, tapi bila ditenung lama-lama baru akan perasan bukan 3D pun. Hasil dari teknik buat 3D text mudah dengan photoshop ini akan menghasilkan text seperti gambar di atas.
Tutorial 3D Text Dengan Adobe Photoshop :

Teknik ini hanya asas. Anda boleh jadikan lebih menarik mengikut daya kreativiti tersendiri. EB cadangkan gabungkan warna-warna tulisan dengan menggunakan gradient overlay. Dan tambah reflection effect. Sudah tentu akan jadi lebih menarik 3D text anda. Sekian tutorial 3D text menggunakan adobe photoshop.
dalam photoshop, yang aku reti benda alah ni je..yang lain aku tak reti 🙂
apa yang dimaksudkan dengan benda alah ni je tu? kurang jelas sikit.
wah, simple saja caranya kan..
memang simple, hasil dia pun memuaskan.. kalau kita lebih kreatif, hasilnya pasti lebih menarik.
cun r tutorial 3D text ni…tapi xde install lagi photoshop..so mampu follow up tutorial ni je dulu…nanti dah install boleh cuba untuk header baru blog..huhu
dapatkan saja photoshop di kedai yang terdekat, download pun boleh dari website adobe..
Wah,nampaknya EB dah mulakan banyak tutorial dalam photoshop ni..bagus EB, saya pun cadang nak buat gak tutorial macam ni nanti..=)
sengaja membanyakkan tutorial photoshop ini, supaya bila visitor datang boleh dapat more and more knowledge. lagipun mostly tutorial ini adalah basic photoshop, yang lain bergantung pada kreativiti tersendiri.. kalau BroZool nak buat jugak tutorial, baguslah! makin bijaklah rakyat Malaysia dengan ilmu photoshop ini walaupun sedikit.
mmg cara ni mudah dan pling asas.. sesuai utk newbie blajar.. ko nnti buatla tuto AI jgak EB aku lmah AI ni..hehehe
aku baru terfikir guna cara ni semalam semasa sedang menggodek Illustrator. padahal nak buat tutorial 3D text yang lain. AI punya tutorial mungkin kemudian. Masih mengfokuskan Photoshop..
Terus terang aku cakap, tak pernah guna photoshop. Memang zero dalam bab ni.
itulah tujuan semua tutorial dalam blog eastbulletdotcom ini diwujudkan. orang yang zero boleh menjadi hero! 😀
salam..
slu saya guna watermark je..masa sempat done shja..
salah satu cara yg mudah.ingin saya cuba pula 🙂
apa maksud selalu guna watermark sahaja? maksudnya guna photoshop untuk buat watermark erk? cara buat 3d Text dengan photoshop yang ditunjukkan di atas memang mudah. Kalau pandai manipulate efek lain, pasti akan jadi lebih menarik.