Skip to main content
desperate housewives

Adakah Aku Desperate Menonton Desperate Houswives?

Rasanya tak perlu lagi nak memperkenalkan tv series Desperate Housewives yang kini sudah edisi ke 7. Cerita ini ditayangkan di Malaysia melalui televisyen berbayar Astro dan 8TV. Kalau nak muat turun online pun boleh, tapi langkah SKMM block beberapa laman perkongsian akan membantut hasrat kita nak mendownload. Jadi EB terpaksalah terpacak di depan TV jam 10.30PM semata-mata nak menonton Desperate Housewives ni. Kat 8TV tak pasti season berapa, EB just ikut je siaran dia. Cerita dia dalam satu episode tak berapa bersangkut paut dengan episode lain, jadi kalau tertinggal satu episode, kita masih boleh faham jalan cerita.

Kedengaran agak pelik tak kalau EB seorang lelaki yang selalu main games tiba-tiba minat cerita Desperate Housewives? Mula-mula dulu EB kutuk juga TV series ni. Ada ke cerita pasal kehidupan beberapa orang isteri. Namun selepas EB tertonton satu episode penuh, minat terhadap cerita ni mula timbul. Ceritanya bukanlah semata-mata pasal isteri. Ada juga konflik keluarga, kejiranan, kerja dan macam-macam lagi. Walaupun cerita ni dibintangi wanita-wanita agak berumur, itu tak menghalang EB dari mengikuti tv series Desperate Housewives ni. Apa yang menarik minat EB bukanlah pelakonnya, tapi kisah hidup mereka yang penuh konflik yang memberi pengajaran pada diri sendiri.

desperate housewives

Berbeza dengan TV series Malaysia yang lebih kepada hanya penceritaan semata-mata tanpa nilai pengajaran yang ketara. Kalau ada pengajaran pun hanya selepas siri tamat. Selain itu, siri cerita melayu guna pelakon yang cantik-cantik tapi daya lakonan entah kemana. Harapkan muka je untuk dapat perhatian penonton. Susah untuk EB beri contoh cerita Melayu yang betul-betul beri kesan pada penonton. Kalau yang pernah EB ikut pun cerita bersiri Nur Kasih.

desperate housewives

Apa yang hebat dengan cerita Desperate Housewives ini ialah bila siri dia boleh mencapai 7 seasons! Jalan cerita dia yang tak terlalu bersangkut paut  dapat menyumbang kepada episode yang sangat banyak. Contoh lain tv series luar yang panjang ialah How I Met Your Mother, Chuck, dan Heroes. Kalau di Malaysia, banyak seasons pun macam takde beza. Dalam setiap episode buat babak berdating tanpa dialog, sapu sampah depan rumah tanpa dialog hanya membazirkan tape je. Industri tv bersiri di Malaysia patut mencontohi bagaimana pembikinan cerita di luar. Mereka pandai memanipulasi cerita untuk jadi panjang dan menarik. Sebagai contoh mahu buat kisah cinta, jangan fokuskan pada satu pasangan. Buat 2 atau tiga pasangan agar penonton dapat lihat kisah cinta untuk setiap pasangan. Secara tak langsung ini dapat memanjangkan episode untuk sesebuah tv series. Takdelah lambakan cerita kat Malaysia nih di masa depan. Nanti satu hari, sudah pasti akan ada cerita yang lebih kurang sama je ceritanya.

Kalau EB layan cerita series Desperate Haousewives, korang layang cerita apa pulak? Jom kongsi!!

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi - 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

One thought to “Adakah Aku Desperate Menonton Desperate Houswives?”

Leave a Reply