Skip to main content
budak basikal fixie

Budak Basikal Fixie Kadang-Kadang Bikin Gua Annoy!

Pertamanya aku memohon maaf sekiranya entri ini mengguris hati penggemar basikal fixie. Apa yang diperkatakan dalam entri ini mungkin bukan anda, tapi sebahagian dari mereka. Basikal Fixed gear atau single speed ini menjadi kegilaan ramai remaja akhir-akhir ni. Aku ingin tegaskan remaja kerana aku tau, kalau golongan yang dewasa yang memiliki fixie tak akan bersikap annoying. Alhamdulillah kat kawasan rumah aku ni tak ramai budak fixie, so takdelah berpinar mata tengok warna warni sana sini kayuhnya tak kemana. Namun seringkali aku menyusuri jalan di Gombak di waktu malam, mesti akan berselisih dengan geng fixie ini.

Dari pandangan kasar aku tau mereka ini masih remaja belasan tahun yang baru berjinak dengan basikal. Berkayuh beramai-ramai tanpa menghirau keselamatan. Apa yang aku annoy sangat dengan mereka ni?

  • bawak basikal ramai-ramai makan jalan. bawak tepi-tepi sudahlah, sampai ke tengah jalan watpa?
  • pakaian macam nak pergi mandi sungai, dengan seluar pendek, singlet, selipar nya lagi
  • lampu kelip-kelip, basikal nya tak gerak pun.
  • lepak ramai-ramai tepi jalan, buat bising macam dunia ni ko punya.
  • bila orang bawak MTB sebelah ko, ko pandang macam MTB tu kelas bawahan je. Yang ko tu beli basikal pun guna duit mak bapak!

Aku tau ramai juga yang annoy dengan mereka ni. Sehinggakan aku pernah baca di akhbar orang komplen dengan mereka ini yang bawak basikal di tengah-tengah kota raya menggangu jalanraya. Kalau perhimpunan BERSIH tu ganggu ada motif juga, yang korang basikal ganggu jalanraya  nak tunjuk sangat basikal warna-warni korang tuh ke?

basikal fixie

Basikal sepatutnya dijadikan satu sukan untuk riadah dan menyihatkan badan. Bukannya untuk menunjuk atau menyusahkan orang lain. Bagus mula berbasikal dari remaja, tapi keselamatan hendaklah jaga. Nanti satu masa, nak elak korang punya pasal kereta masuk longkang. Carilah taman-taman atau jalan besar lain untuk berbasikal, jalanraya bukan tempatnya. Tak dapat merempit motor, basikal pon jadi korang erk??

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi - 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

11 thoughts to “Budak Basikal Fixie Kadang-Kadang Bikin Gua Annoy!”

  1. tengok budak la. ada aku tengok ok. ada yang aku tengok, cam bangang pun ada. So..tengok budak la..yang ok tu ok la..yang tak ok tu..tak ok la..biasalah..manusia..tak sempurna..

  2. aku dah lama tak mengayuh basikal nih… basikal fixie nih dekat malaysia ada jugak ker?? kat tempat kg aku memang takda..semua layan motor.. duk rempit , lagi bahaya tuh…

  3. hahaha… aku tau… mesti ko pon trase semak ngan mereka2 yg poyo2 tu..tp kat banting nih mostly budak2 fixie ni bermoral la… dan diorg ni memang peminat fixie tegar kot,sbb diorg ni mmg g memana reramai,berbaris kat tepi, mmg bersopan la… just ade la ckit yg serabut,cam kriteria kat atas tuh…

Leave a Reply