Dirt bukanlah satu nama asing dalam game perlumbaan kereta. Selepas siri Dirt dan Dirt 2, kini Dirt 3 sudah mula menjadi “makanan” harian EB. Dirt 3 merupakan game bersifat Rally ditambah dengan beberapa mode tambahan seperti drifting, racing, stunt etc. Secara kasarnya Dirt 3 dan Dirt 2 tidak mempunyai banyak perbezaan. Cuma Dirt 3 EB rasa lebih mudah dikawal dari Dirt 2. Namun begitu, Dirt 3 dikatakan bukanlah game rally yang sebenar berbanding Dirt 1. Terlalu banyak improvise sehinggakan Dirt 3 boleh dikatakan game racing rojak. Dalam Dirt 3 pemain boleh merasai pengalaman memandu pelbagai kereta sama ada truck, buggy, rally car, mahupun classic cars.
Grafik :
- sangat cantik dan senang mata memandang.
- tidak memberatkan PC walaupun high settings.
- environment yang simple tapi memuaskan.
- susah nak merasai “lag” walaupun pada keadaan banyak kereta di satu tempat.
- kesan kemalangan terlalu biasa seperti tidak dititiberatkan seperti dalam GRID (terbaik dalam efek kemalangan).
Menu Appereance :
- terlalu simple, walaupun nampak kreatif dengan box serta smooth movement. Dirt 2 mempunyai menu yang lebih menarik dan unik.
- banyak buang masa dengan sliding, rotating, menu.
Gamemode :
- Dirt Tour – merasai pelbagai jenis perlumbaan dan juga training. Kereta diberikan mengikut reputation points.
- Singleplayer – boleh memilih apa-apa mode perlumbaan sama ada rally, drift, race. Litar juga bebas dipilih. Namun kereta yang disediakan adalah mengikut apa yang diunlock pada Dirt Tour.
- Multiplayer – main online lah!
Sound :
- tidak mengecewakan
- crowd akan memberi reaksi bunyi jika dilanggar.
- bunyi yang berbeza mengikut sudut camera.
- kereta yang berbeza, bunyi berbeza.
- permukaan track berbeza, bunyi pun berbeza.
Gameplay :
- kawalan kereta lebih mudah berbanding Dirt 2, namun kerealitian dalam pergerakkan kereta masih dititikberatkan.
- tak terlalu banyak bumpy jadi kereta lebih mudah dikawal.
- bila bertembung kereta lain secara sisi, kereta kita mungkin akan hilang kawalan.
- boleh pilih tahap kesukaran untuk opponent dari 1 hingga 6 iaitu dari senang ke susah.
- pilihan untuk bantuan corner dan brake juga disediakan.
Secara umumnya, game Dirt 3 yang diberi gelaran sebagai game rally mungkin kurang sesuai kerana variasi game mode yang melebihi dari apa yang rally ada. Mungkin selepas ini mereka patut fokus pada rallying saja, jalan yang sempit berliku-liku, crowd tengah2 hutan, pokok-pokok. Bila ditambah dengan mode pelik-pelik, bagi rally fans mungkin agak tidak diperlukan.