Skip to main content

KL Gangster Filem Terbaik!

Hari ini EB baru sahaja selesai menonton filem terbaru arahan Syamsul Yusof iaitu KL Gangster. Secara umumnya filem ini berkisarkan kehidupan keluarga yang bergelumang dengan masalah sosial, gangsterism. Dari tajuk mungkin kedengaran filem ni ganas je. Tapi sangkaan EB meleset. Filem ini ada juga bersifat kekeluargaan, kasih sayang dan kesetiaan.

Dalam filem KL Gangster juga ada menunjukkan nilai perpaduan antara kaum. Jika dilihat pada filem berunsur gangster di negarA luar, kebiasaannya geng akan terbahagi pada warna kulit, negara asal mahupun fahaman agama. Namun dalam filem arahan Syamsul Yusof ini tidak berbuat demikian. Satu-satu geng itu terdiri dari bangsa melayu,cina dan india. 1 Malaysia lah katakan.

KL Gangster

Gaya pergerakan kamera dalam filem KL Gengster juga unik berbanding filem-filem di Malaysia. Sesuatu babak kelihatan aktif walaupun hanya babak berjalan biasa. Mungkin bagi sesetengah orang berpandangan kanera banyak sangat gerak memeningkan. Tapi sebenarnya secara tak langsung kita tak rasa bosan dengan babak tuh.

KL Gangster

Bagi yang meminati filem aksi, KL Gangster memang berbaloi untuk ditonton. EB memang jenis orang yang bukan suka tengok cerita kat wayang, terutamanya filem Melayu. Tapi dengan Filem KL Gangster ini, tak menyesal EB keluarkan duit menontonnya. Jadi korang jangan tunggu raya nanti nak tayang. Mungkin banyak babak potong nanti. Kalau korang terasa nak download pun, rugi je. Tengok kat wayang 5x ganda syok! Dengan sistem bunyi dan paparan besar yang EB tahu kat rumah korang takde. Kecuali korang duduk mansion lah.

KL Gangster dibintangi oleh beberapa pelakon terkemuka yang EB kenal antaranya zizan raja lawak,aron aziz,adi putra..

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi - 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

10 thoughts to “KL Gangster Filem Terbaik!”

  1. semalam dah nk kuar rumah gi tgok, tetiba ada hal lak…kena tunggu hujung minggu ni plak…adeh..

    tgok trailer mmg cam best…tp kecoh lak org kata shamsul dedahkan rahsia pekida dlm filem nih…

    1. full house kot aku tengok smalam.. walaupun kat kawasan wayang perumahan majoriti cina.. yang bab pendedahan pekida tu rasanya tak perasan sangat. kecuali orang tu tahu apa itu pekida. sebab dari apa yang aku tengok, everything is just an acting.

        1. Mungkin kalau katak yang hidup dalam tempurung akan fikir macam tu.. its a “movie”… memang semuanya direka. bukannya dokumentari yang menampilkan realiti.. zaman sekarang dokumentari pun boleh difake kan.. sedangkan banyak cerita-cerita luar menampilkan negative side of their country, tapi kita tak terfikir pun yang negara dia betul-betul macam tuh.

Leave a Reply