Dua perkataan yang boleh membawa seribu satu makna, sukacita dan dukacita. Pada awal tahun ini aku telah berdukacita tak dapat meneruskan pengajian di UKM, hari ini 15 Julai 2011 aku dapat khabar gembira dari pihak UPM. Tahniah juga pada yang lain-lain berjaya meneruskan pengajian anda di peringkat pengajian tertinggi wujud di dunia iaitu universiti. Jumpa anda pada kemasukan IPTA di bulan September!
Bagi yang tak dapat course yang dihajati, jangan kecewa. Ingatlah beribu-ribu orang di luar sana yang sedih membaca perkataan “maaf dan dukacita”. Sekurang-kurangnya anda masih dapat peluang masuk ke universiti. Tentang course, masih boleh tukar bila dah tiba di uni nanti. Cuba kene usahakan sikit. Tapi kalau tukar kos dalam universiti yang sama memang ada some of my friends pernah buat dan diluluskan. Tukar kos ke universiti lain itu dah melibatkan pihak kementerian pengajian tinggi, so agak susak nak lulus.
Kepada insan dapat course metalurgi di Unimap, aku tak faham macam mana hang boleh dapat course ni. Sedangkan hang budak Biologi. Kejuruteraan Metalurgi lak tu. Nanti usahakan lah ye untuk tukar kos bila tiba di sana. Jangan teruskan jika hang tak minat kos tu dan rasa tak boleh bawak. Jangan jadi cam aku. Buang masa je!
Bagi yang masih belum semak keputusan permohonan ke IPTA boleh lakukan sekarang! Tapi aku tak tahu kenapa tak ley check di website UPU. Antara laman web yang boleh semak adalah seperti di bawah :
- Intake IPTA melalui web UTM
- Intake UPM
- *sila maklumkan lagi jika anda tahu di komen di bawah
huhuhuhuhuhu fr sabah… saya pun budak stpm sastera bm,pp,p.am, sej.. but how can i dapat UTM senibina landskap??? arghhhhhhhhhhhhhhhhh…. lg teruk my parents kata kalau bgini, tak payah further study la…. huhuhuhhuuhuhuhuhuhuhuh .omg!!!!! ya allah teruknya… 1 ary dah nagis tp x mampu nak ubah apa2… i know la im gurl but… its my future.. huhuhuuhuhuh sodihnya!!!!
dalam kelapan-lapan pilihan takda satu pun sangkut ke?? rasanya better pergi je… tapi cubalah tukar kos bila dah berada di UTM. mungkin akan korban satu semester, tapi better korban sedikit dari seksa 6 semester yang lain… UTM pun salah satu universiti terbaik di Malaysia.. macam rugi je leppaskan peluang ni…
cuba bertegas dengan parent…jangan mudah putus asa…kat Mlaysia nie banyak intitusi pengajian awam yang boleh beri education kepada anda…
parent kadang2 terlalu mengharap…dat why diaorang kadang2 terlepas sumting yang kurang nice dari mulut diorang…
bawa berbincang..jumpa kaunselor sekolah or hubungi pihak Uni yang ingin dipohon…tanya pendapat mereka…
assalamualaikum…alhamdulillah,sy dtwrkn ke ipta,ukm.cma 1 je yg sy sdikit dukacita.sy x dpt dtwrkn kursus farmasi dsbbkn band muet 2 wlaupn 4 flat.sy mahu mmbtulkn muet sy.klau sy dpt band 3,dapatkh sy masuk ke kursus itu di ukm??…tolong sy.
setahu saya result MUET boleh diperbaiki.. bab tukar course tu UKM memang boleh sebab dulu masa saya kat UKM ramai yang dapat tukar kos asalkan memenuhi syarat. walaubagaimanapun, saudari kene daftar dulu ke UKM, bab2 tukar kos ni kalau rajin just pergi ke UKM uruskan.. boleh juga cuba berurusan dengan fakulti… http://www.ukm.my/farmasi/index.php?option=com_contact&view=contact&id=5&Itemid=41&lang=bm
owhhhh…begitu.terima ksh atas pndngn tuan dn mmbls ptnyaan sy scpt mngkn.Sy amat2 mnghargainya .Sy akn mngusahakn scpt mngkn.Inila hikmahnya walaupn tersepit tp masih ada chaya…alhamdulillah…
salamualaikum bro .
aku cuma nak tanya soalan . aku pun face the same situation .
aku apply semua utk course engineering tapi ditawarkan course IT .
aku sedih sgt . Aku dpt tempat kat UTHM dan bila aku tanya pegawai dia , dia ckp kesemua 8 permohonan aku tak layak pun . sedih sgt .
and bila aku tanya boleh ke tukar course , dia ckp tak boleh sbb dah penuh . rasa mcm taknak sambung je .
aku ni pun dari kos civil engineering UKM tukar kos science Comp UPM.. dah ada satu tempat kosong tuk hang tu.. 😀
kalau hang ada baca komen aku sebelum ni, nak tukar kos tu kene juga patuhi syarat.. for example engineering mesti pointer 3++ MUET band 3 ke sekurangnya camtuh.. bab penuh tu memang betul, sebab mereka akan penuhi setiap kos dari permohonan UPU. Jadi kalau nak jugak, kene tunggu semua orang dah daftar universiti, tunggu ada ke mana-mana yang dapat tawaran universiti oversea, then time tu baru akan ada kosong.. kiranya sem pertama kita terpaksalah buang masa amek kos yang dapat tuh.. then sem kedua try apply tukar kos.. time tu konfem akan ada kosong..
ohh okay .
pointer aku mmg 3 ke atas and MUET band 4 .
so nasihat kau aku daftar dulu lah and tunggu sem2 baru mintak tukar ?
thanks bro . aku tgh confused giler ni
tahniah. masuk UPM. Belajar sungguh-sungguh ye. 🙂
tahniah….setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya..UPM pun bagus jgk apa 🙂
Setuju, UPM pun bagus jugak. Cuma melihat pada yuran dan tempoh pembelajaran membuatkan sedikit down. Yuran berkali ganda mahal dari UKM, + sains komputer di UKM 3 tahun, tapi UPM 4 tahun… pelik juga kenapa tak selaras..
wah seronok semua dapat sambung belajar…aku? zaman aku dah lama berakhir…nak sambung master pun dah berat2 sikit…dok fikir cari duit jer…hehehhee
aku seronok plus kecewa, selama ni belajar 2 tahun sia-sia terbuang.. then mula balik amik degree dari kosong.. master pun dalam perancangan, tengoklah mood lepas habis degree camana.
Aku ni rasa macam layak ke swasta je…
swasta pun at least dapat jugak sambung belajar.. zaman sekarang ni akademik memainkan peranan, kecuali kita ada kemahiran dan kreativiti yang tinggi untuk teruskan hidup selesa.
hai,saya merupakan pelajar yang tak lama lagi PRAKTIKAL iaitu,bulan november 2011 sampai march 2012.So,soalan saya adalah,adakah saya boleh membuat pemohonan kemasukan ke IPTA UKM semasa saya menjalani praktikal nanti???
maaf agak lewat memberi respon.. sebelum itu saya nak tanya, anda PRAKTIKAL atas kelulusan apa? Diploma atau Ijazah? dan permohonan itu adakah itu buat master atau degree…? kalau nak sambung master, maaf saya tak tahu prosesnya lagi..
ok..never mind,sekarang ni saya DIPLOMA kej.Elektrik&Elektronik dari PTPL Kuching…..Pointer terkini ialah 3.59GPA….bercadang nak sambung degree nanti…
ok.. kalau nak sambung degree nanti kene beli no. unik ID dari BSN tahun hadapan bila dah dibuka.. kene rajin lah tengok website UPU dalam awal bulan Januari dan klik pada tarikh-tarikh penting. Ini contoh tarikh-tarikh penting masa sesi 2011/2012 ..http://eastbullet.com/wp-content/uploads/TARIKH-TARIKH%20PENTING%201112.pdf .. boleh jadikan sebagai rujukan di masa hadapan..
wehhh naim! ko dpt upm ?? dpt kos ape weh??
aku dapat kos yang tak dapat tukar di UKM la.. sains comp…
saya student kat uum dlm kos law, tpi pointer just 2.8 ditambah dengan subjek2 next sem yg lebih berat. sekarang dah sem 3 tapi saya rasa macam nak tukar kos ke UKM dalam bidang sains sosial je…..
sebab sya minat bidang bm sejak stpm lgi…..dan nak capai balik pointer 3 ke atas
so…..saya dalam dilema sekarang ni, nak tukar ke tak????? hemmmmm
kalau dalam dilema, better tukar je.. tapi sayang lah kos law pointer 2.8 kira oklah tuh.. Kalau nak tukar kos ke universiti lain agak susah sikit, banyak procedure.. tapi kalao nak tukar kos dalam universiti yang sama, baik cepat uruskan dalam minggu pertama dan kedua ni..
mcm mne nk tkr uni n kos?kne mohon blk melalui upu ke?sya skang blaja engineering..tp rse x bleh bwk…
kalau nak tukar kos dalam uni yang sama boleh berurusan dengan pejabat Dekan je… Insyaallah pasti akan diterima.. Cuma kene rajin turun naik pejabat lah… Tapi kalau nak tukar ke universiti lain memang agak susah sebab melibatkan pihak Kementerian Pengajian Tinggi.
Saya sarankan agar tukar kos dalam universiti yang sama je.. tak banyak buang masa, senang nak transfer kredit.
macamna hang duk ukm 2tahun tiba2 masuk upm?
lepasan stpm? bukan ang dah lama ka. bukan tahu smasa.
ag dulu matrik ka? macamna neih
pertama sekali yang saya memang pelajar UKM selama 2 tahun, tapi selepas tu masuk UPM..
saya lepasan matrikulasi 2008 … so 2 tahun di UKM sampai 2010, 2011 di UPM…
ang aply balik melalui upu ?
kira hang taraf diploma/setaraf la .
sebab hang bukan dak matrik tahun semasa
yang saya apply balik melalui UPU…. dalam UPU ada banyak kategori, dan saya dikalngan diploma/setaraf.. tapi kemasukan sama je dengan budak matrikulasi semasa…
sy student stpm 2010/2011 dan dpt ums dlm bidang antropologi…tp ums jauh sngt dan sy ingin tkr ke ukm dlm kos yg sme…blh ke mcm tu?…dan kalau x bleh adkh sy bleh memohon upu blik thn dpn menggunakan sijil stpm 2011….kategori permhnn yg mne perlu sy gne utk memohon smula…sbb setahu sy hnya pelajr smasa shj yg bleh memohon upu…
-pertama nya saya sarankan cuba dulu di UMS, mana tau berkenan hati nak stay di sana.
-Keduanya, sambil-sambil tuh cuba berurusan dengan pihak universiti untuk tukar universiti, biasanya ambil masa setahun. Tapi ni memang susah sikit. Kalau ada sebab yang betul2 kukuh, baru diterima..
-Langkah terakhir baru cuba apply UPU semula. Tapi cara ni risiko tinggi, takut tak dapat tawaran langsung pulak nanti.Sebab kalau nak apply UPU semula, kita kene keluar dari universiti yang kita dah masuk ( yang saya tak pasti sangat, tapi rasanya sistem akan tendang nama kalau kita dah ada universiti dalam profil. ) . Berdasarkan dari maklumat di laman UPU, memang boleh STPM yang lepas-lepas mohon semula. Guna kategori E/F ..
salam..
cmna ni sy dpt kos perhotelan kt uitm..tp sy nk akaun..
klw sy bt ryuan kt upu and jka d trma adkh msa kmsukan sy sma dgn yg len pgmbln septmber..
apa akn jd klw rayuan sy d tolak..
setahu saya kalau dah dapat tawaran dari UPU, memang tak boleh buat rayuan. Tak pastilah kalau ada sistem baru. Tapi kalau boleh buat rayuan, probability untuk diterima memang amat rendah, kerana melibatkan pihak Kementerian..
Jadi kalau nak tukar kos, better berurusan dengan pihak universiti je. Masuk dulu universiti, lepas tu cuba mintak tukar kos dalam 2 minggu pertama. Kene cepat! Kalau tak sempat, memang kene tunggu setahun la.. Jadi saya sarankan dalam semester pertama, ambil subjek umum terlebih dahulu, supaya boleh transfer kredit..
Ini hanya pandangan dan pengalaman dari saya dan orang2 terdekat. Kalau tak betul, harap maaf..
salam..sy ditawarkan kos chemical engineering di UKM tetapi sy ingin mengambil kos actuarial sc.
bolehkah sy bertukar kos?
waaa.. chemical engin UKM banyak perempuan.. he3! …
kalau berkenaan UKM memang saya pasti boleh bertukar kos. Dalam masa 2 minggu kuliah.. Tapi biasanya kalau nak tukar kos berlainan fakulti jarang budak 1st year dapat.. Kene tunggu setahun dulu. Jadi pada tahun pertama tu saya sarankan ambil subjek universiti.. Macam TITAS, Hubungan Etnik. Ko-k..
Assalam, senior.
saya dapat kursus Pengurusan Teknologi (Pembinaan) di UTHM.
Bila saya semak balik, kelayakannya memerlukan Maths Further stpm. Tapi, saya ni tak ambil pun subjek tu. saya risau ni takut tak boleh bawa. berbekalkan addmath n math masa spm je. Dalam permohonan, saya banyak mohon bidang bahasa, nampaknya saya kena berdepan dengan teknologi ni ke walaupun saya tak minat? Boleh ke, kalau saya nak tukar course sblm masuk nanti atau selepas tu? ataupun tukar universiti lain. terima kasih.
maaf atas kelewatan membalas. pertama, tahniah kerana ditawarkan untuk sambung belajar di peringkat seterusnya. keduanya mengenai math further STPM, dari pengalaman saya itu tidak memberi beban yang besar. Biasanya apa yang diajar di kelas, itulah yang akan ditanya di dewan peperiksaan. Jadi tumpukan pada kelas. Kalau dah pernah belajar subjek tu, itu hanya sekadar bonus. Ketiganya mengenai minat, kalau tak minat ni memang susah sikit nak belajar. Saya sendiri akui bila dalam bidang kejuruteraan dulu. Kalau boleh stay dulu satu tahun, kalau rasa memang tak boleh bawa, barulah tukar course. Berkenaan tukar course pula, semuanya berbeza mengikut universiti. Ada universiti yang bagi tukar dalam dua minggu pertama masuk, ada yang lepas setahun baru boleh tukar course. Jadi, kalau memang terasa nak tukar kos tapi tak boleh buat pada tahun pertama. Saya sarankan tahun pertama tu ambil kursus umum dahulu. Nanti dah masuk uni nanti akan tau apa tu kursus umum.
Saya sarankan kalau ada sebarang pertanyaan, terus ke facebook.com/eastbullet. Lebih cepat saya boleh notice. Terima kasih.
salam.saya dapat uitm farmasi and usm chem engineering.tapi saya ingin tukar ke utm.kerana saya dah fall in love dgn utm.yang saya pelik dalam upu saya letak uitm farmasi second last.tapi yang atas sekali tak dapat.itu pelik.pointer saya 3.9.jadi mcm mana nak tukar u?kena kemukan rayuan dekat utm or upu?dan apa prosedurnya?
persaingan untuk masuk UTM memang tinggi. ditambah lagi dengan purata keputusan pada tahun permohonan upu kali ni memang tinggi-tinggi. Jadi sebab tu pilihan second last yang menjadi pilihan. memang susah sikit nak tukar universiti, kalau rajin naik turun pejabat oklah. Tapi biasanya ambil masa lama. Sebaiknya terimalah apa yang telah dapat, tapi kalau rasa nak tukar jugak, boleh cuba pemohonan UPU akan datang..
Saya sarankan kalau ada sebarang pertanyaan, terus ke facebook.com/eastbullet. Lebih cepat saya boleh notice. Terima kasih.
ipts mne ek yang bgus kat kawasan shah alam dan kuala lumpur.. #macam slh tempat je tnye… haha
ipts banyak sangat kat kawasan KL dan Shah Alam. Saya tak berani nak cakap mana bagus. Maaf ye. 😀
salam..sy konfius sedikit mengenai ptukaran kos ni…pertukaran ni boleh dibuat lepas habis satu sem atau habis satu tahun..untuk pertukaran kos antara uni lpas satu thn or stu sem??…ermmm…ade jugak tbaca klau tukar kos ni agak merugikan sb dh membazir satu sem…maksud membazirkan satu sem tu apa ye??..sb klau nk mintak tukar kos yg sama2 subjek time first sem mmg x rugi kn??…tp klau nk tkar kos yg tidak sama subjeknya bru merugikn??..bukankah nnti kite kena ambik balik stu sem yg kite dh tinggalkn bile ptukaran kos tu tp lewat sedikit…
pertukaran kos dalam satu universiti bergantung pada universiti, sebagai contoh :
1- tukar kos dalam fakulti yang sama biasanya boleh buat dalam semester satu je
2- tukar kos kepada fakulti lain, biasanya lepas satu tahun..
tukar kos akan rugi kalau buat keputusan lambat.. kalau memang ada niat nak tukar kos dari awal.. masa semester satu dan dua, cuba ambil subjek yang berkaitan dengan kos yang nak kita tukar tuh. Dan cuba ambil semua subjek universiti macam titas, hubungan etnik, english etc…So takde la berlaku pembaziran sebab memang boleh carry kredit.
Kalau nak fikir kan bazir, cuba fikir kalau gagal dalam uni, susah nak mintak kerja bagus-bagus. Jadi pilihlah, nak bazir satu tahun atau nak bazir masa 4 tahun..
klau tkar uni plak mcm mane??..lpas satu sem or sethn..
tukar uni satu benda yang amat susah kalau takde reason yang betul-betul munasabah. Kalau nak jugak tukar tanpa reason, mohon je la UPU balik…
assalamualaikum..
saya telah berjaya mendapat tawaran ke usm (rayuan), tetapi mempunyai masalah peribadi/keluarga yg menyebabkan saya tidak dapat mendaftar..
soalan sy, sekiranya menolak tawaran ini namun tetap berkeinginan memohon kemasukan ke usm untuk intake seterusnya, adakah nama & rekod saya telah di senarai hitam atau adakah saya tetap berpeluang seperti pelajar2 lain (sama ada melalui saluran perdana intake sept @ saluran alternatif :kemasukan saluran kedua)?
tidak dapat mendaftar pada hari mendaftar atau ada masalah dalam tempoh masa yang lama??
Kalau tak dapat daftar pada hari mendaftar, sila maklumkan masalah pada pihak universiti. Tak perlu buat permohonan semula..
Kalau masalah tempoh masa yang lama, sila tangguhkan pengajian anda melalui pihak universiti. Tak perlu buat permohonan semula juga.
bagaimana pula jika telah menerima tawaran, tetapi tidak mendaftar (dikira menolak)..
sekiranya membuat permohonan semula untuk intake sesi depan, adakah akan di blacklist?
sudah dibalas di facebook..
asslmualaikum,sye student unimas nursing year 1 nk msuk sem 2..
sye brkeinginan nk tkr kos di U len..
cmne ea? ap prosedur nye? lau nk isi upu semula cmne?
nk amik under ap? sye bks asasi unimas,n nk gne result ap mhon?
wa’alaikumsalam.. kalau nak tukar boleh la apply sekarang.. permohonan UPU memang tengah dibuka. program pengajian pilihan STPM/Setaraf. dan untuk kategori permohonan, saya rasa pilih diploma/setaraf (kalau sijil matrik/asasi tu tahun 2011/2012. untuk menjawab gune result apa, guna result asasi tu lah pun boleh.. good luck!
Hello , saya ingin meminta tolong ye..Urm , kalau saye nk tukar kos ke pendidikan dalam universiti yang sama , perlu ke sye nak apply balik UPU untuk ujian medsi?skg sye tahun 1 d U…mohon reply…
Hi,kalau saya nak tukar kos dan Uni sekali macam mana?Adakah peluang sangat tipis?Saya sekarng berada di thun pertama dan akan memasuki tahun kedua.Adakah lagi peluang untuk menukar kos dan uni?
hi… nak tukar kos sekali dengan uni bukan satu benda mudah kalau tiada reason yang kuat macam penyakit or etc. tapi kalau nak tukar kos dalam universiti yang sama boleh berurusan di pejabat fakulti yang berkenaan.
salam,
Saya ada satu pertanyaan. Adik saya baru2 ni ada terima tawaran belajar ke UTEM. Dia ditawarkan kos di fakulti teknologi maklumat. Masalah sekarang, dia nak tukar kepada kos kejuruteraan mekanikal di universiti yg sama. Untuk pengetahuan, dia lepasan asasi kejuruteraan daripada Uitm dan mempunyai pointer yg agak baik. Buat masa sekarang, dia telah mendaftar dan masih dalam proses orientasi di universiti tersebut. Macam mana cara yg betul2 jelas untuk rayuan pertukaran kos di universiti yg sama itu ye? boleh mohon dalam minggu orientasi lagi ke atau kena tunggu selepas minggu orientasi? kena jumpa dekan kedua2 fakulti ke macam mana? untuk pengetahuan juga, saya telah jumpa dekan bagi fakulti teknologi maklumat tetapi dia seakan bagi bayangan sukar untuk tukar kos tersebut. boleh mohon pencerahan sedikit? terima kasih.
Sye plajar asasi ums dan baru je habis, lpas ni fkir2 nak ambil medic tp nak smbung kat ukm.. Mcmna ea? Perlu buat permohonan pertukaran uni ke atau apply kat upu?
Sya dpt twaran uum tp dlm bidang sains multimedia, sya ingin bertanya adakah bidang ini boleh menjamin masa depan tetapi kalau saya teruskan bidang ni tp sya xminat sya sebenarnya lebih berminat dgn akaun, perlukah saya buat pertukaran kos dan bagai mana proses pertukaran kos? Atau perlukan rayuan drpd upu kembali?
semua bidang ada masa depan.. terpulang pada kita nak capai peluang dan perform dalam bidang kita tuh… jika dah memang minat ke bidang lain disarankan untuk tukar je. namun kebiasaannya universiti hanya benarkan pelajar tukar kos selepas setahun dalam pengajian.. jadi, teruskan dulu pengajian dalam kos sekarang selama satu tahun, dan tengok macam mana boleh bawak tak.. kalau tetap tak boleh, baru usahakan untuk tukar kos.. tunggu pengumuman dari pihak universiti.