Masa yang dinanti hampir tiba. Setelah mati kebosanan dengan PES 2011 dengan AI yang kurang bijak. PES 2012 “menjanjikan” total game control seperti yang pernah diura-urakan semasa PES 2011. Walaupun CR7 atau Christiano Ronaldo menjadi model muka depan PES 2012, ia masih tak menarik minat EB selagi tak dapat mencuba PES 2012 ini. Demo PES 2012 ni dikatakan telah keluar, namun EB tak dapat memastikan secara official kerana tak jumpa pun di mana nak download Demo PES 2012 secara “legal”. Pada yang masih nak cuba juga Demo PES 2012, boleh dapat di pes-patch Demo PES 2012.
Mengikut perkembangan EB juga, demo PES 2012 yang released ini bukanlah gambaran sebenar game tersebut. Cuma pra-demo. Ini kerana Demo PES 2012 yang lengkap akan dikeluarkan pertengahan bukan September sebelum pelancaran full game PES 2012 pada 27 September 2011.
Khabar Angin Tentang Gameplay PES 2012
- Mengawal AI Bergerak : dalam PES 2011 AI amatlah bodoh kerana suka-suka hati berhenti atau patah balik bila tengah attacking. Dalam PES 2012 kita boleh kawal AI supaya jadi lebih bijak. Macam mana tuh? “Mudah je”, hanya dengan menolak stick analog controller sebelah kanan. Sebagai contoh, jika kita nak player di bawah gerak ke depan, kita just tolak analog stick ke bawah. Pandai-pandailah dia gerak.
- Off Ball Control : sedar tak yang sebelum ni jika kita ambil free-kick atau corner-kick kita just kawal orang yang nak sepak? Tapi dalam PES 2012 kita boleh kawal orang yang nak sepak dan orang yang akan ambil bola kita. Menarik kan? Tak pasti pulak kalau time goal kick pun boleh buat off-ball control.
- AI Yang Lebih Banyak Bergerak : ini satu lagi peningkatan yang kedengaran amat baik. Dalam PES 2011, AI amatlah kaku. Tunggu bola dekat baru nak gerak, atau bila nak pass baru nak gerak. Tapi dalam PES 2012 menjanjikan AI akan bergerak untuk beri ruang pada kita gelecek, passing pada dia, atau shoot.
Lihat Video Temuramah Creative Producers PES untuk lebih fahami “khabar angin” ini.
Ini pula Video PES 2012 Trailer.
Nantikan PES 2012 released pada 27 September 2011 ini untuk platfom PC, PS3, dan XBOX 360. Manakala untuk PSP, PlayStation2 and Wii pada 8 November 2011. Teruskan bersama EastbulletdotCom untuk perkembangan PES 2012 terbaru. Walaupun tak cepat, tapi boleh jugaklah tau perkembangan serba sedikit.
waaah ! dah keluar pes 2012 ! aku mesti beli .. 😀
cuba dulu jangan terus beli.. mana tau FIFA lagi better. macam yang PES 2011, FIFA is so far better..
haha .. fifa 2012 n pes 2012 dua dua dah ade dlm lappy aku .. 😀