Skip to main content

Tips Sebelum Menukar Image Header Blog

Header blog memainkan peranan penting dalam sesuatu blog selain daripada isi kandungan blog yang manfaat dan menarik. Boleh baca penerangan panjang lebar dari EB apa itu header blog dalam entri yang telah dipautkan. Header blog juga kerap kali ditukar oleh blogger sekiranya theme blog diubah atau telah bosan dengan header yang lama. Jadi sebagai seorang blogger yang kerap kali tukar theme dan header, EB nak kongsikan beberapa Tips Sebelum Menukar Image Header Blog.

Tips Sebelum Gambar Header Blog Diubah :

  • Pastikan saiz header yang sesuai untuk theme. Ini penting agar ia meringankan loading blog dan header kelihatan kemas.

tips header blog

Right click pada kawasan header dan tekan “Inspect Element” (untuk google chrome)
Lihat saiz header yang sesuai dari code yang dipaparkan.

  •  Kenalpasti sama ada header berbentuk logo,banner atau hanya text.

Contoh header berbentuk logo:
tips header blog

Contoh header bebentuk banner:
tips header blog

Contoh header hanya text:
tips header blog

  •  Kenalipasti sama ada header ada background atau transparent.

Contoh header ada background:

tips header blog

Contoh header transparent:

tips header blog

  •  Decide sama ada mahu buat header yang simple atau complicated. Lihat pada content blog anda, jika terdapat banyak image dalam blog disarankan guna header yang simple iaitu yang kurang warna dan saiz lebih kecil. Jika content blog anda hanya fokus pada penulisan, boleh cuba gunakan header yang complicated sebagai contoh penuh dengan object, doodle atau warna. Ini kerana header adalah elemen yang sentiasa load pada setiap page. Kita tentu tak mahu visitor menunggu lama dari satu entri ke entri lain semata-mata untuk header.
  • Tentukan design yang sesuai untuk header sama ada memaparkan title blog, tagline, pattern, gambar/objek. Ini kerana terdapat sesetengah theme blog secara default akan ada text title blog. Sekiranya design header pon papar title blog, tentu akan kelihatan pelik nanti.

EB cuba memberikan penerangan terbaik bagi setiap tips yang diberi. Harap Tips Sebelum Menukar Image Header Blog dapat memberi manfaat pada semua dan dapat dikongsi pada yang lain. Lepas dah baca tips ni, EB akan kongsikan Cara Menukar Image Header Blog pula!

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi - 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

8 thoughts to “Tips Sebelum Menukar Image Header Blog”

    1. nak buat header secara online ke atau nak tutorial buat header transparent?

      kalau nak buat header secara online, maaflah saya tak tahu site mana yang bagus.

      tapi kalau nak tutorial buat header transparent, dalam blog ni ada juga tutorial guna photoscape dan photoshop.. http://eastbullet.com/2011/08/tutorial-transparent-header-blog-dengan-photoscape/

      p/s : saya juga boleh designkan header secara percuma .. http://eastbullet.com/projek-1-servis-design-header-percuma-untuk-anda/

Leave a Reply