EB tak pernah menghadapi sesi temuduga sejak dari bangku sekolah rendah lagi. Walaupun ada juga sesi temuduga tak rasmi macam masa mintak kerja part-time kat kyros kebab dulu, tapi bila ada sesi temuduga yang formal memang tak pernah rasa. Baru-baru ni EB ada dapat tawaran biasiswa dari satu sektor swasta. Namun sebelum boleh terima biasiswa tu, kene hadapi satu sesi temuduga di kelana jaya.
Bukan setakat temuduga je tak pernah rasa, pergi kelana jaya pun tak pernah! Nasib baik my mother tengah cuti sekolah, so boleh tolong hantarkan ke sana. Gerak lepas solat Jumaat menaiki proton saga BLM dalam cuaca hujan renyai-renyai. Tiba di sana dalam jam 3 dah ramai calon lain menunggu untuk ditemuduga. Terus EB ke meja pendaftaran, ambil no giliran. Nombor david beckham semasa di Real Madrid jadi no bertuah, 23. Semasa EB tiba di situ, 5 orang sedang dalam proses temuduga.
Pada mulanya EB ingat sesi temuduga ni sekejap je, jadi takdelah bawak apa-apa. Cuma banyak sijil-sijil dan surat tawaran je. Tunggu punya tunggu selepas 50 min baru no giliran 6-10 dipanggil. Dalam hati EB dah mula resah. Lamanya temuduga nih. Memang duduk termenung je sepanjang tunggu giliran. Sempat juga solat asar menunggu tiba masa untuk dipanggil. Dalam jam 6.15PM baru angka giliran 20-26 dipanggil ke ruang menunggu. Ingatkan sesi menunggu dah habis, rupanya kene lagi tunggu di bilik lain.
Hati punyalah berdebar-debar. Maklumlah, pengalaman pertama. Dalam jam 6.30PM baru nama EB dipanggil masuk ke bilik temuduga. Ada 3 orang penemuduga, ketiga-tiga lelaki. Beberapa ketika kemudian, seorang lagi wanita masuk. Mereka duduk di hujung sudut meja dan EB duduk bertentangan. Soalan pertama yang ditanya ialah mengenai latar belakang akademik EB. Walaupun semuanya dah ada dalam sijil mereka masih menanyakan soalan tersebut. Selepas itu mereka menanyakan kursus yang diambil di universiti dan apa yang kita pelajari. Mereka juga tanya apa sumbangan yang EB boleh beri pada mereka. Di akhir sesi mereka sempat memberikan kata-kata semangat untuk belajar dan dapat keputusan yang baik.
Selesai temuduga EB rasa sangat lega. Rupanya begitu suasana temuduga. Sekarang ni berdebar-debat menunggu keputusan dari sesi temuduga tersebut. Harap semua berjalan lancar dan EB dipilih untuk terima biasiswa tersebut.
semoga berjaya dapat kerja EB.
bukan kerja tapi biasiswa la…jauh lagi nak kerja tuh… 4 tahun lagik.. 😀