Sudah lama tak buat entri tentang games, terutama game yang paling lama EB luangkan masa iaitu Pro Evolution Soccer 2012 (PES 2012). Kali terakhir entri EB berkaitan PES 2012 bertajuk PES 2012 Demo : Kelemahan Diperbaiki Kelebihan Diragui. EB bermula dengan PES 2012 Demo sehingga kini PES 2012 FULL version 1.03. Namun sejak FULL version dipasarkan , EB banyak habiskan masa dengan mode Football Life Become A Legend. Oleh itu dalam entri kali ini EB hanya akan ceritakan mengenai Become A Legend Mode dalam PES 2012.
Bagi yang tak tahu apa itu Football Life EB akan terangkan serba sedikit mengenai Football Life dalam PES 2012 ni. Football Life merangkumi dua mode dalam siri PES sebelum ini iaitu Become A Legend ( BAL ) dan Master League ( ML ). Jadi untuk bermain BAL, kene masuk menu Football Life terlebih dahulu. Become A Legend pula bermaksud mode permainan yang kita hanya mengawal satu player dalam satu pasukan dan kita boleh pilih posisi mana kita hendak main. Defender, Midfielder atau Attacker. Keeper masih tak boleh dipilih sebagai satu posisi buat masa ini. Konsep BAL PES 2012 masih lebih kurang sama dengan BAL PES 2011. Kita akan ada seorang agent yang akan uruskan perpindahan player ke kelab lain.
Penambahan Dalam BAL PES 2012
Dalam PES 2012, sistem Manager Mission telah ditambah. Dalam sistem ini, manager akan tetapkan aim untuk player capai untuk satu-satu perlawanan. Sebagai contoh, jaringkan goal, dapatkan rating 7.0 atau jumlah shot on goal. Sekiranya player berjaya mencapai aim ini, player akan diberi ganjaran seperti Fan meningkat, peluang main untuk perlawanan seterusnya atau rating manager meningkat. Jika gagal juga akan diberi penalti yang ditetapkan.
Namun manager mission ini bukan untuk setiap perlawanan yang kita main, hanya sesetengah game je. Dari apa yang EB perasan, masa mula-mula siri BAL ni banyak manager mission ditetapkan. Tapi bila dah jadi “STAR” macam dah takde manager mission. Jadi keadaan kembali seperti biasa, kita hanya main dari satu game ke satu game yang lain.
Rasanya ini je kot penambahan paling ketara dalam BAL PES 2012.
Ada dalam BAL PES 2011 Tiada dalam BAL PES 2012
Skill Card. Dalam BAL PES 2011 kita boleh beli skill card dan train skill baru yang kita mahu. EB akui skill card tu macam tak beri impak besar pun dalam permainan. So, dalam PES 2012 skill card dah tak boleh beli! Cuma skill itu atau Special Abilities akan automatic wujud berdasarkan cara permainan kita. Dari pengalaman EB, sekarang ni player EB dalam special abilities Super Sub sebab EB kerap score goal atau assist goal sejurus lepas dimasukkan sebagai permainan.
Apa yang special dengan BAL PES 2012
Bagi yang pernah membaca entri berkenaan PES 2012 Demo mesti dah tau yang PES 2012 menawarkan gameplay yang lebih menarik. Jadi BAL PES 2012 dapatlah tempias dari gameplay tersebut. Dalam BAL PES 2011 memang susah nak cari kawan untuk passing. Tapi dalam BAL PES 2012, berebut-rebut kawan mintak bola dan kosongkan diri untuk dipassing. Selain itu, style team itu play juga betul-betul dilaksanakan. Sebagai contoh, team AC Milan iaitu team player EB main sekarang bermain style Dribbling, jadi mostly semua player banyak dribbling. Sehinggakan defense pun akan dribbling untuk clearkan bahagian bawah. Sampai satu tahap, naik menyampah pulak depa tak nak passing kat player EB.
Perkara menyakitkan hati dengan BAL PES 2012
Passing player. EB tak pasti ini masalah dari game PES 2012 sendiri atau hanya dalam mode BAL. Walaupun EB off control untuk passing, EB masih rasakan passing yang dibuat tak seperti diharapkan. Sebagai contoh, EB arahkan ke depan passing lob, tapi passing lob itu akan pergi ke bahagian yang paling jauh. Kadang-kadang EB letak full bar passing, tapi bola pergi slow je.
Player auto-move. EB juga off player auto-move dalam mode BAL PES 2012 ini. Tapi kerap kali player EB gerak sendiri walaupun EB tak sentuh langsung controller. Terutamanya bila bola tinggi, player EB kerap kejar sendiri bola tu walaupun EB tak mahu pun kejar bola tuh. Pada satu tahap, player EB berlari-lari seluruh padang semata-mata nak kejar bola yang ditanduk-tanduk. Sakit hati dibuatnya!
Selain tu juga, pemain team kita macam tak sedar kewujudan kita dalam padang. Bila kejar bola semasa defending, mesti ada teammate akan mengejar sekali bersama kita. Bukannya dia nak jaga posisi lain, tapi sibuk mengekor! Dalam situasi berbeza, bila kawan kita terlepas bola, player kita akan di auto move kejar bola tersebut. Pdahal jauh kot dari posisi kita! Tak pasal-pasal kita boleh off posisi.
Dapat EB ringkaskan di sini, mode BAL PES 2012 masih banyak sangat kekurangan. Kita tak dapat rasa macam kita betul-betul mengawal player di atas padang tuh. Selain itu juga, tiada aktiviti lain yang dapat kita buat dalam BAL PES 2012. Kita hanya bermain bola je. Harap lepas ni tambahlah mode supaya kita boleh training dengan teammate ke, jalan-jalan jumpa peminat ke. Jadi takdela dull sangat asyik2 main bola je.
Entri ini EB tak dapat sediakan video atas kesibukkan dan masalah PC yang selalu hang dan crash. Jadi lepas ni EB akan post entri video-video mengenai apa yang telah EB perkatakan dalam entri ini. So subscribe this blog and keep reading EastbulletdotCom!
ramai member suka main pes. tapi kadang2 saya rasa fifa pun not bad gak.
setiap game biasanya ada fans tersendiri.. macam Call of Duty dengan Battlefield la. antara dua-dua fans kata game mereka terbaik.. tapi dalam kes ni, aku lagi minat PES..
hahah .. guwa pn kaki PES jugak bro.. memang guwa akui yg bab dia kejar bola sendiri tu yg paling sakit hati.. haha.. eh betul ke yg special ability dlm BAL2012 tu akan automatic muncul based on cara permainan kita ??? so kalau kita kerap buat certain skill akan muncul kat special ability kita lah ??
bab kejar bola tu aku dah dapat cara nak atasi.. 😀
yang special ability tu memang dia akan auto.. sebelum ni aku ada Super-Sub je, sekarang dah tambah Box-to-Box. Memang dia ikut gaya permainan kita untuk special ability tuh.