Hello Semua.. Setelah lama menyepi tanpa tutorial, EB dapat curi sedikit masa untuk sediakan tutorial membuat kertas kajang/ test pad dengan adobe photoshop. Mungkin hasil ni takdelah serupa sungguh dengan keadaan asal. Tapi bolehlah juga dijadikan elemen dalam hiasan background blog, background header mahupun rekaan poster. Sebut pasal poster, idea untuk buat tutorial ni pun datang disebabkan EB dapat tugasan buat poster buat pertama kalinya di UPM ni. Dalam hasil poster ni EB ada gunakan elemen kertas yang secara tak langsung menarik perhatian mata.
Ini adalah hasil yang akan kita dapat jika mengikuti tutorial membuat kertas / test pada paper dengan adobe photoshop :
1- Mula mula sekali semestinya buka software adobe photoshop anda. Kemudian tetapkan saiz yang anda kehendaki, contoh dalam tutorial ni EB guna 600px untuk kelebaran, dan 800px untuk ketinggian.
2- Lukiskan objek berbentuk empat segi menggunakan tool yang ditunjukkan dalam gambar, pastikan kotak tersebut tidak memenuhi canvas / ruang putih yang ada.
3- Tukarkan warna kotak tadi dengan warna seakan warna kertas. Disarankan jangan guna warna terlalu gelap, nanti tak nampak garisan yang akan kita buat sebentar lagi. Nak tukar warna kotak, just double click pada kotak kecik yang ditunjukkan dalam gambar.
4- On-kan view grid dalam adobe photoshop dengan menekan Crtl+’ . Gerakkan ( V ) kotak yang dilukis tadi supaya bujunya betul sama dengan mana-mana buju kotak grid. Kemudian gunakan tool eraser ( E ), gunakan saiz eraser yang tak terlalu besar dan padam beberapa ruang di kotak tadi mengikut kotak2 kecik grid. perhatian: nanti akan keluar box dialog error, just tekan ok.
5- Dengan grid masih dipaparkan, klik semula tool untuk buat kotak tadi tapi tukarkan kepada line shape. Buat satu garisan dari tepi kiri hingga ke tepi kanan kotak dan tukarkan pada warna merah.
6- Duplicate line merah tadi ( Crtl+J ), tukarkan pada warna biru pula. Kemudian gerakkan line berwarna biru ke bawah.
7- Boleh tutup semula grid view ( Crtl+’ ), dan duplicate line biru pula ( Crtl+J ) beberapa kali. Susunkan line biru tersebut seperti dipaparkan di bawah.
8- Select semula line biru yang telah di duplicate tadi dan merge layer ( Crtl+E ).
9- Duplicate pula layer line biru yang dimerge tadi ( Crtl+J ), dan susun seperti dalam gambar di bawah sehingga memenuhi kotak asal.
10- Merge kan semua layer yang ada ( kecuali background ), dan double click pada layer tersebut. Add gradient effect berbentuk circle dan SIAP!!!
Ini pula hasil yang berbeza boleh kita hasilkan :
Jadi EB harap tutorial membuat kertas test pad dengan adobe photoshop kali ini dapat diikuti tanpa sebarang masalah, namun sekiranya terdapat masalah, boleh saja drop your enquiries below or use my live chat if i’m available.
p/s : my next project will be creating blog header, anyone interested to let their blog be a test subject..??
nice 🙂
thank you!! alang2 +1 google la sekali .. 😀
DA open comment agaknyee blog mine..arap dpt bg pndgn yee..
wah. smart. hasil dia memang cun.
thank you. ikut kreativiti masing-masing, basic technique dah buat tutorial. tinggal kita je nak cantikkan lagi.