Skip to main content
review webhosting baitulbytes

Review Dua Tahun Bersama Baitulbytes Webhosting

EastbulletdotCom kini sudah berumur setahun!! Ya, 3 Januari 2012 lepas yang juga tarikh lahir ku merupakan genap setahun EastbulletdotCom ditubuhkan. Eventhough I’m actually have been blogging since form 5, this is the first year i have my own domain with my desire nickname. Before this I used Blogspot as my blogging platform and when I migrated to WordPress, I used my School Alumni domain as my blog. As now, I have my own domain, my own hosting.

Walaubagaimanapun, entri kali ini bukanlah bertujuan menceritakan kembali sejarah EastbulletdotCom. Tujuan entri ini adalah berkongsi pengalaman EB bersama hosting yang dilanggan untuk memastikan EasbuleltdotCom dapat bertapak di dunia blogging ini iaitu Baitulbytes Webhosting.

Merujuk kepada tajuk, “Review Dua Tahun Bersama Baitulbytes Webhosting” sedangkan EastbulletdotCom baru berusia satu tahun. Ini kerana tahun pertama tu website alumni sekolah tu pun guna Baitulbytes. Jadi itu pun dikira satu tahun, dan 3 Januari 2011 hingga 3 Januari 2012 dikira setahun. Bagi siapa yang tak baca lagi Review Setahun Bersama Baitulbytes , boleh lah baca tu dulu dan bezakan pendapat EB yang lepas dengan entri ini.

Tahun 2011 memang tahun yang banyak cabaran. Cakap mengenai webhosting, gempa bumi di Jepun memang beri kesan terhadap server webhosting. Baitulbytes pun tak lari dari masalah ni. EB agak bengang pada mulanya kerana asyik down je server. Yang lagi bengang tiada sebarang penjelasan yang diterima. Memang lah tiada support ticket dihantar, tapi kalau benda macam ni, pandai-pandailah inform dengan customer. Kalau orang yang jenis tak tahu isu semasa, mau dimaki-maki sebab dua tiga hari tak dapat akses blog.

Baitulbytes webhosting merupakan satu syarikat yang sedang membangun, jadi makin hari makin ramai pelanggan. Makin hari, makin busy server. Jadi down-time memang kerap berlaku. Pernah sekali tu EB dah tulis entri panjang-panjang, tekan publish, server down! Cetttttt.. Bengang dowh… Sejak hari tu entri yang ditulis akan dicopy ke notepad sebelum dipublish. Namun kini EB baca-baca Baitulbytes Webhosting buka lagi server baru, jadi masalah down-time “mungkin” dah kurang. Bukan apa, sebab masa depa umum dah buka server baru, load-time blog EastbulletdotCom masih lagi lambat. Kalau nak kata sebab memang blog berat, EB buka CPanel memang server load lambattttttttt.

Customer services mereka ada naik dan turunnya. Kadang-kadang baik layanannya, kadang-kadang sebaliknya. Paling EB benci dan bengang bila mereka suka sangat “sarcasm”. EB sebagai orang yang selalu keluarkan kenyataan “sarcasm” memang terasa gila lah an. Pernah juga EB post di page FB mereka mengenai masalah dialami, namun dideletenya tanpa sebarang notis! Kemudian bila EB tanya asal delete, mereka cakap sila hantar di support ticket. zzzzzz.. Kalau macam tu baik takyah buat FB Fanpage kalau page tu just nak promote produk. Tak ley nak berkomunikasi langsung. Ini mungkin salah satu pengalaman buruk EB dengan mereka. Tapi nak dibanding dengan pengalaman bersama customer services mereka, memang tak dapat dinafikan layanan yang diberikan antara yang terbaik. Sebagai contoh baru-baru ni EB mintak nak backup data walaupun tempoh langganan dah tamat, mereka still berikan peluang. Tak tahulah kalau ini memang etika webhoster, tapi yang pasti itu sesuatu yang baik dari mata EB. Namun bak kata pepatah, Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. EB memang dah kecil hati sejak post EB didelete dan di”sarcasm”.

Mungkin ada yang akan kata, ” Kau sapa nak kata-kata buruk ” . EB akan jawab , “HELLO!! Saya seorang pelanggan. Saya berhak menyatakan pendapat saya! “. Setiap benda ada kelebihan dan kekurangannya.

Kini EB dah beralih arah ke Syokhost. Bersambung dalam entri yang seterusnya…..

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi - 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

8 thoughts to “Review Dua Tahun Bersama Baitulbytes Webhosting”

  1. Salam’alaik,

    Saudara Naim aka EB, semoga sihat, dirahmati Allah SWT dan ceria-ceria selalu.

    Terima kasih untuk review yang diberikan. Pihak kami amat menghargainya dan setiap kata-kata anda menjadi point dan perangsang untuk kami memperbaiki setiap kelemahan dan kekurangan serta cuba sebaik mungkin untuk kekal dan tingkatkan kekuatan yang ada pada kami, insyaAllah.

    Kami akui bahawa terdapat kelemahan dan kekurangan pada perkhidmatan kami. Namun kami sentiasa cuba dan usaha serta bertawakal agar kami dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk semua pelanggan kami dari semasa ke semasa, insyaAllah. Allahumma yassir wa la tu’assir!

    Terima kasih sekali lagi, jazakAllahu khairan jaza!

    1. tengok masa jugak.. kadang2 laju, kadang2 tak… tapi sekarang ni tengok diorang dah upgrade macam-macam ( dari FB page ).. mungkin dah makin laju sekarng. cuma hati dah tertutup bila dia layan tak seberapa dulu, so tak tergerak nak kembali atau gunakan BBytes semula..

Leave a Reply