Skip to main content
syokhost webhosting review

Syokhost Webhosting Diharapkan Yang Terbaik!

Jika sebelum ini ayat di bawah sekali blog akan tertulis Dikuasakan oleh Baitulbytes Webhosting, tapi kini telah ditukar kepada Dikuasakan oleh Syokhost Webhosting. Ini bermakna EastbulletdotCom tidak lagi menjadi pelanggan Baitulbytes Webhosting. Bila disebut nama Syokhost, tentu ada yang rasa familiar dengan nama Syok.org. Sebenarnya EB sendiri dapat tahu syarikat webhosting Syokhost ini dari Syok.org sendiri.

Dengan menggunakan tagline “Hosting murah dan berkualiti untuk semua”, Syokhost menjanjikan kita boleh membina blog wordpress dengan hanya lebih kurang RM70 iaitu pakej hosting dan domain. Terdapat 5 pakej utama yang ditawarkan oleh pihak Syokhost webhosting dengan spesifikasi dan harga yang berbeza. Ada juga yang didatangkan dengan domain percuma! Ya domain Percuma! Memandangkan blog EastbulletdotCom yang baru setahun jagung ni, EB mengambil keputusan untuk melanggan Pakej-1 dengan kapasiti storan sebanyak 500Mb dan bandwidth 20Gb. Selain itu, domain eastbullet.com juga dilanggan bersama pihak Syokhost.

Sebagai info tambahan, walaupun selesai menginstall wordpress dan beberapa kandungan image, storan yang digunakan hanyalah 125Mb sahaja! Jadi masih ada baki dalam 350Mb yang boleh digunakan untuk mengimpan imej, atau perkara yang diperlukan.

Jika sebelum ini EasbulletdotCom bersama Baitulbytes Webhosting ada menempuh beberapa perkara kurang mengenangkan, diharapkan Syokhost Webhosting dapat menawarkan sesuatu yang lebih baik dan kekal terbaik. Secara jujurnya, tukar-tukar webhosting ni memang melecehkan. Jadi EB harap dapat kekal dengan lebih lama bersama Syokhost Webhosting.

Baru beberapa hari bersama Syokhost, masih tak dapat nak bagi review yang lebih lanjut. Apa-apa pun, keep visiting EasbulletdotCom guyz!!

Interested with Syokhost webhosting? Click the ads below and register your domain or hosting now!! 

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi - 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

8 thoughts to “Syokhost Webhosting Diharapkan Yang Terbaik!”

          1. ada.. kerap juga masa baru mula2 langgan dulu. cuma sekarang dah kurang sikit. seminggu adalah sekali.. dalam 1 jam camtuh. tapi rasanya masa tu macam dia buat server maintanence.

Leave a Reply