Track Mania Nation Forever (TMNF) adalah sebuah game berbentuk racing. Namun TMNF mempunyai keunikkan yang tersendiri dari game lumba kereta yang lain seperti Need For Speed atau Dirt. Ini kerana TMNF lebih kepada puzzle racing game. Kita bukan sahaja memandu ke depan dan mengikut graviti, tapi boleh juga memandu secara terbalik, terbang, dan melompat-lompat diantara track. Mesti pelik kan kenapa sampai macam tu sekali nak main game TMNF ni? Teruskan membaca entri Track Mania Nation Forever yang merupakan racing game yang simple tapi mencabar!!
Game Ini Percuma!
Pada masa game ni dilancarkan, iainya boleh dimainkan secara percuma. Setelah beberapa tahun pengeluaran, game ni masih percuma untuk dimainkan. Jadi kita bebas menjelajah ke dunia online (multiplayer) tanpa sebarang sekatan. Boleh download game Track Mania Nation Forever ni dengan klik pada pautan disediakan.
Grafik Yang Baik, Keperluan Spesifikasi Yang Rendah
Dengan saiz game kurang dari 2GB, TMNF tidak menghampakan dari segi grafik. Di bawah ni EB paparkan beberapa screen shot dari game TMNF ni :
Berikut adalah spesifikasi yang diperlukan bagi game ni :
Operating system: Windows XP SP2/Vista SP1/Windows 7
CPU: Pentium IV 1.6GHz / AMD Athlon XP1600+
RAM: 256 MB (XP) or 512 MB (Vista/7)
3D graphics card: 16 MB, 100% DirectX 9.0c compatible
Sound card: 16 bit DirectX compatible
Hard drive: 1.7 GB free disk space
Permainan Berterusan
Dengan adanya mode multiplayer, game ni memang takkan habis. Ini kerana track-track baru sentiasa dibuat dan diperbaharui dalam mode online. Selain tu, TMNF juga ada menyediakan “Track Editor” . Jadi kita pun boleh buat track sendiri mengikut cita rasa kita.
Apa Yang Kurang Best Dengan TMNF
Setiap game mesti ada kekurangan kan? Bagi TMNF kekurangan dia adalah hanya ada mode catatan masa, kiranya kita hanya berlumba mengikut siapa masa terpantas. Selain itu juga, kekurangan player dalam mode online membataskan permainan. Dengan kata lain, game ni dah tak dapat sambutan. Mungkin kerana ini adalah basic game bagi TMNF. Selain dari TMNF, ada juga TMNF : United , dan TMNF Canyon. Dan kedua-dua game ini lebih advance seperti kepelbagaian permukaan track, jenis kereta, dan juga efek kemalangan.
Video Gameplay Track Mania Nation Forever
Rumusan
Track Mania Nation Forever boleh lah dijadikan salah satu koleksi game yang bersifat santai walaupun adakala memberi tekanan. TMNF juga dapat menguji kemahiran berfikir kita untuk mencapai masa yang terpatas. Ini kerana kadang-kadang dalam TMNF lebih laju memandu bukan lebih cepat sampai. Rating yang EB berikan pada game ini dari markah penuh 10 adalah 7/10. Tidak dapat beri markah penuh kerana kurangnya mode lumba dan kurang varieti kereta. Selain itu, bagi orang yang tak sabar, mungkin ini bukan pilihan yang sesuai.
hahaha menarik…
dah lama aku tak datang sini. bertukar wajah dah rupanya. hehe..
tukar dari segi apa tuh? 😀
apa-apa pun keep visiting EastbulletdotCom..! Thank you..