Skip to main content

Tutorial Ubah Warna Objek Dalam Gambar Dengan Adobe Photoshop

EasbulletdotCom kini ingin berkongsi satu lagi tutorial adobe photoshop iaitu ubah warna objek dalam gambar. Teknik ini memang amat berguna untuk mereka yang suka ambil gambar tapi tak puas hati dengan beberapa warna objek dalam gambar tersebut. Selain itu, teknik ini juga boleh digunakan untuk “menipu” orang yang melihat gambar kita dengan warna yang berbeza. Antara contoh hasil daripada teknik ubah warna objek dalam gambar dengan adobe photoshop ini adalah seperti di bawah :

tutorial ubah warna gambar
tutorial ubah warna gambar

Mari kita teruskan dengan tutorial ini.
Pertama sekali semestinya kita buka fail gambar yang nak diedit itu dalam adobe photoshop. Dalam tutorial ni EB gunakan gambar kartun perempuan bertudung. Motif EB adalah tukarkan warna tudung dan baju kartun ni.

Masuk kepada mode “Edit in Quick Mask Mode” atau boleh terus tekan “Q”. Pastikan warna adalah hitam dan putih atau hanya tekan “D”. Gunakan brush dengan 50%, dan pastikan warna hitam menjadi warna foreground. Tapi kalau dah tekan “D” seperti yang diarah tadi, mesti tiada masalah.

tutorial ubah warna gambar
tutorial ubah warna gambar

Gunakan brush tadi tu dan warnakan di bahagian yang kita nak ubah warna tuh. Untuk contoh dalam gambar ni, EB warnakan tudung. Jangan rasa pelik tau sebab warna merah yang keluar, itu bermakna anda dah lakukan benda yang betul. Kalau warna hitam yang keluar, maknanya ada la silap dalam step-step sebelum ni.

tutorial ubah warna gambar
tutorial ubah warna gambar

Warnakan outline gambar terlebih dahulu dengan menvariasikan saiz brush. Selain itu, untuk lihat lebih detail pada gambar, boleh zoom pada gambar dengan menekan “Alt” sambil scrolling mouse ke depan. Selepas selesai warnakan outline, barulah terus mewarnakan bahagian dalam outline tadi. Semua ini masih berlaku dalam “Edit in Quick Mask Mode”.

tutorial ubah warna gambar

Dah selesai warnakan bahagian yang nak ubah warna tu dalam mode Quick Mask Mode, boleh lah keluar dari mode Quick Mask Mode dengan tekan “Q” atau pada icon seperti di tunjukkan dalam gambar. Akan kelihatan garisan putus-putus pada gambar kan? Kalau ada, maknanya anda dalam track yang betul untuk tutorial ubah warna objek dalam gambar kali ini.

tutorial ubah warna gambar
tutorial ubah warna gambar

Selepas itu boleh ikut salah satu dari dua cara yang EB nyatakan ni.

  • Cara 1 : Tekan “Select” dan tekan “Inverse”
  • Cara 2 : Klik pada Marquee Tool atau tekan huruf “M” dan right click pada gambar dan tekan “Select Inverse”

Kemudian, tekan pada menubar photoshop di atas pada “Layer” > “New Fill Layer” > “Solid Color” . Akan keluar pop-up menu, just click OK. Then akan keluar window untuk pilih warna. Jadi pilih lah warna apa yang anda nak guna / tukar tudung tu jadi warna apa. Bila dah klik OK! rasa macam dah siap je kan ?

tutorial ubah warna gambar

Tapi belum lagi, tukarkan style Layer “Color Fill” tu pada Overlay atau Soft Light. Warna yang anda gunakan tadi akan lebih blend in dengan gambar kan?? Selain itu juga, kalau nak kekalkan layer style pada Normal pun boleh. Cuma kene kurangkan Opacity layer Color Fill tu supaya warna lebih blend dengan gambar. Boleh juga cuba-cuba dengan layer style berbeza.

tutorial ubah warna gambar

Andaikata anda rasa tak puas hati dengan warna sekarang. Just tukar je dengan klik pada kotak kecil seperti yang ditunjukkan dalam gambar dan pick other color.

tutorial ubah warna gambar

Teknik tutorial ubah warna objek dalam gambar dengan adobe photoshop ini boleh juga digunakan kalau nak ubah warna mata, warna rambut, bunga dan lain-lain. Dengan kata yang lebih ringkas, warna EVERYTHING!! Jadi cubalah ubahsuai gambar-gambar yang anda ada sekarang dan warnakan dengan warna yang lebih menarik.

tutorial

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi - 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

5 thoughts to “Tutorial Ubah Warna Objek Dalam Gambar Dengan Adobe Photoshop”

Leave a Reply