Entri kali ini EB nak berkongsi sambungan tutorial dari Tutorial Membuat 3D Text Dengan Adobe Illustrator yang lepas. Seperti yang EB ada perkatakan dalam entri tersebut, kali ini EB nak kongsikan pula Tutorial Warnakan 3D Text Dengan Adobe Photoshop pula. Tutorial kali ini boleh dikatakan mudah sahaja, cuma memerlukan kreativiti kita untuk memilih warna / gabungan warna yang sesuai. Hasil yang boleh kita dapat jika ikut sebijik macam tutorial yang akan dinyatakan nanti ada lah seperti yang ditunjukkan di atas.
Jom ikuti tutorial versi gambar di bawah :
Tutorial Warnakan 3D Text Dengan Adobe Photoshop :
Mula-mula hasilkan 3D text menggunakan adobe illustrator. Jangan lupa warnakan text tersebut kepada warna putih atau kelabu. Ini dilakukan supaya proses mewarna dalam adobe photoshop menjadi lebih mudah.
Setelah selesai men-setkan text kepada warna putih atau kelabu. Drag kan text ke dalam layer yang telah disediakan dalam adobe photoshop. Selain itu, boleh juga copy and paste sahaja text tersebut dalam mode smart object. Pilihlah mana satu yang ada rasa selesa.
Selepas tu, gunakan Magic Wand Tool dan select/klik pada surface yang berwarna lebih cerah pada text. Garis putus-putus akan muncul di sekeliling text yang di-klik tadi. Jika nak klik pada bahagian text lain pula, tekan “Shift” sambil klik.
Kemudian, klik pada menubar di atas, Layer > New Fill Layer > Gradient. Langkah ini adalah untuk mewujudkan satu layer baru yang akan mewarnakan text tersebut dalam bentuk gradient.
EB sarankan pada permulaan ni kita pilih lah kombinasi warna untuk gradient yang telah disediakan. Klik pada arrow kanan seperti dalam gambar di bawah dan klik pada “simple”.
Hasil dari yang saya buat dan tukar-tukarkan sikit kombinasi warna ditunjukkan di bawah.
Sekarang ni kita warnakan pula bahagian yang gelap. Tutupkan dahulu layer yang kita warnakan dengan gradient tadi. Dan select bahagian yang gelap dengan Magic Wand Tool sama seperti yang kita buat pada mula-mula tutorial ini.
Create new layer untuk jadi layer yang kita warnakan pada bahagian gelap. Gunakan brush dengan hardness 0% dan pick warna dari text pada bahagian atas text.
Ulang langkah sebelum ni tapi dengan ubah warna pick dari text pada bahagian bawah pula. Hasilnya lebih kurang akan jadi seperti ini. Kalau anda perasan, EB tinggalkan sikit ruang di bahagian tengah text.
Sekarang ni kita dah selesai mewarnakan 3d text dengan adobe illustrator! Cuma perlu tambah beberapa layer style supaya 3d text lebih jelas kelihatan. Pada layer yang kita warna dengan gradient, tambahkan style “Stroke” bewarna hitam.
Kemudian pada layer yang kita warnakan pada text bahagian gelap kita tambahkan layer style “Stroke” dan “Inner Shadow”. Siaplah sepenuhnya proses mewarnakan 3d text dengan menggunakan adobe photoshop.!!
Semoga anda yang mengikuti tutorial ni berjaya membuat 3d text dengan adobe illustrator dan seterusnya mewarnakan dengan adobe photoshop. Terus mengikuti blog EastbulletdotCom dengan men-subscribe blog pada ruang yang telah disediakan dalam sidebar kanan di atas.
rupa-rupa kat sini pun ade tutorial ke??
aku minat betul dgn benda ni..
nanti bagitau la kalo ade benda baru.. nak test gak.
memang blog ni menyediakan banyak tutorial.. fokus blog ni pada games dan tutorial seperti menu yang telah disediakan di atas.. Jemput2 singgah EastbulletdotCom ye!!
bab photoshop nih mmg aku fail.Buat logo pun pakai cooltext dot com :).Ada tutorial macam nih blehla buat rujukan.Thanks 4 sharing eb 🙂
good tutorial..boleh buat tutorial custom shape pulak..teringin nk belajar