Semester baru dah start weyh!! Fokus-fokus.. Sepanjang cuti semester yang lepas EB cuba untuk menghabiskan masa dan contribute something dari blog EastbulletdotCom ni. Jadi terlintas di fikiran untuk membuat Projek khas untuk blog EastbulletdotCom. Pada mulanya ingat nak buat Projek Ubahsuai Template Blog Percuma, tapi rasa macam itu terlalu advance sebagai permulaan. Jadi, EB rasa baik bermula dengan something simple iaitu Membuat Header Blog Secara Percuma.
Pada mulanya Projek ni kurang mendapat sambutan. Mungkin sebab tiada langsung usaha promosi dari EB sendiri. Pernah juga sekali dua kongsikan Projek Design Header ni di group-group blogger. Tapi masih tak dapat sambutan. Mungkin ramai blogger yang suka buat sendiri dari orang tolong kot. Mana lah tahu. Hari demi hari, akhirnya dapat satu emel dari seorang blogger perempuan yang ingin sertai Projek #1 EB ni. Rasa teruja sangat, tanpa fikir panjang terus designkan apa yang dia mahu. Bila dah siap, emel semula blogger tersebut. Tunggu punya tunggu tak dibalasnya. Mungkin emel tersebut salah letak.
Selepas kejadian tu, EB tambah syarat supaya siapa yang mahu join projek design header percuma ni kene reply dulu emel yang diberikan. Lepas tu tak berlakulah kejadian seperti sebelum ni. Secara puratanya lebih ramai blogger perempuan yang sertai Projek #1 Design Header EB ni.
Berikut adalah blogger yang telah sertai Projek Servis Design Header Percuma EastbulletdotCom dan menggunakan header tersebut :
- Blog Invisible Algorithm
- Blog Ada-Ada Saja
- Blog Farachew
- Cik Ah’s Online Diary
- Blog Islam Itu Indah
- Blog SweetIzzah99
- Blog Wahhh Gitu!!!
- Kedai Tudung Dan Pakaian JelitaSu
- Semanis Impian Ibu (http://semanisimpianibu.blogspot.com/)
- Diari Online Hafiza
- Why So Serious??
- Family Blog Super Duper Kawai
- Family Blog Aca6Nisa
EB ambil peluang ni untuk menyatakan ucapan penghargaan kepada semua blogger yang sudi join Projek Design Header Percuma EastbulletdotCom ni. Segala salah silap, terkasar bahasa ataupun design yang tak memuaskan hati EB mohon maaf. Tak lupa juga pada yang baru tahu tentang Projek EB ni tapi terpaksa ditolak permohonannya. InsyaAllah, cuti semester akan datang EB akan sambung semula Projek Design Header Percuma ni. Jadi terus kunjungi EastbulletdotCom dan jangan lupa untuk Like Fanpage EastbulletdotCom untuk ketahui informasi terkini mengenai blog EB.com.
*dalam senarai blog di atas, ada yang tak di-link kan adalah sebab mereka tak gunakan dah header yang dibuat tuh. sangat kecewa… mungkin kualiti masih rendah. perlu diperbaiki!!!
wah. kira berjaya projek design header percuma ni ye. congrats..