Kebanyakkan dari pemerhatian EB, ramai blogger gemarkan guna background menu yang comel-comel belaka. Especially perempuan lah kan. Dengan doodle nya lagi. Tapi dalam entri ini EB bukan nak tunjukkan cara buat doodle comel atau menu tab comel. EB akan kongsikan tutorial membuat image effect glossy background untuk menubar menggunakan adobe photoshop. Tutorial ini amatlah ringkas dan mudah. Apa yang kita perlukan hanya dua layer dan kreativiti kita menggunakan warna.
Dalam tutorial imej effect glossy background untuk menubar ni, EB bahagikan kepada 2 bahagian iaitu :
- Menubar background terang atau warna cerah.
- Menubar background gelap atau warna gelap.
Hasil yang kita boleh dapat dengan mengikuti tutorial ini adalah seperti di atas.
Jom ikuti tutorial ni!!!
Tutorial Effect Glossy Background Untuk Menubar versi cerah
Pertama sekali kita create new project ( Crtl+N ) dan gunakan ketinggian 100px , kelebaran 50px. Suka untuk EB sarankan guna dulu kelebaran dan ketinggian yang diberitahu untuk percubaan pertama anda. Nanti lepas ni baru cuba-cuba guna saiz yang berbeza ok?
Kita create new layer ( Crtl+Shift+N ), dan gunakan Paint Bucket Tool (G) warnakan layer kepada warna kuning atau warna cerah yang anda mahu.
Kemudian create layer baru lagi satu ( Crtl+Shift+N ). Gunakan Rectangular Marquee Tool, dan lukiskan kotak sebesar separuh dari layer tersebut.
Gunakan brush dengan warna putih, hardness 0% dan saiz yang besar ( 100 px ). Warnakan di bahagian tepi sahaja dari kotak garis putus-putus Rectangular Marquee Tool tadi.
Hilangkan garis putus-putus dengan ( Crtl+D ) dan gerakkan layer tersebut (V) ke bahagian atas seperti yang dipaparkan di bawah. Tinggalkan sikit ruang je di bahagian atas tu. Dan rendahkan Opacity layer tersebut pada 80%
***addition
Kemudian pada layer warna asas, letakkan layer style seperti gambar di bawah.
Tutorial Effect Glossy Background Untuk Menubar versi gelap
Langkah permulaan sama dengan Tutorial Effect Glossy Background Untuk Menubar versi cerah di atas sehingga ***addition
Sambung dengan tukarkan layer style “Color Overlay” pada warna asas kuning tadi.
Hasilnya nanti akan nampak lebih kurang macam ni.
Sekarang ni anda sudah siap membuat background untuk menu dengan efek glossy yang simple dan mudah. Ada tak faham, stuck, masalah? Hanya komen di bawah atau gunakan contact form yang telah disediakan. Kalau tak tahu macam mana nak apply background ni pada menubar, boleh rujuk pada entri Tutorial Tukar Background Untuk Menubar ni. Teruskan membaca dan mengunjungi blog EastbulletdotCom untuk tutorial-tutorial yang lain. Jangan lupa subscribe dan join fanpage EastbulletdotCom ye!!
smart.. nak test gak la utk blog lepas ni.. moga blog aku lagi terbaik la kan.. hehe
lama aku tak singgah sini…pe kabar bro? Semoga sihat sentiasa…nice entry tp aku tak reti sgt guna potosop neh…btw sure ramai yg cari tuto potosop…
khabar baik. macam2 dah berlaku dalam hidup ni.. 😀
tak reti takpe, nanti satu hari kalau tergerak hati nak belajar guna photoshop, singgahlah sini..
salam bro..caner kalo nk buat glossy utk objek bulat..aku nk buat logo harimau malaysia yg glossy.
Panas!! ==>> Pemandu Kenderaan Malaysia Bodoh
rasanya bro dah berjaya kan buat logo glossy tu based on your blog post la.. sorry terlewat reply, sibuk sikit.