Skip to main content

Tutorial Menggunakan Atau Install Font Dalam Komputer

Tutorial yang EB kongsikan ini iaitu install font ke dalam komputer adalah sesuatu yang amat mudah tapi masih ramai yang tak tahu. Biasanya font default yang disediakan windows asal kurang menarik atau senang kata skema lah. Untuk buat assignment boleh lah guna. Tapi kadang-kadang bila nak buat design header blog ke, poster atau perkara berkaitan mesti kita nak guna font yang lebih cantik kan.

Baiklah, sebelum nak install font baru, kenelah download dulu font yang anda nak guna tuh. EB ada sediakan koleksi font yang cantik dan menarik untuk dimuat turun oleh ada dalam entri Koleksi Font Cantik Untuk Buat Header Blog ni. Selepas download file tersebut, extract dulu file tersebut menggunakan 7zip. ( Kalau takde 7zip, EB sarankan download dan install dulu software ni ).

tutorial install dan gunakan font

Kemudian select semua file font tersebut, (Crtl+A) dan copy ( Crtl+C ).
tutorial install dan gunakan font

Selepas tu, pergi pada folder seperti yang ditunjukkan dalam gambar. C:\Windows\Fonts .
tutorial install dan gunakan font

Pastekan font tersebut dalam folder tu. Mungkin akan ada beberapa notification, just klik OK! je.
tutorial install dan gunakan font

Kini anda dah selesai install font dalam komputer anda. Semua font yang telah anda install ni boleh digunakan dalam segala aplikasi, software yang ada dalam komputer tu. Tak kiralah photoshop, illustrator, power point mahupun microsoft word. Sebarang pertanyaan dan kekeliruan boleh nyatakan dalam kotak komen di bawah. Jangan lupa klik share sekali dan +1 di bawah ye! Teruskan membaca dan mengunjungi blog EastbulletDotCom untuk tutorial-tutorial yang lebih menarik.

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi - 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

3 thoughts to “Tutorial Menggunakan Atau Install Font Dalam Komputer”

Leave a Reply