Skip to main content

Catatan Hidup Dari Hati

Waaaaaaaaaaaa…. memang agak lama tak update blog eastbulletdotcom ni. Semuanya gara-gara sibuk dengan kehidupan di universiti ditambah dengan mood yang selalu bercelaru untuk menulis. Sekarang ni musim cuti semester, dah beberapa minggu pun berlalu. Tapi hari ini baru tergerak hati untuk menulis semula.

Walaupun tiada sebarang post terbaru yang aku buat, tapi aku tetap juga berusaha balas komen-komen yang ada dalam blog ni. Sejak akhir-akhir ni agak banyak pertanyaan diterima mengenai kemasukan ke universiti. Sama ada pada komen di blog ni, mahupun secara PM. Kebanyakkan persoalan adalah mengenai pertukaran kos di universiti. Maklumlah aku antara pelajar yang dapat membuat pertukaran kos.

Bila cerita pasal tukar kos, macam-macam benda baik berlaku selepas aku dapat tukar kos. Result exam aku dah tak bawah 3.0 lagik, faham apa yang aku belajar, minat dengan apa yang aku belajar dan yang paling aku hargai dapat jadi presiden fakulti. Walaupun secara umumnya jawatan presiden fakulti ni macam orang tak pandang sangat kalau di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UPM ni. Aku akan cuba untuk beri yang terbaik dan menjalankan tanggungjawab yang dipikul sehabis baik. Cuma apa yang aku risaukan takut pelajaran aku akan merosot. Harap-harap tak lah.

Cuti ni aku ingat nak sambung balik buat projek header. Tapi secara jujurnya aku dah habis dan kering dan malas nak berfikir idea baru. Tak taulah sama ada otak ni malas nak berfikir atau terlalu banyak berfikir sampai apa yang difikir tak terfikir.. Tuuu dia.. berapa banyak fikir. Aku cuba jugak nak gerakkan saluran darah di otak ni dengan ilmu supaya bila dah sambung balik belajar otak ni tak tepu!

Jadi kalau korang anda benda nak tanya apa-apa mengenai blog ke, editing gambar ke, atau apa-apa perkara yang aku tahu. Just tanya je. Boleh hubungi aku melalui facebook senang. Jangan malu-malu…

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi - 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

Leave a Reply