Bagi yang pernah mengikuti atau membaca blog eastbulletdotcom ni pada tahun lepas mungkin ada yang terbaca siri koleksi komik ramadhan hasil lukisan dan idea kawan aku. Komik tersebut diberi nama komik 7pm 5am. Tahun ni komik ni kembali lagi dengan siri yang terbaru dengan keluaran satu episod satu hari puasa. Namun komik ini mengambil satu langkah ke hadapan dengan menerbitkan laman web sendiri sebagai platfom untuk berkongsi karyanya.
Ini merupakan projek usahasama pelukis komik 7pm5am dan penulis blog eastbulletdotcom ( akulah tu ) untuk menerbitkan laman web 7pm5am.com bermula pada 1 Ramadhan yang lepas bersamaan 21 Julai 2012. Setelah hasil perbincangan panjang sama ada untuk menerbit satu laman web untuk karya-karya lukisan umum atau hanya komik ramadhan, pelukis komik tersebut mengambil keputusan untuk menfokuskan mencipta laman web 7pm5am dahulu. Perancangan untuk menerbit laman web untuk karya lain mungkin akan dipertimbangkan.
Aku menjadi selaku pembangun dan pengurusan web untuk 7pm5am.com dan azfar akan menjadi pelukis dan penyumbang karya untuk dipaparkan pada laman tersebut. Aku memilih syarikat Syokhost sekali lagi untuk menjadi hosting provider untuk laman 7pm5am.com ni. Samalah dengan blog eastbulletdotcom. Jadi dikesempatan ini, aku nak mempromosi dan mengajak rakan-rakan pembaca blog ini untuk singgah ke lamam Komik 7PM5Am dan terus menyokong kami dengan hebahkan laman ni seluas-luasnya. Segala jasa anda amat dihargai!
2 thoughts to “Komik Ramadhan Dilancarkan : 7pm5am.com”