Jarang sungguh aku nak menceritakan kisah hidup. Tapi memori ini memang sesuatu yang terindah berlaku dalam hidup aku sebagai seorang pelajar UPM sepanjang semester 1 2012/2013. Bila disebut bakti siswa mungkin akan ada beberapa golongan mahasiswa yang kata kelas ni tak best, buang masa, ntah apa-apa dan pelbagai lagi perkara negatif. Secara tak langsung kata-kata ni memang ada mempengaruhi fikiran aku bila pertama sekali datang ke kelas.
Kelas bakti siswa upm ni ada dibahagikan kepada beberapa kategori. Dari apa yang aku tahu ada kategori asas keusahawanan dan khidmat masyarakat. Aku dapat kumpulan bakti siswa keusahawan. Jadi mega projek aku adalah kene join Karnival Bijak Niaga.

Dipendekkan cerita sepanjang kelas bakti siswa ni aku akan diberikan tugas-tugas mengenai teknikal. Mungkin ini disebabkan aku sorang je pelajar dari sains komputer dalam kelas tuh. Aku pun tak pasti apa kaitan sains komputer dengan teknikal. Tapi aku terima ajelah tugas nih.
Dalam projek mega sabtu lepas (22/12/12), aku ditugaskan jaga bahagian teknikal. Jadi pada waktu pagi tu aku hanya duduk menepek jaga laptop dan slide presentation. Petang tu pulak aku duduk menepek sebelah orang teknikal untuk majlis penutupan.
Ini ada some short videos ucapan bila dah tamat Karnival Bijak Niaga sementara tunggu pengumuman pemenang. Hujan lebat tiba-tiba, semua kumpul bawah khemah kecik. Harap Ceised dapat besarkan sikit khemah untuk sesi akan datang.
Apa yang terindah nye kan dengan semua benda bosan ni?? Benda jadi indah bila kumpulan aku menang dalam dua kategori yang dipertandingan pada hari itu iaitu gerai kreatif dan rancangan perniagaan. Lebih indah lagi bila aku memang terlibat dalam pembikinan slide rancangan perniagaan tuh. Pada masa aku jaga teknikal pembentangan, harapan untuk menang tu memang takde dah bila tengok group lain punya pembentangan hebat-hebat. Ditambah lagi slide guna Prezi. Bila umum tempat ketiga bukan group aku, memang dah takde harapan la tu nak menang. Tiba-tiba bila umum tempat kedua, “Pak Long Crazy Potatoes!!!!”. Aku yang tengah menepek kat sebelah orang teknikal sorang-sorang pakai baju kuning angkat tangan tanda gembira. Dahla aku sorang je kat situ, kat depan aku group lain yang memang tak dapat nombor langsung. Mesti diorang rasa sakit hati tengok aku celebrate sorang-sorang kat situ. Rasa lagi terharu bila abang-abang yang jaga teknikal plus orang kuat Ceised salam ucap tahniah kat aku.
Kat bawah ni antara slide yang telah aku hasilkan. Walaupun tak sehebat guna Prezi yang merosakkan kreativiti tuh. Tapi inilah keunikkan yang aku termampu berikan.
Dikesempatan ni aku nak sarankan kat student UPM yang ada terbaca entri aku ni, kalau rasa nak ambil kelas bakti siswa, carilah fasilitator nama En.Amir. Serius best kelas ni. Tak pernah dibuat orang siapkan rancangan perniagaaan beberapa jam sebelum pertandingan then menang tempat kedua. Nak diikutkan hati, nak je lagi sekali amek kelas ni. (ok, serius tipu) Kenangan ni memang antara yang terbaik untuk semester ni. Dapat team yang boleh kerjasama, pandai buat kerja masing-masing dan bertindak mengikut arahan.
terbaikkk la naimmm.. 😀
tahniaaahhhh sebab menang!
thank you… hang pun hebat apa..