Tak disangka hari ini menandakan blog EastbulletdotCom mencapai usia 3 tahun. Maknanya sudah dua tahun blog EastbulletdotCom ini bertapak di dunia maya. Kebiasaannya bila blog dah berusia 2 tahun ni, mesti terkenal dah. Bila sebut je “eastbullet”, wahh , mesti ramai orang tau. Macam beautifulnara lah lebih kurang. Malangnya, bukan itu yang berlaku. Hampeh, memang takde pun orang ambil peduli dengan kewujudan blog ni. Biasanya kalau bila blog tu dah tak terkenal, kebanyakkan bloggers akan tutup je blog tersebut dan cuba buat blog baru dengan niche yang baru. Tapi i am not that kind of person. EB buat blog sebab i want to enjoy it. Rasa special bila ada blog sendiri.
Hendak diceritakan sedikit sejarah. Pada tahun pertama, blog EastbulletdotCom ini berhosting dengan syarikat Baitulbytes Webhosting. Satu syarikat yang makin lama, makin berkembang. Namun, disebabkan beberapa pengalaman pahit dua tahun dengan baitulbytes webhosting, EB menukar hosting kepada Syokhost. Diharapkan syokhosting merupakan hosting terbaik di malaysia. Kini, sudah setahun bersama syokhost. Jadi di sini EB ingin berkongsi pengalaman setahun bersama Syokhost Webhosting yang menggunakan tagline, “Murah dan Berkualiti”.
Betul Ke Syokhost Webhosting Yang Murah?
Inilah soalan pertama yang bemain di fikiran bila dilihat pada tagline murah tersebut. Sememangnya EB akui, Syokhost antara webhosting yang murah di malaysia. Baru-baru ini EB renew pakej 2 blog EastbulletdotCom dan renew domain, harganya tidak sampai RM90. Kadang-kadang ada kita pergi mana-mana seminar atau dengar kata-kata orang, bila nak start beli domain dan hosting ni perlu beratus ringgit Tapi dengan syokhost webhosting, tak perlu pun. Dengan RM88 anda boleh dapat 2gb storage dan 50gb bandwidth dengan unlimited email&ftp. Nak diikutkan dengan keadaan blog EastbulletdotCom ni tak perlu pun storage banyak-banyak, tapi disebabkan EB banyak gunakan untuk jadi sub-host untuk assigment dan sebagainya. RM88 ni pun bukanlah pakej webhosting yang termurah. Masih ada yang murah lagi kalau anda mahu.
Betul Ke Syokhost Webhosting Yang Berkualiti?
Selain dari storage dan bandwidth, perkara seterusnya yang menjadi pertanyaan ramai orang adalah kualiti. Kalau kualiti ni biasanya dari beberapa faktor iaitu speed, downtime dan customer services. Ternyata speed server webhosting dari syokhost antara yang terbaik! Dari segi downtime pula, sepanjang setahun ni boleh katakan tak perasan sangat bila downtimenya. Kalau ada pun, memang segera diperbaiki. Perkara seterusnya yang menjadikan syokhost webhosting terbaik adalah customer services. Setakat ni EB dah ada dua web di bawah didaftarkan dan dihost dengan Syokhost. Selain itu, ada juga dalam 5 referrals yang terpikat dengan syokhost. Memang tak disangkal lagi, syokhost adalah webhosting yang berkualiti.
Cadangan Penambahbaikkan
Walaupun pelbagai pujian layak diberikan kepada webhosting malaysia syokhost, EB ada beberapa cadangan agar dapat diketengahkan di masa hadapan.
- Pelbagaikan lagi pakej. Buat masa ini pakej utama disediakan ada 5 dan satu pakej mini percubaaan. Perbezaan pakej ini hanyalah dari segi bandwidth dan storage sahaja. Diharap pihak Syokhost dapat pelbagai kepada beberapa bahagian seperti student, school, universiti something like that. Ini mungkin dapat menarik minat pihak organisasi untuk melanggan syokhost sebagai webhost.
- Seterusnya, adanya pilihan untuk upgrade kecil-kecillan. Maknanya, boleh la kalau kita nak upgrade storage sahaja ataupun bandwidth je. Macam baru-baru ini EB ingat nak tambat storage je sikit, tapi tak boleh sebab kene upgrade pakej je. Rasa macam membazir je bandwidth besar-besar.
Setelah setahun bersama Syokhost dengan pengalaman yang baik, EB mengambil keputusan untuk continue berada bersama Syokhost setahun lagi. Walaupun pada mulanya ingat nak langgan dua tahun terus, dapat diskaun sikit. Tapi disebabkan kekangan kewangan hujung-hujung semester nih, terpaksa tangguh dulu hasrat tuh. Nak diharapkan duit dari pengiklanan nuffnang nih, sampai tua lah tak dapat nak merasa renew langganan.
Konklusinya, memang best melanggan Syokhost. Sesuai dengan tagline yang diberikan iaitu “Murah dan Berkualiti”. Diharapkan pada tahun baru ini, Syokhost dapat meneruskan kejayaan dan lebih maju ke hadapan. Jadi anda yang ragu-ragu nak pilih webhosting tuh, terus je langgan Syokhost. Memang tak rugi!! Tapi sebelum tu, kene juga tahu perbezaan webhosting dan domain melalui artikel EB tulis ni.
Assalamualaikum š
Kepada Saudara Naim, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas review positif yang diberikan kepada syokhost, sesungguhnya saya selaku pemilik syokhost.com berasa gembira,tertarik dan sangat menghargai dengan review dan cadangan yang ditulis dengan sebegitu details.. Sesungguhnya review ini akan memberi impak positif yang baik untuk menaikan lagi reputasi syarikat ini..
Saya yakin “Review” ini mungkin tidak muncul jika Staff-staff syokhost tidak bertungkus lumus mempercepatkan pengaktifan ordering & menyelesaikan masalah pelanggan(jika wujud) dengan secepat mungkin. Tahniah buat Helmi & Khairil selaku tulang belakang syarikat syokhost.. walaupun anda berdua hanyalah part time menjadi bantuan sales @ support tiket di syarikat itu tetapi anda berjaya menjaga kualitinya dengan baik sehingga ke tahap ini..
Cadangan yang diutarakan saudara Naim, InsyaAllah kami akan mempertimbangkan sewajarnya bagi menaiktaraf mutu perkhidmatan kami di masa hadapan..
P/S: Saudara Naim, sila semak email..ada sedikit saguhati ikhlas daripada saya..
Yang Ikhlas,
Mohd Fuad Bin Ishak
Pengurus (@) SyokHost.Com
wah, dapat saguhati tu.. tahniah..
saya guna netkl, ok setakat ni.. bila ok, malaslah nak tukar kan.. kalau de nak blog lain, in shaa Allah, akan saya terjah..
**lama tak dtg sini..
Kebetulan saya tengah cari web hosting baru. Jumpa artikel ini. Terima kasih bro. š
terima kasih kerana berkongsi
thanks