Skip to main content

Tahun 2012 Di EastbulletdotCom

Tahun 2012 merupakan tahun yang amat perlahan bagi blog EastbulletdotCom ini. Sepanjang tahun 2012, hanya 30 posts baru yang dibuat, menjadikan total posts kini adalah 129 posts sahaja. Sikit sungguh jika nak dibandingkan tempoh dua tahun blog EastbulletdotCom.

Entri yang paling mendapat banyak komen pada tahun lepas pula adalah entri tutorial iaitu Tutorial Transparent Header Blog Dengan Photoscape. Sememangnya ramai user yang teringin mahu belajar membuat transparent header. Tapi mereka tiada software adobe photoshop, jadi EB berbesar hati berkongsi cara alternatif membuat transparent header dengan software editor percuma seperti Photoscape. Malangnya ramai juga EB lihat cuba mencuri keyword transparent header ini tapi hanya menampilkan tutorial ala kadar sahaja. Kadang-kadang ada yang cuba disampaikan tu tak betul. Berani untuk EB katakan, sungguh jarang orang yang tahu membuat transparent header dengan photoscape. Ini kerana photoscape tidak menyediakan tools untuk membuang background atau cut background gambar. Tidak pasti jika di pihak photoscape sudah melakukan update terhadap perkara ini.

kedai basikal online neocycle

Antara keyword yang menjadi sumber utama traffik ke blog EastbuletdotCom ialah kedai basikal online. Selain itu entri yang agak sensitif mengenai kedai basikal membuatkan ramai yang teringin membacanya iaitu entri Perbandingan Kedai Basikal Melayu dan Kedai Basikal Cina. Kedai basikal online Neocycle mendapat click tertinggi juga dari entri ini. (sedikit kata-kata untuk pemilik blog neocycle, bila nak beralih pada wordpress self-hosting. smart sikit nak buat catalog. macam usj cycles.) Ternyata semakin ramai rakyat Malaysia sudah berminat untuk berbasikal dengan menjadikan berbasikal sebagai hobi. Ini mungkin tempias daripada peningkatan skuad berbasikal negara sama ada di lebuhraya ataupun di trek. Jika di lebuhraya terkenal dengan Anuar Manan, manakala di trek lebih familiar dengan nama Azizulhasni Awang ataupun The Pocket Rocket Man. Pengaruh basikal fixie juga menjadi salah satu faktor membuat ramai remaja mencari basikal jenis fixie ini. Tapi diharap remaja di Malaysia ini tidak membuat gua annoy lagi dengan mereka.

statistik eastbulletdotcom

Traffik blog ini boleh dikatakan lebih didatangi dari search engine iaitu google. Selain itu, Facebook juga menjadi referral kedua tertinggi. Manakala referral dari blogger pula banyaknya datang dari blog Sereniety. Ini semestinya kesan dari Projek Design Header Percuma yang telah EB lakukan satu masa dahulu. Ramai pelawat dari blog Serenity tertarik dengan tawaran yang dipromosikan di blog Sereniety agaknya. Sekiranya ada kelapangan lagi, mungkin projek header percuma itu akan diteruskan.

Visitor pula paling banyak adalah dari negara Malaysia semestinya. Ini adalah memang target reader yang EB sasarkan. Blog EasbulletdotCom ni pun menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa utama. Akibat dari penggunaan bahasa melayu juga, tetamu dari negara jiran ramai yang mendatangi blog EastbulletdotCom. Negara jiran yang dimaksudkan ialah Indonesia. Rasanya satu entri yang menjadi daya penarik adalah entri berkenaan laman web 1Malaysia telah digodam. Harap perkara macam ini tak berlaku lagi di masa hadapan. Kita kan serumpun dan bersaudara.

selamat tahun baru 2013

Kini pada tahun 2013 sememangnya diharapkan blog EastbulletdotCom ini dapat terus menyumbang info dan ilmu yang bermanfaat pada semua. Sebagai penulis blog ini juga,EB harap lebih ramai pengunjung dapat kunjungi blog ini dan hebahkan pada rakan-rakan. Antara perkara yang memberi semangat untuk terus ber-blogging adalah semestinya pengunjung. Selagi ada pengunjung walaupun 20 sahaja sehari, EB akan terus menulis dan berkongsi di sini. Akhirkata, selamat tahun baru kepada yang membaca. Semoga hidup kita akan lebih diberkati dan kita dapat mencapai apa yang dicitakan.

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi - 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

Leave a Reply