Untuk mempelajari bahasa pengaturcaraan Java tidak memerlukan kemahiran-kemahiran yang tinggi. Cukuplah sekadar tahu menggunakan komputer, dan tahu menaip. Sekiranya mempunyai pengalaman dalam bahasa pengaturcaraan yang lain seperti C#, C++ adalah satu kelebihan atau bonus kerana kebanyakkan bahasa pengaturcaraan menggunakan konsep yang sama cuma “term” atau “syntax” yang berbeza. Sebelum kita pergi lebih lanjut, dalam topik ini saya akan ceritakan keperluan asas untuk mempelajari Java dari segi keperluan perisian.
Pertama : Muat Turun Java Development Kit (JDK)
Mahu membangunkan program Java kan? Jadi terlebih dahulu kenelah muat turun JDK dan “install” dalam komputer anda. Apa benda JDK ni kan? Sebenarnya JDK ini adalah sebagai “development tools” untuk membangunkan aplikasi, applet atau sebarang komponen yang menggunakan bahasa pengaturcaraan Java. JDK ini teramatlah penting untuk “diinstall”! Boleh “Download Java Development Kit (JDK) di sini.“.
*versi JDK dan screenshot di bawah mungkin sudah berubah mengikut peredaran zaman.
Dalam laman muat turun JDK tersebut anda ada banyak pilihan, jadi file yang perlu dimuat turun adalah Java Platform (JDK), bukan JRE. Sila muat turun mengikut spesifikasi komputer anda sama ada 32 atau 64 bit. Setelah selesai muat turun, sila “install” JDK tersebut.
Kedua : Muat Turun Integrated Development Environment (IDE)
Banyak pulak environment nak kene muat turun. Jangan risau, ini tetap tutorial java. Bukan mengenai alam sekitar. Apa benda IDE ni? Secara ringkasnya IDE ni adalah perisian yang akan digunakan untuk menulis pengaturcaraan. Sememangnya boleh je nak tulis pengaturcaraan dalam notepad. Tapi IDE ni akan lebih memudahkan pembangunan program dengan membantu dari segi kesalahan macam “Syntax Error”, atau “variables”.
Terdapat banyak IDE untuk Java ni, antara yang popular ialah Netbeans dan Eclipse. Saya cadangkan untuk mengikut tutorial ni, anda muat turun Eclipse kerana saya akan gunakan Eclipse IDE. Untuk memuat turun Eclipse boleh ke link download eclipse ini. Memang banyak kategori Eclipse ada, jadi anda download Eclipse IDE Java Developers mengikut versi komputer anda sama ada 32 atau 64 bit. File eclipse yang di muat turun ini adalah dalam bentuk ZIP, maka tiada proses installasi yang diperlukan. Hanya unzip pada ruangan yang anda mahu. Saya cadangan unzip pada folder asas atau dengan kata lain terus ke dalam local disk (D:). Cuba elak dari unzip ke folder yang kompleks macam (D:/Perisian/Belajar/Pengaturcaraan/2012/September.. ).
Tamat untuk topik ini. Seterusnya kita akan belajar penggunaan asas Eclipse IDE.