Skip to main content

Tutorial Java 2 : Panduan Asas Penggunaan Eclipse IDE

Tutorial ini merupakan sambungan dari “Tutorial Java 1 : Keperluan Asas Mempelajari Java”. Sekiranya anda masih belum membaca tutorial tersebut, sangat digalakkan untuk membacanya. Secara ringkasnya dalam tutorial yang lepas kita telah diperkenalkan tentang Java JDK dan Integrated Development Environment. Jadi untuk tutorial kali ini saya akan tunjukkan cara-cara penggunaan asas untuk Eclipse IDE.

Setelah anda memuat turun dan men-unzip file eclipse, seharusnya kandungan yang akan anda lihat di dalam folder tersebut adalah lebih kurang seperti di bawah :

tutorial penggunaan eclipse

Kemudian boleh buka eclipse application tersebut. Sekiranya ini penggunaan pertama anda, akan dipaparkan satu frame baru tentang “Workspace Launcher”. “Workspace” ini berfungsi sebagai folder yang akan menyimpan segala data kerja-kerja yang anda lakukan dengan Eclipse. Jadi jika anda menggunakan eclipse, senang untuk mengakses kerja-kerja yang anda lakukan sebelum ini. Anda bebas untuk memilih di mana mahu tetapkan folder untuk workspace ini. Anda boleh “tick” pada “Use this as default and do not ask again” sekiranya anda tak mahu memilih workspace lagi pada masa akan datang. Jangan risau, selepas ini anda masih boleh ubah workspace di dalam eclipse. Selepas itu boleh tekan “OK”.

tutorial penggunaan eclipse

tutorial penggunaan eclipse

Ubah Suai Perspective Mengikut Keselesaan

Sekarang ini anda berada dalam Welcome page. Boleh terus klik pada Workbench. Paparan yang anda lihat sekarang ni dipanggil “Perspective”. Ini merupakan susun atur asal untuk membuat kerja. Namun, kebanyakkan dari taskbar tersebut tak banyak digunakan. Antara taskbar yang penting adalah “Package Explorer” , “Outline” , dan beberapa tab di bawah. Jadi taskbar yang tak digunakan boleh ditutup untuk paparan yang lebih kemas. Sekiranya anda ada tersalah buat dengan perspective tersebut, boleh kembali ke bentuk asal dengan klik pada menu di atas, Window>Reset Perspective.

Package Explorer

Package Explorer ini merupakan satu ruangan untuk menguruskan project dan file kerja-kerja anda. Di sini anda boleh Create New Project, New Class, Import, Export, New Folder dan pelbagai lagi dengan right-click dalam ruangan tersebut. Sekarang ini anda mungkin tak tahu apa lagi fungsi itu, kita akan terokai lagi di masa akan datang. Sekarang ini kita hanya fokus untuk memahami cara nak menggunakan eclipse ini.

tutorial penggunaan eclipse

Outline

Outline pula berfungsi untuk memudahkan cari code dalam satu file java anda. Pada permulaan mungkin anda tak gunakan outline ini. Tapi jika code anda sudah sampai beratus baris dan pelbagai method, di sini outline akan digunakan untuk merujuk baris dalam code tersebut.

Ikon Comel di Bawah Menu

Sungguh banyak ikon di bawah menu tu kan? Secara jujurnya saya yang dah lama menulis dengan Eclipse ni hanya gunakan dua atau tiga je dari ikon tersebut. Kebanyakkan dari ikon tersebut berfungsi untuk memudahkan atau mempercepatkan kerja. Sebagai contoh untuk jalankan atau test code yang ditulis, kita hanya tekan butang seperti play berwarna hijau tersebut. Walaubagaimanapun, boleh juga nak run the code dari menu dengan klik di menu Run > Run . Tapi, buat apa nak susah-susah kan? Dah ada butang disediakan.

Update, Update, Update!!

Eclipse ini adalah sejenis software. Jadi secara tak langsung eclipse ini terpaksa mengikut arus pembangunan teknologi dan komen orang ramai. Mengikut trend eclipse, mereka akan namakan keluaran version mereka mengikut hurut a,b,c,… Jadi makin tinggi huruf tu bermakna itu adalah versi lebih latest. Pada masa tutorial ini ditulis, eclipse sudah berada di huruf K dengan nama diberi Kepler. Sebelum ini mereka menggunakan nama Indigo untuk I, Juno untuk J. Untuk ketahui versi eclipse anda boleh pergi ke menu dengan klik pada Help > About Eclipse. Sekiranya anda tak pasti sama ada versi eclipse anda adalah yang terbaru boleh klik pada Help > Check For Updates. Ataupun boleh terus muat turun yang baru dari laman web eclipse.

Tamat untuk topik ini. Seterusnya kita akan mula menulis coding!!! Yeah!

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi - 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

Leave a Reply