Skip to main content

Tutorial Java 3 : Projek Pertama Saya!

Tutorial ini merupakan sambungan dari “Tutorial Java 2 : Panduan Asas Penggunaan Eclipse IDE”. Sekiranya ini kali pertama anda membaca siri tutorial java bahasa melayu ini, sila rujuk pada ruangan pada pautan tutorial java untuk melihat keseluruhan tutorial yang telah disediakan. Secara ringkasnya dalam tutorial yang lepas kita membincangkan serba sedikit mengenai cara asas untuk menggunakan Eclipse. Bagi yang tidak tahu, Eclipse adalah perisian atau aplikasi yang akan digunakan untuk menulis java code. Untuk tutorial ini, kita akan pelajari cara-cara untuk memulakan projek java dan menulis beberapa java code ringkas. Jadi diharap sebelum meneruskan pembacaan, bolehlah buka eclipse terlebih dahulu.

Selepas itu, boleh klik pada menu File > New > Java Project. Akan keluar satu window baru yang memerlukan anda mengisi maklumat untuk projek anda. Maklumat yang disarankan untuk dimasukkan adalah seperti dalam gambar di bawah :

projek pertama saya

  • Projek name : adalah untuk nama projek anda tersebut yang akan save di dalam folder workspace. Digalakkan untuk membuat nama projek dimulakan dengan huruf besar. Sebenarnya ini adalah lebih kepada etika. Bukan keperluan.

Maklumat-maklumat lain boleh guna seperti asal. Kemudian boleh klik Finish.

Pada ruangan Package Explorer, anda akan dapat lihat nama projek yang telah anda berikan tadi. Pada ketika ini dalam folder ProjekPertama masih tiada sebarang data. Klik pada anak panah kecil di nama ProjekPertama tu, akan keluar folder “src”. Folder ini adalah singkatan bagi “Source”. Untuk peringkat permulaan ini, segala file untuk code akan disimpan di dalam folder ini. Kemudian right-click pada nama “src” tu, then New > Class. Akan muncul satu lagi window baru untuk maklumat mengenai class yang ingin diwujudkan. Maklumat yang disarankan untuk dimasukkan adalah seperti gambar di bawah :

projek pertama saya

  • Name : adalah untuk untuk nama class yang akan diterbitkan sebagai “Utama.java”. Nama untuk class ini tidak boleh dijarakkan. Sebagai contoh nama class yang tidak dibenarkan ialah “Utama Saya”. Jika ingin membuat nama untuk dua perkataan boleh lah gunakan “UtamaSaya” ataupun “Utama_Saya”.

Kemudian boleh tekan Finish.

Sekarang ini di tengah-tengah screen anda boleh lihat satu code pendek default yang akan dijana secara automatic seperti di bawah.

public class Utama {

}

Paparkan Perkataan Dengan Java

Untuk memaparkan perkataan dengan java adalah sangat mudah. Coding untuk memaparkan perkataan ialah :

System.out.println("");

Jadi anda perlu memasukan code tersebut ke dalam class yang telah diwujudkan tadi .

public class Utama {

	public static void main (String [] args ){

		System.out.println("Ini projek java pertama saya!");
	}

}

Kemudian tekan icon “Run”, bewarna hijau di atas dan anda akan lihat perkataan ini dipaparkan dalam ruangan console di bawah. Jika anda berjaya, tahniah! Jika tidak, sila cuba lihat semula code yang anda taip. Mungkin ada tertinggal sesuatu.

 projek pertama saya

Jika anda perasan, perkataan yang akan dipaparkan pada console adalah perkataan yang berada antara quote sign “” . Jadi, untuk mengubah perkataan yang dipaparkan, hanya ubah perkataan di dalam quote tersebut. Anda juga boleh tambah beberapa line perkataan yang anda mahu, dengan syarat mengulangi code untuk paparkan perkataan tadi. Sebagai contoh :

public class Utama {

	public static void main (String [] args ){

		System.out.println("Belajar Java di EastbulletdotCom!");
		System.out.println("Mudah faham dan menyeronokkan!");

	}

}

Tamat untuk topik Tutorial Java : Projek Pertama Saya! kali ini. Untuk topik seterusnya, kita akan pergi dengan lebih mendalam dengan menggunakan coding paparkan perkataan dengan java ini.

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi - 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

Leave a Reply