Skip to main content

Tutorial Java 4 : Pelbagai Teknik Memaparkan Perkataan

Bertemu lagi dalam siri tutorial java dalam bahasa melayu dengan EastbulletdotCom. Dalam tutorial ini kita akan pelajari teknik-teknik untuk memaparkan perkataan di console dengan java. Bagi yang pertama kali membaca tutorial ini, dan tiada sebarang pengetahuan dengan Java, diharap dapat baca dari siri 1 tutorial java yang disediakan. Pada tutorial yang lepas, kita telah pelajari cara untuk memulakan projek java dan coding untuk memaparkan perkataan. Jadi, dalam topik ini kita akan sambung lagi pelbagai teknik untuk memaparkan perkataan.

Teknik Pertama : Memaparkan Perkataan Tanpa Ada Baris

Sebagai contoh perkataan yang ingin dihasilkan adalah seperti berikut:

Selamat sejahtera. Selamat datang ke blog EastbulletdotCom.

Untuk coding java, kita perlu menggunakan System.out.print(“”). Teknik ini akan menghasilkan tulisan tanpa sebarang baris, walaupun anda mengulang code dua kali. Code java nya adalah seperti di bawah :

public class Utama {

	public static void main (String [] args ){

		System.out.print("Selamat sejahtera. ");
		System.out.print("Selamat datang ke blog EastbulletdotCom.");

	}

}

Teknik Kedua : Perkataan Baris Demi Baris

Sebagai contoh perkataan yang ingin dipaparkan adalah seperti berikut:

Apa khabar semua?
Nama saya ialah Naim dan berumur 22 tahun.
Saya merupakan pelajar dari Universiti Putra Malaysia.
Salam perkenalan!

Untuk coding java kita perlu menggunakan System.out.println(“”) untuk perkataan baris demi baris. Coding java untuk tulisan baris demi baris adalah seperti berikut :

public class Utama {

	public static void main (String [] args ){

		System.out.println("Apa khabar semua?");
		System.out.println("Nama saya ialah Naim dan berumur 22 tahun");
		System.out.println("Saya merupakan pelajar dari Universiti Putra Malaysia");
		System.out.println("Salam perkenalan!");

	}

}

Teknik Ketiga : Perkataan Baris Demi Baris Dengan Karakter Istimewa

Selain itu, boleh juga gunakan System.out.print(“”) untuk memaparkan perkataan baris demi baris. Namun perlu meletakkan karakter istimewa iaitu “n“. Saya ambil contoh untuk memaparkan perkataan seperti di atas. Coding java untuk memaparkan perkataan baris demi baris dengan karakter istimewa adalah seperti di bawah:

public class Utama {

	public static void main (String [] args ){

		System.out.print("Apa khabar semua?\n");
		System.out.print("Nama saya ialah Naim dan berumur 22 tahun\n");
		System.out.print("Saya merupakan pelajar dari Universiti Putra Malaysia\n");
		System.out.print("Salam perkenalan!");

	}

Teknik Keempat : Menjarakkan Antara Perkataan

Teknik ini boleh menggunakan System.out.print(“”) dan System.out.println(“”). Caranya lebih kurang sama dengan teknik ketiga iaitu menggunakan karakter istimewa. Teknik menjarakkan perkataan ini sesuai sekiranya anda ingin memaparkan seperti dalam bentuk jadual. Contoh jadual yang ingin dihasilkan adalah seperti di bawah:

tutorial java papar perkataan

Dalam java code pula, perlu tambah “t” untuk mendapatkan jarak yang besar. Walaupun anda boleh untuk smash the spacebar until you get the spacing you want, tapi dengan cara karakter istimewa ini coding akan nampak lebih kemas…. mungkin???!!

public class Utama {

	public static void main (String [] args ){

		System.out.println("Nama\t\t\tUmur");
		System.out.println("Muhammad Naim\t\t22");
		System.out.println("Mohd Ridzuan\t\t21");
		System.out.println("Siti Faizura\t\t19");

	}

}

Teknik Kelima : Menggunakan Satu Code Arahan Untuk Ayat Panjang

Teknik ini amat sesuai digunakan jika ayat yang ingin dipaparkan panjang. Dalam eclipse secara default nya, jika anda tulis panjang dalam satu code arahan System.out.print(“”) akan wujud scrollbar ke kanan. Jadi susah untuk kita menyemak jika ayat itu panjang kerana terpaksa scrolling. Jadi, kita boleh selesaikan masalah ini dengan menggunakan simbol tambah (+). Contoh perkataan panjang yang ingin dihasilkan :

tutorial java papar perkataan

Code java nya akan menjadi seperti ini :

public class Utama {

	public static void main(String[] args) {

		System.out.println("Tutorial ini akan memaparkan ayat yang panjang "
				+ "untuk mendapatkan hasil code yang teratur. "
				+ "Code juga mudah untuk dibaca dan disemak.");

	}

}

Tamat untuk topik 4, Tutorial Java : Pelbagai Teknik Memaparkan Perkataan. Untuk tutorial seterusnya kita akan melihat variable pula. Tentunya lebih menyeronokkan.

Chooop!!

Saya akan menambah satu ruangan baru di akhir setiap tutorial yang berkaitan untuk membuat uji diri anda. Anda boleh jadikan uji diri ini untuk melihat sejauh mana kefahaman dan kreativiti anda untuk menghasilkan output yang diberi. Boleh kongsikan di facebook EastbulletdotCom jika berjaya atau ada sebarang masalah.

Uji Diri Tutorial Java 4 : Paparkan Perkataan

Soalan : Anda dikehendaki mendapatkan hasil/output seperti dalam gambar di bawah dengan menggunakan teknik-teknik yang telah ditunjukkan di atas. Sekurang-kurangnya anda perlu menggabungkan dua jenis teknik untuk mendapatkan hasil output tersebut. Selamat mencuba!

uji java papar perkataan

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi - 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

Leave a Reply