Skip to main content
new blog theme

EastbulletdotCom bakal kembali dengan theme baru?

Blog EastbulletdotCom bakal mencecah usia 4 tahun pada 3 Januari akan datang. Boleh dikatakan setiap tahun, aku akan tukar blog theme ini. Kadang-kadang tu, tak sampai setahun pun dah tukar. Biasanya atas sebab masalah teknikal ataupun bosan dengan theme blog tersebut. Sebenarnya theme blog ni takde lah penting mana. Yang penting untuk sesebuah blog ialah kandungannya. Tapi kalau korang boleh tengok blog EastbulletdotCom ni dah lebih setahun tak di-update.

Untuk menaikkan semangat nak kembali menulis, aku ambil keputusan tukar theme baru untuk blog ini. Beberapa hari lepas aku dah mulakan proses penukaran theme dari theme Twenty Eleven Modified by Eastbullet ke theme Revera by Fabtheme. Proses penukaran ini bukan satu perkara yang mudah. Walaupun secara dasarnya hanya klik “activate” untuk tukar theme, di belakang tabir banyak benda aku kene ubah sebab custom pages yang pernah aku buat. Selain itu jugak, antara faktor terbesar yang membuat aku pilih theme Revera ini adalah fungsi “responsive” theme ni. Bagi yang tak tahu, theme responsive ini adalah theme yang akan mengikut saiz browser kita dan mobile friendly. Seiring dengan pemilikkan telefon pintar di Malaysia, aku rasa theme responsive ini menjadi lebih kepada keperluan dari kemahuan. Ini memudahkan visitor atau reader untuk membaca blog kita di mana-mana sahaja.

new responsive blog theme
Theme tahun 2011
new responsive blog theme
Theme tahun 2012-2014
new responsive blog theme
Theme 2015 – ?

Salah satu proses terumit yang perlu aku ubah dalam blog ini adalah setiap artikel yang pernah aku tulis perlu dikemaskini. Ini kerana kebanyakkan gambar dan video aku telah tetapkan saiz dalam pixel. Sedangkan untuk menjadikan ia responsive, nilai dalam % perlu digunakan. Selain tu juga, banyak artike pada tahun awal-awal aku tulis gunakan gambar dari source luar. Means, aku upload gambar dalam google blogspot, then copy url image letak kat sini. Secara tak langsung image-image tersebut adalah hak milik google, bukan hak milik aku. So, aku terpaksa migrate kebanyakkan dari image ke dalam server blog ini sendiri. Disebabkan kecanggihan upload plugin di wordpress yang akan duplicate image diupload dengan saiz berbeza, aku terpaksa upload kebanyakkan dari gambar direct menggunakan FTP. Ini adalah untuk menjimatkan space dalam storage server blog ni. Aku jugak mengalami kekeliruan identiti semasa kemaskini semua artikel-artikel lama. Aku tak pasti kata ganti diri yang nak digunakan dalam setiap posting dalam blog ni. Kekeliruan antara nak guna kata ganti diri “AKU” atau “EB”. So, aku perlukan pendapat korang mana kata ganti diri yang sesuai digunakan untuk reader blog ni. Mana yang korang rasa selesa.

Aku berharap dengan perubahan theme ni sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat untuk mengemaskini kandungan blog ni dengan lebih kerap. Terima kasih pada semua pembaca!

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi - 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

Leave a Reply